Tuesday, November 27, 2012

Nasib diriku d perantauan

Assalamualaikum... Kisah aku kali ni..bilik sewa aku d pecah masuk Abis lappy kesayangan aku..dah la br beli kot. Aku terkilan sgt Tp sku tidak mampu berbuat apa2. Yg aku mampu buat adalah berdoa supaya aku d beri kesabaran dlm menempuh kesemua rintangan hidup... Lg aku kesalkan adalah ayat2 suci al-qur'an yg aku save lam lapptu.. Sudah la xda back up lg lam pendrive aku sgt tetkilan... Ingin menyesali waktu itu sudah tidak berguna lg.. Smg aku mampu membeli lg sekali.. Xsangka akan jd begini.. Jodoh aku dgn laptop itu sekejap cuma.. Peristiwa seterusnya : Xpasti ini peristiwa kelakar atau serius.. Aku terjatuh d opis.. Sbb apa tu biarla rahsia.. Yg jelas bila aku balik rumah kepala aku benjol sikit..mujur xteruk Hahaha...xda la serius sgt kot.. Aku xtau medium apa yg ptt aku guna utk entry kali ni selain mgunakan henpon aku yg agak canggih ni...huhu Alhamdulillah bleh gak update apa2 yg ptt Okies..aku suda penat!!! Mau berehat sekijap... Pdhal aku sbnrnya xda kerja sgt pun... Aku rindu nk update blog... Huhu....sedey mengenangkan lappy ku :( Xpela..dah xda rezeki aku dgn lappy tu..nk bt mcm mn.. Ini la nsib aku d perantauan.. Lps ni kna brhati- hati... Mgkn aku terlalu bersangka baik dgn org sbb tu jd mcm nie... Serik sungguh.. Sesungguhnya benar kata org : Rambut sm hitam..hati lain2.. Sekian terima kasih.. Inovasi penggerak transformasi perakaunan akruan... Eh???? Ada kaitan ker??? Huhu

Sunday, October 28, 2012

Don`t Make Me Promises if U Never Did Know How to Keep Them Well

Perasaan aku tatkala sebuah janji yg di mungkiri adalah sgt2 menyakitkan hati..
Kenapa ada org mcm ni kat dunia ni?
Susah sgt ke nak berpegang pd janji?
Tau x kesannya bila sesebuah janji apabila d mungkiri?
Munafik!!!
Kalo aku bole berpegang pd janji knp tidak kau?
Sedar atau tidak, tindakan kau benar2 mencabar kesabaran aku.
Memang aku bukan jenis pemarah tp aku ada hati dan perasaan.
Kau berjanji tp kau mungkiri janji.
Beginikah sikap kau tatkala kau menjalinkan persahabatan dgn ku?
Kenapa begini?


Lps ni aku hrp kau faham knp aku menjauhi diri dr kau.
Sbb aku terkilan dan kecewa dgn sikap kau.
Kecewa sgt2..bukan sikit2
Sikap kau hampir memutuskan persahabatan org lain.
Itu ke yg kau harapkan?
Kenapa kau begitu?


Maaf krn entry sy kali ni penuh emosi.
Haha..sebenarnya xda kaitan dgn sy pun..
Cuma sj jer teringat kisah member.
Belasah jer..
Soal Janji ni jgn d buat main2.
Silap haribulan kita memungkiri janji.
Terus terang sy ckp,sy memang takut nak mungkir janji.
Mujur juga sy ni jenis yg cpt lupa.
Org amanahkan kita menjaga janji, kita wajib menjaga amanah itu dgn sehabis baik.
Bak kata pepatah : Biar Pecah d Perut, Jgn Pecah d Mulut.
Begitulah umpamanya.
Sekali org percaya kita,jg lah kepercayaan mereka.
Jgn menghancurkan kepercayaan org terhadap kita.
Org mengharapkan kita menjaga amanahnya,jd  kita mesti memikul amanah itu dgn penuh rs tanggungjawab.

Friday, August 31, 2012

~Kala Hati Sedang Kecewa~

no preview

Kecewa? Putus cinta? Result exam teruk?
Tp rasanya kecewa sebab putus cinta tu paling banyak peratusnya kalau nak di bandingkan dengan kecewa yg lain.

Cinta itu anugerah dari Yang Maha Esa.
Dari pengalaman, putus cinta memang menyakitkan.
Tapi harus kita sedar bahawa cinta sesama manusia itu tidaklah kekal abadi seperti kita mencintai Dia Yang Esa. Pengalaman itu akan mendewasakan kita.

Waktu kita sedang kecewa, tidak di nafikan kita semua sangat memerlukan seseorang untuk mententeramkan hati kita yg sdg sakit itu. Peranan kawan sangat penting saat ini. Sesungguhnya kawan yang baik mampu membimbing kawannya ke arah kebaikan dan menjadi pendengar setia serta berkongsi rasa.

Sebagai Muslim, harus di ingatkan bahawa kita masih ada Allah s.w.t. Dia tak pernah lupakan kita sebaliknya kita yang selalu lupakan Dia, selalu cuba menjauhkan diri dari-Nya. Allahuakbar...

no preview

Sepatutnya bukan di saat kita kecewa sahaja, tp setiap saat pun kita di tuntut supaya mengingati Allah s.w.t. Percaya lah nikmat dan kasih sayang Allah s.w.t kepada kita sebagai hamba-Nya. Pohonlah doa dari-Nya, mohonlah agar hati kita di kuatkan dari rasa kecewa yg keterlaluan. Sesungguhnya itulah terapi jiwa yang sebenar.

Wednesday, August 15, 2012

~Kemaafan~

Org pernah ckp bahawa kemaafan adalah sesuatu yg indah dalam hidup seseorg.
Knp aku pilih tajuk ini utk entry kali ni?
Hmmm...Sebenarnya aku sendiri tak faham.

no preview

Knp susah memaafkan kesilapan org?
Bg aku,agaknya depends pd kesilapan org jugak kot.
Bukan senang nak menuntut kemaafan dr org yg pernah kita buat salah.
Moralnya di sini,jgn la kita buat salah pd manusia krn kalau xdpt kemaafan org tu,kan dah susah?

Btl ke memaafkan org itu ada kaitan dgn ego seseorg?
Entahlah...aku sendiri xtau...

no preview

Perlu ke buat list byk2 tanda minta maaf mcm pic di ats?

Sempena bulan Ramadhan yang akan berakhir tak lama lg dan akan hadirnya Aidilfitri, marilah kita sm2 memohon ampun dan maaf dengan kenalan kita. Sesungguhnya memaafkan org itu satu perbuatan yg baik.

Selamat menyambut Aidilfitri.

Tuesday, July 31, 2012

~ D Kapit ~


Gambar di atas adalah roti canai goreng. Ha...makanan ni hanya terdapat di Kapit sahaja tau. Menurut org2 lama2 di Kapit la, aku bukannya tau sgt sejarah makanan ni. Tp sebelum neh mmg aku tak pernah tau ada roti canai goreng. 1st time aku order, terkedu aku tgk keadaan roti canai yg pada pendapat aku sudah tentu sepertinya roti canai yg biasa aku tengok dan makan. Huhu...rupanya lain sekali apa yg aku dapat. Berbeza!!! Mujur sedap...haha


Ini pulak makanan pembuka selera. Hahaha...aku ingatkan kerabu mempelam..rupanya org panggil Sambal Kedondong. Haha..buah kedondong pun boleh buat sambal. Kreatif betul. Kenapa aku tak terfikir nak masak makanan macam ni dulu ek? hahaha



Jauhnye jarak dari Sibu nak datang Kapit. 3 jam jugaklah. Jauh x jauh sgtlah kan.. Kebas jugak la duduk dalam bot ekspress yg sejuk di simbah penghawa dingin. Cewah!!!!! Penghawa dingin? Ayat aku memang tak boleh blah...hahaha..Aircond lah!




Hmmm...antara yg paling menarik utk di paparkan di bulan Ramadhan berhampiran dgn cuti2 nak menyambut Aidilfitri. Kek Lapis Sarawak pula terkenal of coz la d Sarawak. Dekat Kapit pun ada la sebab Kapit kan sebahagian daripada Negeri Sarawak Bumi Kenyalang neh. Sedap neh, boleh juga di buat juadah berbuka. Tapi suka di ingatkan bahawa Kek Lapis Sarawak sgt la manis,jd ambil la dlm kuantiti yg sikit jer la yer...

Sebut pasal Kek Lapis Sarawak, aku teringat jugak dkt sorg kakak d pejabat aku. Pandai neh buat Kek Lapis Sarawak. Kalo ada peluang, aku nak belaja juga buat Kek Lapis tu. Kalo dgr macam susah..Blum cuba blum tau!!


Cantik2 kain batik kat Kuching nun. Aku dpt tgk pun sebab memba dekat pjbt aku jd penjual kain batik sarawak. Banyak betul org berniaga di ofis aku neh. Apa pun selamat berjaya kpd mereka yg suka berniaga neh. Aku pula suka tgk jer.. Apa kes da?! Cuba la aku ni beli ke, dpt jugak membantu kwn2...haha

K la...cukup untuk kali ini..jumpa lg di lain waktu yer alls.  :)







Monday, July 30, 2012

~Ramadhan~




Ramadhan kali ini bagi diriku yg pertama kali di perantauan agak mencabar keimanan dan kekuatan mental. Di kelilingi oleh insan2 berlainan agama,dah rasa macam berpuasa di luar negara sahaja layaknya. Semoga sahaja diriku kuat seperti selalu menempuh dugaan dan godaan dunia...amin.



Ingin aku kongsikan di sini sesungguhnya Ramadhan di tempat aku sekarang tidaklah semeriah di tempat asal tanah tumpah darahku di Kuala Nerang nun. Namun ada nilainya yang tersendiri. Di sini ada pelbagai bangsa yg turut sama meraikan kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini. Dgn golongan Muslim yg sedikit bertambah dgn perantau mcm aku, adalah rasa sedikit kemeriahannya.

Tak ada maknanya seramai gambar hiasan di atas tu. Dgn keluasan Town Square yg minima, bolehlah memuatkan gerai2 yg tidaklah seberapa banyak macam di tempat2 lain. Apapun syukur la jugak sebab ada jugak Bazar walaupun aku tak pergi selalu.

Bazar Ramadhan kat sini di buka seawal pukul 12 tgh hari. Time aku balik kerja pukul 5 tu, semua makanan pun hampir kehabisan dah...Nasiblah badan..huk2



Jika di tanya tentang murtabak, memang tak ada di sini. Aku pernah jumpa ada juga seorang yg menjual murtabak. Harganya aku tak pasti. Dia seorang sj yg jual murtabak. Besar jugak murtabaknya..hehe


Jgn xtau, aku suka makanan ni. Umai. Dalam 9hari berpuasa kat sini,aku dah jumpa makanan ni kat bazar. Bukan setakat jumpa,aku dah beli dan makan pun. Rasanya? Hmm..Xtau nak cakap macam mana. Tp Alhamdulillah,tekak aku memang cekap dan aku boleh menikmati umai dgn seleranya.. Mungkin sesuai dgn selera aku jg kot. Kalau boleh, 1hari nanti aku nak jg belaja cara2 nak buat umai tu. Dgr mcm senang tp mn lah aku tahu. InsyaAllah kalau ada kesempatan aku akan pelajarinya jg.


                 

Nak cerita pasal ketupat nasi ni,aku teringat pasal memba aku sorang ni yg sm tempat keja dgn aku. Pandai giler buat ketupat tu. Kalah aku. Agaknya aku pun dah lupa cara nak buat ketupat nasi tu. Agak malu juga melihatkan kecekapan beliau menganyam riben untuk hiasan di pejabat aku...huk2

Atas permintaan beliau, aku masukkan namanya kat sini. Namanya Faiz. hahaha...
Itu yg buat aku rs segan tu,sebab dia lelaki dan pandai buat ketupat tu dan aku tak berapa pandai nak buat ketupat jenis tu. Sedang ketupat daun palas yg mudah tu pun aku dah rasa fail,inikan pula ketupat jenis tu yg memang terkenal di selatan tanah air tu. Malunyer sayer..hihi

                              

Kenapa gambar burger yg aku pilih?
Aku suka makan burger!! Antara makanan kegemaran dan pebret akulah. Tp burger kat sini of coz la tak sama dgn burger di Kuala Nerang yg "TERBAIK" tuh! Knp x sama? Sudah tentulah di pengaruhi oleh macam2 alasannya. Tp aku belasah jugak..Ada aku kisah? Hahaha..


                

Nasi Kerabu? Aku belum pernah jumpa kat sini. Pendek kata apa yg ada kat Kuala Nerang tu tak ada kat sini. Cemana tuh?
Nanti balik Kuala Nerang baru aku jumpa agaknya. Agaknya time tuh ada lg tak kakak tu yg jual nasi kerabu dalam bazar kat Kuala Nerang tu? Aku tertanya- tanya nih...
Nyesal tak ambik no telefon dia...huk2



Ikan Empurau. Pertama kali aku dgr ms 1st time aku dtg dulu. Sebelum2 neh,aku memang tak pernah tau pun ada ikan yg namanya macam ni. Tak pernah dgr tu 1 hal,sbb tu lah x pernah tau. Kalau ikan terubuk tu aku tau lah sebab ikan yg banyak tulang. Spesis Empurau ni aku x tau la mcm mana. So far, xpernah lagi merasa sebab org kata mahal. Xkan la aku nak beli semata- mata nak merasa je kan? Dan aku pun dapat jwpn kenapa ada replika ikan empurau emas di zon Empurau Sudut 5S kat ofis aku. Antara ikan termahal dan terkenal di sini.


                   


Wah!!!!!!
Sambal belacan!!!
Memanglah tekak aku rindu sgt nak makan benda alah ni.
Bukanlah aku x jumpa kat sini tp takut x menepati citarasa..cewah!!!
Ada beza ke? Bukan sama je ke rasanya? Pedas tu mesti asalkan jgn manis jer..
Haisy!!!! PUASA!!! Apa kes teringat makanan je ni?

Okey lah..cukup la utk kali ni.. Ni pun dah curi banyak masa ni...
Selamat Berpuasa alls...Semoga amalan kita di berkati

Rajin pulak aku entry bulan ni...hehehe
Doakan saya yer...tQ



Sunday, July 15, 2012

Pengalaman2 baru saya d Kapit,Sarawak :)

    Ini dekat Wharf Kapit...banyaknya bot express


Masa 1st time aku sampai sini, aku ternganga gak tgk org2 kat sini kuat2 belaka...Angkat motorsikal macam xda apa2 jerk..pulak tu angkat beg2 kami yg banyak biji tu sekali sj..fuh..Kagum!!!


                        Boss! Encik Soo Weng Kong dan Datuk Akauntan Negara

Huhu...ini bulan lepas punya cerita..masa Datuk Akauntan Negara buat lawatan ke JANM cawangan Kapit...terharu aku sebab dpt jumpa dgn beliau....

         Antara org2 penting

Inilah depan pejabat aku..kecik dan comel aje saiz pejabat aku..belum tengok lagi tangga yg aku guna untuk ke tingkat 2...lagi comel....Yg tengah2 tu Datuk Akauntan Negara,sebelah dia pulak Datuk Timbalan Akauntan Negara Korporat ataupun TAN K..ha...macam tu lah lebih kurang..


              Barisan Staf JANM Cawangan Kapit bersama tetamu2 kehormat yg dtg dr jauh....hihi:)

Belakang dr kiri : Tawi,En.Maison,Faiz,Pengarah AG Sibu,En Canisius,Zainal,Rahim,Ray,En.Collin,Albert,Runy, En.Bunsu,En.Geraldson,Danny dan En Azmi(PA d PTJ).
Barisan tengah dr kiri : K.Ji,Linda,Suzy,Donna,PA Datuk Akauntan Negara,Alice,Pn.Zakiah,K.Ketty,K.Connie, Stacy,K. Pau dan aku...
Barisan depan dr kiri : En. Che Pee, Datuk TAN K, Datuk Akauntan Negara,Boss dan Tuan Haji Azmi( BPOPP)



  Sempat lg Kak Connie berposing time ni~ Lepas selamat tetamu kehormat masuk bot ekspress...hihi



Haiyo...banyak mood nak letak gamba pulak hari ni..hrp korang yg tersesat ke laman blog hamba bersabar yer dgn perangai hamba yg entah betul ke tidak pun xberapa pasti ni....




 
                      Pemandangan dr atas.....

 
              Sebahagian kerja di Unit Gaji...Bulan Julai 2012


SG20 d atas yg aku kerjakan pd bulan Julai 2012...xda la banyak sangat tu...yg bulan Jun lagi banyak dari ni..sebenarnya kan ada banyak lagi perkara yg aku belum belaja d unit gaji...


Okey...cukup dulu utk hari ni...lain masa akan aku cerita lagi d sini...banyak lagi masa aku berada di Sarawak atau secara spesifiknya berada d daerah Kapit yg sentosa ini..kui kui kui....

PeAcE No WaR!!!!!!!! :)  















Wednesday, May 9, 2012

welcome to Kapit

aku mulakan dengan tahun 2012 dengan berita gembira yg amat sangat walaupun aku sebenarnya belum pasti dengan apa yang bakal aku hadapi di masa akan datang..walaupun berita ini bukanlah datangnya ketika bulan January sebaliknya pada pertengahan April, aku sangat bersyukur pada Yang Maha Esa kerana Dia mendengar doaku,hambanya yang banyak melakukan kekhilafan ini...

ketika menerima surat bercop Jabatan Akauntan Negara Malaysia,aku seriously memang x mampu mengagak apakah isi kandungan surat tersebut.. setelah seminit aku membaca dan merenung seakan tak percaya,barulah aku bersyukur..huhu,teruknya aku...mujur aku xmenjerit kesukaan!

hmmm,masa dapat keputusan penempatan 19 April tu,aku macam tak pecaya aje yg aku bakal bertugas di Sarawak.walaupun aku memang sudah bersedia,jauh di sudut hati aku memang rasa takut sebab pertama kali nak menjauh dari family..persoalan pertama : mampukah aku hidup di tempat orang?

akhirnya tarikh 23hb itu tiba juga. berlepaslah aku ke Kapit, Sarawak!

welcome to Kapit..aku berada di Kapit atas urusan kerja dan of coz la atas urusan Seri Paduka Baginda...sabar sahajalah dengan rezeki yang melimpah ruah kat sini. siapa sangka rezeki aku di sini? aku sendiri pun tak sangka. tapi dah nama pun rezeki, aku pun terima dengan rasa syukur yang amat sangat.

ini yang pertama aku post untuk tahun ini...tahniah untuk diri aku sebab dapat kerja tetap di Kapit, Sarawak. jauh memang jauh tapi okey je kot...haha

sebulan suda aku di Kapit..pasal keja...adoila..penat giler!!!!buat salah? huhu..memang selalu,hingga tidak mampu di hitung lagi..

first time dapat on9 ni,rasa puas ati...lama sangat tak dapat nak on9, apatah lagi nak update...hmmm,saba sajalah...