Tuesday, January 14, 2014

~Salam Maulidur Rasul~

Assalamualaikum..

12 Rabiulawal tarikh ulangtahun kelahiran Baginda Rasulallah,Nabi Muhammad S.A.W.
Sesungguhnya dialah kekasih kita yg sebenar.
Bukan hari ni je yg kita patut berselawat,seharusnya setiap detik kita mesti mengingati Baginda. Aku mmg x berapa fhm dgn sikap segelintir teman2 d FB yg mengajak berselawat pd hari ini.
Niat depa memang baik.
Tapi lebih baik kalo hari2 berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,bkn bila tiba hr ni terus beria ia nk selawat. Lepas tu apa? Esok dgn lusa dan hari2 seterusnya x perlu selawat? Ishk3!!  Insaf seketika bila aku fikirkn logik akal fikiran. Jgn lah aku begitu. Biarlah aku mengingati Junjungan Besar itu setiap detik,dan bukan pd hr ini shj, in shaa Allah.
Apa pun,syukur la sebab tibanya hr ni,umat Islam berselawat byk2 ke atas Junjungan Besar Baginda. Mungkin lebih byk drp hari lain. Alhamdulillah...

Hidup d kalangan penduduk yg majoritinya tidak beragama Islam sebenarnya memang mencabar keimanan.
Kebebasan bergaul dan tiada had apatah lg halangan keluarga memang menakutkan. Sebenarnya bukan Islam shj yg menitik beratkan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Agama lain juga ada. Pendekatan yg sm cuma ideology berbeza.

Jgn kata org beragama Islam ini sgt sempurna imannya.
Hakikatnya manusia mmg d lahirkan bersama nafsu.
Jika diri d pandu oleh nafsu, x kira org tu beragama Islam atau tidak, terjerumus juga dia ke lembah maksiat. Nauzubillah.

Aku berkata berdasarkan pengalaman.
Aku juga manusia biasa,pernah bt salah.
Tetapi bila sedar,aku cepat bertaubat Nasuha.
Selebihnya aku mohon ampun dr Allah krn telah lalai dan menurut perasaan tanpa memikirkan masa depan.

Ya Tuhan,betapa kecewanya arwah mak dan arwah bapa jika mereka tahu anak mereka ini telah tersasar dr landasan.
Aku selalu berdoa smg segala dosa yg pernah aku buat d zaman jahiliyah tu d ampunkan. Aku juga berdoa jgn lah di hukum arwah mak dan arwah bapa d alam barzakh sana hanya kerana dosa anaknya yg lalai ini. Sesungguhnya arwah mak dan arwah bapa telah pun memberi didikan agama yg sempurna untuk anak2 nya meneladeni hidup. Biarlah segala dosa itu aku tanggung sendiri.

Hidup d sini byk buat aku sedar.
Aku ingin menambah keimanan dan ketaqwaan.
Tapi sifat malas itu terlalu byk menguasai.
Sehingga aku kdg2 terlalai.
Ingin ku buang sifat malas itu jauh2.
Biarlah lidahku ini basah dgn bacaan Al-quran.

Knp lah aku tak reti nk bersyukur?
Tahu x ada insan lain yg lebih malang dari aku?
At least,arwah mak arwah bapa sudah bekalkan aku dgn sedikit pengetahuan dlm membaca Al-quran. Sejak kecil aku d suruh baca kitab suci itu. Sampai menangis nangis sebab letih.
Bila dah besar,br aku tau betapa beruntungnya aku punya arwah bapa yg garangnya ya ampunnn! Siap jerkah2 lg ms ajar aku mengaji dulu2.
Bila sekarang dah pandai baca Al-quran,aku rs nikmatnya lain macam sj.

Rupanya d dunia serba canggih lg moden ni,ramai lg insan yg masih tak kenal apa itu Al-quran. Dan masih ada golongan yg x reti baca Al-quran. Alhamdulillah sbb aku reti baca kalam Allah.
Cuma aku dalam usaha untuk mentafsir ayat2 suci itu pula.
Ambil masa tp aku x kan putus asa.
Sesungguhnya Al-quran itu yg byk berikan aku ketenangan jiwa dalam meneruskan hidup tanpa pantauan dr org tua.

Marilah kita menambahkan rasa cinta kita buat Nabi Muhammad S.A.W yg kita sayangi. Jgn sekali kali lupa pengorbanannya dalam menyebarkan dakwah.
Sunnahnya juga wajib kita contohi.
Para lelaki suka dgn satu sunnahnya iaitu berpoligami.
Tapi harus d igt,poligami bila boleh dan mampu bersikap adil.
Jika tidak,lupakan sj kerana kita manusia biasa,bukannya Nabi Muhammad S.A.W yg sikap & sifatnya terpuji.
Sampai bila pun tidak mungkin akan ada insan sepertinya d dunia ini. Insan itu,Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
Sesungguhnya,Baginda sgt merindukan kita,umatnya.
Dan kita lah umat akhir zaman. Wajar juga kita merindukan Baginda sebagaimana Baginda sgt rindukan kita.

Sekian

#Masih d Kapit nan Sentosa#

Sunday, January 12, 2014

~Sekali Lagi~

-Reshuffled-

Dulu ms mula2 aku sampai Kapit,aku d tugaskan d unit gaji.
X sampai setahun,aku d minta turun ke unit akaun.
Dgn berat ati seumpama batu,aku ikut juga.

Belajar apa yg patut d unit akaun agak membebankn sebab aku x berapa minat dgn sesuatu yg d namakan akaun. Tp bila aku sudah bertekad nk mendalami akaun,aku dpt pula surat reshuffle. Dah pulak!

X sampai setahun d unit akaun,aku d reshuffled lg.
Semua unit aku belaja separuh jln.
Dan mcm mn aku nk menjalani rutin d unit bayaran pula?

Sekali lg!! Perlu mulakan dari 0..A-Z..doakan aku ya