Saturday, June 28, 2014

~Salam Ramadhan~

Assalamualaikum

Alhamdulillah,tahun nie tahun ke 3 aku menjalani ibadah puasa d perantauan. Aku x nk tulis byk2 dlm ent3 kali nie.. Just nk sharing picture je. Hope dont mind ye...


Aku baru selesai tunaikn sembahyang sunat terawikh. Tp 8 rakaat shj dan secara perseorangan. Nak pergi masjid pun jauh,mlm2 tak ada perkhidmatan kenderaan @ van sapu yg tambang rm1.50 tu. Sedangkn aku sendiri tidak punya kenderaan sendiri. Nak minta tlg Kak Pau,tobat aku segan. Segan nk nyusahkan beliau. Tak apalah, aku buat apa yg aku rasa mampu shj. Selalunya aku x berapa rajin buat solat sunat. Sesekali shj aku buat solat tgh mlm. Itupun kalau aku terbangun tgh mlm n x dpt tdo semula.

Utk Ramadhan, bulan yg special ni, aku berazam nk tingkatkn amalan & ibadat. Aku selalu minta Allah sucikn ati aku ni. Dan aku juga minta supaya Allah gerakkn aku menjadi lebih rajin beribadat. Time ni nk fokus!

Okey lah,td da janji x mau tulis byk2..
Selamat berpuasa kwn2..Rajin2 bangkit soq(sahur) na

Key words : Bak kata owner projek kambing muda (Don Jenal de Cabras, puasa x capai objektif kalau x Sahur..haha..fikir2 kn & selamat beramal yeah!!


~Still @ Kapit Nan Sentosa~ ♥♥

Thursday, June 12, 2014

~Faraid~

Assalamualaikum...

Tajuk hari macam berat jer kan. Tapi inilah kenyataan & realiti yg aku kena hadapi.
Sebab apa? Sebab arwah bapa aku tinggalkan harta yang perlu di bahagi2 kan kepada anak2 nya. Bila berbicara bab harta ni, serta merta aku rasa sedih je. Perlu ke semua ini?
Jawapannya: Perlu! Wajib! Allahuakbar.. Terus terang, aku sgt2 cetek bab pembahagian harta sebab aku duk fikir takkanlah harta yang sejemput tu pun nak di bahagi2 kan. Padahal keluarga aku bukanlah besaq sgt pun. Tapi bila mengenangkan apa yg akak ipar aku cakap, aku perlu study apa itu Faraid supaya aku tahu hak aku sebagai anak. Ya Allah, memang berat aku nak buat semua ni. Salah satu sebabnya aku, adik2 aku bukan jenis memandang harta sgt. Kami memutuskan utk mencari harta sendiri. Harta yang sejemput tu kami tak mau kacau pun. Tapi menurut org yg berpengetahuan agama, Faraid mesti mengikut syariat dan mesti di buat.

Antara Dalil-dalilnya ialah seperti Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu majah dan
darul Qutni di bawah ini:-
تعلموا الفرا ئض و علموها فا نها نصف العلم وهو ينسي وهو اول ينزع من امتي
"Daripada Abi Hurairah ra berkata, Sabda Rasulallah saw : Hendaklah kamu
mempelajari Ilmu Faraid dan ajarkanlah akannya, kerana ia adalah setengah ilmu ,
ia adalah dilupakan dan ia adalah sesuatu yang mula dicabutkan dari umatku".
Dan sabdanya lagi:-
العلم ثلاثة وما سوى ذ لك فضل أية محكمة او سنة قا ئمة او فريضة عا دلة
"Daripada Abdullah Bin Amru, bahawa Rasulallah saw telah bersabda: Ilmu itu
ada tiga macam, dan yang lainnya adalah lebihan, iaitu Ayat Muhkamah atau
Sunnah yang tegap atau Faridah(pembahagian Pusaka) yang adil." (Riwayat Abu
Daud).

Bayangkan sajalah. Nak kata arwah bapa aku tak tinggalkan harta, tipu sgt lah. Ada harta tersebut. Tanah, rumah dan emas. Disebabkan malam td akak ipar aku call dan membuka mata aku, terdetik untuk aku kongsikan di sini betapa penting dan perlu melakukan Faraid.
Teringat akak ipar aku tersedu sedan mengingatkan keadaan keluarga aku yang katanya tak macam keluarga org lain. Aku pun sedih. Sebab apa jadi macam tu? Sebab aku dan keluarga aku bukanlah memandang harta. Kalau hanya ada aku, aku tak kisah. Tapi masih ada adik2 aku, ada abang aku yang belum kahwin.

Sekarang, aku masih di Sarawak. Jadi tunggu aku balik bercuti nanti barulah kami akan adakan perbincangan mengenai pembahagian harta. Sepatutnya benda ni dah settle memandangkan adik aku yang last tu pun dah 24 tahun dan berhak juga ke atas harta tersebut.

Lebih aku sedih bila mengenangkan akak ipar aku yang seorang lagi tu. Sekarang ni, semua harta di pegang oleh abang aku. Maknanya apa? Fikir lah sendiri. Sebelum ada kejadian yang tidak di ingini berlaku, eloklah kami melakukan Pembahagian Harta Mengikut Faraid dan sebelum itu, aku mestilah study macam mana nak buat. Sebab aku tak cukup ilmu nak buat semua itu. Penting tu!

Percaya ke tidak, semakin aku mendalami ilmu Syariah berkaitan dengan Faraid, semakin aku rasa tak cukup ilmu. Susah kan? Tapi kena usaha jugak. Semoga Allah permudahkan kesemua perkara ini. In Shaa Allah. Betullah, untuk memudahkan urusan, ilmu berkaitan ini perlu ada supaya tiada yang tersalah faham apalgi berburuk sangka. Sesungguhnya perancangan Allah itu ada hikmahNya yang tersembunyi.

Apa yang aku peroleh dari satu laman web, meh aku berkongsi sikit yer....

PENGETAHUAN ASAS BERKAITAN DENGAN FARAID

1. Senarai waris-waris yang berhak menerima pusaka.
2. Waris fardu.
3. Waris asabah dan jenis asabah.
4. Tertib asabah
5. Mahjub.
6. Kategori waris: waris utama, waris ganti dan waris kedua.
7. Kaedah pembahagian.

1. SENARAI WARIS YANG BERHAK MENERIMA PUSAKA:

Waris lelaki 15 orang:
1. Anak lelaki
2. Cucu lelaki daripada anak lelaki
3. Bapa
4. Datuk sebelah bapa.
5. Saudara lelaki seibu sebapa
6. Saudara lelaki sebapa
7. Saudara lelaki seibu
8. Anak saudara lelaki seibu sebapa
9. Anak saudara lelaki sebapa
10. Bapa saudara seibu sebapa
11. Bapa saudara sebapa
12. Anak bapa saudara seibu sebapa
13. Anak bapa saudara sebapa
14. Suami
15. Tuan.

Waris perempuan 10 orang :

1. Anak perempuan
2. Cucu perempuan
3. Ibu
4. Nenek sebelah ibu
5. Nenek sebelah bapa
6. Saudara perempuan seibu sebapa
7. Saudara perempuan sebapa
8. Saudara perempuan seibu
9. Isteri
10. Puan

2. Waris fardu :

RINGKASAN KADAR BAHAGIAN AHLI FARDU

1. Satu Perdua (1/2)
1. Suami Syarat: Tidak ada keturunan kebawah
2. 1 Anak Perempuan Syarat: Tidak ada Anak Lelaki
3. 1 Cucu Perempuan Syarat: Tidak ada
i. Anak lelaki/ perempuan
ii.Cucu lelaki
4. 1 Saudara Seibu Sebapa
Perempuan (SIBP)
Syarat: Tidak ada
i. Bapa,
ii. Datuk
iii. Keturunan kebawah
v. Saudara seibu sebapa lelaki
(SIBL)
5. 1 Saudara Sebapa
Perempuan (SBP)
Syarat: Tidak ada
i. Bapa
ii. Datuk
iii. Keturunan kebawah
iv. Saudara Seibu Sebapa
lelaki/perempuan (SIBP/L)
v. Saudara sebapa lelaki (SBL),

2. Satu Pertiga (1/3)
1. Ibu Syarat: Tidak ada
i. Keturunan kebawah
ii. Berbilang saudara samada
SIB/SB/SI lelaki/perempuan
2. Dua atau Lebih Saudara
Seibu Lelaki/Perempuan
Syarat: Tidak ada
i. keturunan kebawah
ii. keturunan lelaki keatas.

3. Satu Perempat (1/4)
1. Suami Syarat: Ada keturunan kebawah
2. Isteri Syarat: Tidak ada keturunan kebawah

4. Dua Pertiga (2/3)
1. 2 atau lebih Anak
Perempuan
Syarat: Tidak ada Anak Lelaki
2. 2 atau lebih
Cucu Perempuan
Syarat: Tidak ada
i. Cucu Lelaki
ii. Anak Lelaki/perempuan
3. 2 atau lebih Saudara
Seibu Sebapa
Perempuan
(SIBP)
Syarat: Tidak ada
i. Saudara Seibu Sebapa Lelaki (SIBL)
ii. Keturunan kebawah
iii. Bapa
vi. Datuk
4. 2 atau lebih Saudara
Sebapa Perempuan
(SBP)
Syarat: Tidak ada
i. Saudara Sebapa Lelaki (SBL)
ii. Keturunan kebawah
iii. Bapa
iv. Datuk
v. Saudara Seibu Sebapa lelaki /perempuan
(SIBL/P)

5. Satu Perenam (1/6)
Bapa
Ibu
Syarat: Ada keturunan kebawah
Syarat:
i. Ada keturunan kebawah
ii. Ada berbilang Saudara sama ada:
SIB, SB, SI Lelaki/perempuan
3. Datuk Syarat:
i. Ada keturunan kebawah
ii. Tidak ada Bapa
iii. Tidak ada Saudara SIB/SB
4. Nenek Sebelah Ibu - Tidak ada Ibu
Sebelah Bapa - Tidak ada Ibu/Bapa
5. Cucu Perempuan Syarat:
i. Ada bersama seorang Anak Perempuan
ii. Tidak ada Anak Lelaki/Cucu Lelaki
6. Saudara Sebapa
Perempuan (SBP)
Syarat:
i. Ada bersama Seorang Saudara
Seibu Sebapa Perempuan (SIBP)
ii. Tidak ada keturunan kebawah
iii. Tidak ada bapa/datuk
iii. Tidak ada SIBL dan SBL
7. Seorang Saudara
Seibu Samada
Lelaki/Perempuan
Syarat:
i. Tidak ada keturunan kebawah
ii. Tidak ada keturunan lelaki keatas.

6. Satu Perlapan (1/8)
Isteri Syarat: Ada keturunan kebawah

7. Satu Pertiga (1/3) Baki
Ibu Ketika simati hanya meninggalkan
i. Ibu, Bapa dan Suami
ii. Ibu, Bapa dan Isteri

3. Waris asabah dan jenis asabah :

1). ASABAH DENGAN DIRI SENDIRI :
(asabah binafsih)
1. anak lelaki (AL)
2. cucu lelaki (CL)
3. cicit lelaki (CTL) dan kebawah
4. bapa
5. datuk dan keatas
6. saudara seibu sebapa lelaki (SIBL)
7. saudara sebapa lelaki (SBL)
8. anak saudara seibu sebapa lelaki (ASIBL)
9. anak saudara sebapa lelaki (ASBL)
10. cucu saudara seibu sebapa lelaki (CSIBL)
11. cucu saudara sebapa lelaki (CSBL)
12. bapa saudara seibu sebapa (BSSIB)
13. bapa saudara sebapa (BSSB)
14. anak bapa saudara seibu sebapa lelaki (sepupu SIB)
15. anak bapa saudara sebapa lelaki (sepupu SB)
16. cucu bapa saudara seibu sebapa lelaki (anak sepupu SIBL)
17. cucu bapa saudara sebapa lelaki (anak sepupu SBL)
18. datuk saudara seibu sebapa
19. datuk saudara sebapa
20. anak datuk saudara seibu sebapa lelaki (pak sepupu SIB)
21. anak datuk saudara sebapa lelaki (pak sepupu SB)
dan seterusnya waris-waris lelaki yang berketurunan sebelah bapa.

2) ASABAH BERSAMA DENGAN ORANG LAIN
(Asabah bil-Ghairi)
Asabah bersama dengan orang lain bermakna seseorang itu mendapat asabah
apabila simati ada meninggalkan waris lelaki dan waris perempuan yang sama
darjat di mana bahagian mereka telah ditetapkan iaitu bahagian lelaki dua kali
bahagian perempuan.
Mereka yang mendapat asabah jenis ini terdiri daripada empat golongan. Iaitu:
• anak lelaki dan anak perempuan
• cucu lelaki dan cucu perempuan
• saudara seibu sebapa lelaki dan saudara seibu sebapa perempuan
• saudara sebapa lelaki dan saudara sebapa perempuan.

*Peringatan : Cucu perempuan dengan cicit lelaki
Satu pengecualian dalam soal sedarjat di mana cucu perempuan boleh
mendapat asabah ketika bersama dengan cicit lelaki. Pada dasarnya cucu
perempuan mendapat asabah bersama dengan cucu lelaki yang sedarjat
dengannya. Tetapi adakalanya cucu perempuan berhajat kepada lelaki yang
lebih rendah darjat daripadanya untuk menjadi asabah bagi
membolehkannya mendapat pusaka.

3. ASABAH BERSERTA DENGAN ORANG LAIN
( Asabah maal Ghairi)
Asabah berserta dengan orang lain bermakna waris wanita tertentu iaitu saudara
seibu sebapa perempuan atau saudara sebapa perempuan menjadi asabah apabila
simati ada meninggalkan bersertanya anak perempuan atau cucu perempuan
dengan syarat tidak ada saudara seibu sebapa lelaki atau saudara sebapa lelaki
yang mengasabahkan saudara perempuan tersebut menjadi asabah bil ghairi.
Asabah selalunya berkaitan dengan waris-waris lelaki. Akan tetapi asabah jenis
ini adalah berkaitan dengan wanita dan mereka tidak memerlukan lelaki untuk
menjadi asabah. Mereka yang menjadi asabah jenis ini terdiri daripada:
• Saudara seibu sebapa perempuan (SIBP)
• Saudara sebapa perempuan (SBP).

Benda ni lagi jelas kalau aku dapat buat table kat sini. Tapi malas punya pasal, main copy paste je..haha..harap ada yang faham la ye!

Maksud Ayat 12 Surah An-Nisaa' : 

“Dan bagimu (suami-isteri) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh
isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu
mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang
ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan)
sesudah dibayar hutangnya para isteri memperoleh seperempat harta
yang kamu tingalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu
mempunyai anak, maka para isteri memperoleh seperdelapan dari harta
yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau
(dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik
lelaki mahupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak
meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara lelaki (seibu saja)
atau seorang saudara perempuan (seibu saja), maka bagi masing-masing
dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. Tetapi jika saudara-saudara
seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang
sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah
dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris).
(Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syari’at yang benar-benar

dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.”

Sekian sahaja untuk kali ini. Bab yang berat untuk di uruskan namun mesti di uruskan dengan baik dan bijaksana. Semoga Allah kurniakan kekuatan, kesabaran serta kematangan kepada keluarga kami untuk menempuh masa akan datang. Dan janganlah keluarga kami berpecah belah demi berebut harta yang tidak banyak itu. Sesungguhnya harta tidak mampu kita heret ke kubur tetapi amalan kita yang akan di pertimbangkan. Wallahua'lam

Nota Kaki : Jangan kita sesekali berhenti belajar. Tuntut lah ilmu hingga ke liang lahad. :]