Thursday, June 18, 2015

~Perkara yang patut di elakkan masa majlis perkahwinan~

Assalamualaikum & Selamat pagi

Selamat menyambut Ramadhan Kareem semua..

TIPS PERKAHWINAN

4 PERKARA PENTING YANG PERLU DIELAKKAN OLEH PENGANTIN PADA HARI PERKAHWINAN

Posted on June 6, 2015 at 11:09 am by 
4 Perkara yang kami sebutkan dibawah selalu dilakukan oleh Para Pengantin pada hari perkahwinan walaupun ianya boleh membawa kesan yang buruk kepada pengantin sendiri, keluarga serta tetamu yang hadir. Kami mahu artikel ini menjadi pengajaran kepada bakal-bakal pengantin yang akan melangsungkan majlis perkahwinan masing-masing di masa akan datang.
1. Jangan tinggalkan Majlis sebelum habis resepsi untuk Outdoor Photoshoot
Atucara majlis yang biasanya diadakan adalah dari pukul 11 sehingga 4 petang, ramai pengantin akan meninggalkan majlis pada waktu atucara majis semata-mata untuk menghadiri Outdoor Photoshoot diluar. Harus diingatkan bahawa pada waktu atucara majlis, tetamu akan datang, ada yang dari jauh semata-mata ingin bertemu mata dengan pengantin kerana sudah lama tidak bertemu. Ada yang membawa hadiah, dan salam dari kawan-kawan untuk bertemu dengan pengantin tetapi yang tidak eloknya jika pengantin tidak ada di majlis. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat kita walaupun perkara ini akan mengundang rasa tidak puas hati dan marah kepada tetamu yang bersusah payah menghadirkan diri ke majlis perkahwinan anda. Pengantin seharusnya sentiasa berada di majlis untuk melayani tetamu dan bersua muka dengan tetamu. Outdoor photoshoot boleh dilakukan selepas majlis resepsi jadi tidak perlu meninggalkan majlis dan tidak menghiraukan tetamu yang hadir.
2. Meninggalkan Solat kerana terlalu asyik
Ramai diantara pengantin yang meninggalkan solat terutama solat zuhur dan asar kerana terlalu asyik melayani tetamu atau sesi photography. Harus diingatkan solat itu tiang agama dan solat itu adalah kewajipan setiap muslim yang wajib ditunaikan. Sesibuk mana pun kita, solat tetap perlu didirikan. Ramai pengantin mengambil mudah akan hal ini dan lebih mengutamakan majlis perkahwinan berbanding mendirikan solat. Perkahwinan harus disulami dengan keberkatan, jika pengantin sendiri tidak mendirikan solat, maka hilanglah keberkatan dalam perkahwinan dan perkara ini perlu dielakkan sama sekali.
3. Meluangkan Lebih Banyak Masa menukar Pakaian dan Solekan untuk Bergambar dari Melayani tetamu
Kebiasaan pada zaman sekarang Pengantin akan mengenakan lebih dari 2 persalinan baju pengantin untuk bergambar. Solekan pula memakan masa berjam-jam dan menyebabkan tetamu tidak dilayan diluar dan pulang tanpa bersetentang mata dengan pengantin. Pengantin seharusnya meluangkan lebih masa diluar untuk berjumpa dan melayani tetamu diluar berbanding duduk diatas pelamin dan bergambar seharian. Konsep “Raja Sehari” perlu diperbetulkan dimana para pengantinlah yang perlu melayani tetamu bukannya ahli keluarga sahaja. Para pengantin harus mengurangkan masa bergambar dan lebih masa untuk berada diluar beramah-mesra dengan tetamu yang hadir.
4. Mendedahkan Aurat dalam Majlis perkahwinan
Menjadi kebiasaan pada para pengantin memakai pakaian yang ketat tertutamanya pengantin perempuan yang begitu asyik bergambar. Harus diingatkan bahawa menutup aurat itu satu kewajipan kepada setiap muslim. Pakaian ketat dan tidak menutupi aurat itu satu kesalahan yang besar dan boleh menghilangkan keberkatan dalam satu-satu majlis perkahwinan. Bakal pengantin sekalian, pastikan pakaian pengantin anda mengikut apa yang telah ditetapkan oleh syariah dan hukum Islam.
Moga menjadi panduan kepada para pengantin dan membawa berkat.

Jeng3..nak share yg ini je sebenarnya..hiks!

~Still In Kapit Nan Sentosa~

Wednesday, June 3, 2015

~Novel Isteri Tuan Ihsan~

Assalamualaikum & Selamat petang...

Ari ni nak cerita pasal novel lagi. Isteri Tuan Ihsan tajuknya. Terbitan LoveNovel. Hasil penulisan Sara Kyoko. Aku da baca sikit kat blog penulis tp sikit ja. Tu pun sbb aku follow blog dia..keke..

Ehsan abg google
Haa..ni la rupa novel tu. Aku sebenarnya nak juga beli. Tapi kan...tapi kan...tapi kan....hrmmm
Kenapa aku mcm malas jek. Sebab kena daftar tu. Aku rs mcm byk je abg google tau pasal aku..eh??!
Dah jadi ahli Karyaseni,Penulisan2u,Karangkraf. Apa lagi? Macam banyak jer. Alangkah bestnya kalau ada yg sudi pos kan kat aku yg ada d Kapit ni. Kadang rasa letih juga kena beli secara online ni. Maklumlah dekat Kapit ni x dak Kedai yg jual novel. Teringin jer aku nak buka sebuah kedai jual Novel kat Kapit ni. Tapi aku dah nak balik semenanjung..Cewahh,angan2!!

Tolonglah tolong...aku nak sgt novel ni. X syok tau baca separuh jalan. Kekeke...
Pg td aku dah masuk LoveNovel, dah siap letak dlm troli dah ni tup2 kna register kan. Luluh rasanya. Hahah..Actually kan aku da register tp belum masuk detail. Dah tu acaner depa nak pos kan dekat aku kan.Hrmmm...harap aku sempat beli ni bila aku dah ada kerajinan.  Aamiinn....

~Masih Di Kapit nan Sentosa~