Thursday, October 8, 2015

~Novel Cinta Paling Agung~

Assalamualaikum & good morning....

Aku beli novel ni sebab tengok penulisnya. Kalau karya dia yang mula2 tu best,ku agak karyanya yang ini juga best la. Mungkin ada sesetengah pendapat bahawa cerita macam ni boring. Ending nya klise. Happy ending juga last2.

Aku bukan nak tekankan mengenai happy ending tu. Tapi novel ni banyak bagi inspirasi pada aku (aku kan baru dua bulan lebih jadi isteri). Tak dinafikan, aku ada juga rasa boring masa baca novel CPA ni sebab banyak sangat dialek Indon. Huh, aku memang x suka sungguh dengan dialek Indon, x tahu la kenapa. Hehehe...

Ni la novel Cinta Paling Agung
Novel ni juga ada adaptasi ke Filem. Lakonan Aaron Aziz, Siti Saleha & Mia Sara ( anak dema). Bila masuk ke website Karyaseni,bole la tengok sikit filem tu. Introducing je. Huh, aku minat Siti Saleha, tapi kurang minat Aaron Aziz. Hahah

Ni dia filem tuh...
Kisahnya bermula selepas sembilan tahun perkahwinan dema. Suami, Khairi sudah mula bosan dengan isterinya, Amyza. Secara x sengaja terjumpa perempuan lain yang menarik hati Khairi ni. Khairi tertarik dengan Dewi yang pada pandangannya manis sekali dengan penampilan muslimah Dewi. Lepas tu dia bole pulak membandingkan Dewi dengan isterinya Amyza. Sudahnya banyak yang buruk daripada baik yang dia nampak pada isterinya. Balik2 dia memuji Dewi juga.~ Huh, hangat je hati aku masa baca part ni. X sedar diri punya suami! Ngeh!!

Novel CPA ne menceritakan gaya hidup rumahtangga yang terumbang ambing. Suami isteri yang tiada pegangan agama. Yang leka dengan duniawi semata- mata. Tragis apabila Khairi menikah dengan Amyza hanya kerana kecantikan. Bukan kerana agama. ~Penulis menggarapkan nilai kehidupan dengan baik dan terkesan di hati aku ni.

Watak Dewi sangat simple. Orang ketiga dalam rumahtangga orang ni paling buat masyarakat benci. Pastu orang label perampas. X pun perosak rumahtangga orang. Selalunya watak ketiga ni wanita jahat,seksi,bergaya. Tapi dalam CPA, watak Dewi adalah seorang gadis muslimah. Tapi walau dia gadis muslimah, dia pun manusia biasa yang x mampu nak berkongsi kasih. Dia nak Khairi sayang dia sorang ja which means, Khairi kena ceraikan Amyza sebelum dia menerima Khairi sebagai suami. Teruknya perangai. Huhuh

Khairi berterus terang dengan Amyza yang dia nak menikah lagi satu. Sebagai isteri, Amyza mengamuk la. Dia x tahu apa yang kurang pada dirinya sehinggakan Khairi sampai hati berlaku curang dengan dia. Kesian pun ada pada Amyza tu.~Bila baca novel tu,memang banyak pun kekurangan Amyza yang diceritakan. Kesian jugak dekat Khairi tu. Aku jugak yang tertekan dengan jalan cerita. Hahah

Part yang paling aku suka masa Khairi kena basuh dengan bapak Dewi. Masa tu barulah thu yang Khairi pun byk gak kurang. Bapak Dewi tak suka Dewi berkawan dengan suami orang. Apatah lagi sampai orang tu bercerai berai. Bergaduh jugak la Dewi dengan bapak dia. Walaupun Dewi tu sebenarnya anak kesayangan bapaknya, cinta dalam hati dia tu membutakan mata dia. Bole dia tinggikan suara kat bapaknya hanya kerana seorang lelaki bukan muhrim. ~Aku meluat giler dengan watak Dewi neh...kehkehkeh

Satu lagi watak yang aku suka adalah watak Muna & Ben. Kawan susah senang tu. Kita pun tahu zaman sekarang susah nak dapat kawan susah senang ne. Payah nak ada kawan yang macam tu kan. Muna & Ben byk tolong Amyza dalam usaha nak selamatkan rumahtangga dia dan Khairi. Di mulut Amyza kata nak cerai sebab tak sanggup bermadu, dalam hati dia menangis sebab tak sanggup berpisah dengan lelaki paling dicintai.

Amyza jumpa juga dengan Dewi. Dia kecewa sangat sbb dia nampak Dewi perempuan baik2. Tapi hati tgh panas, terlepas juga penampar sulung ke muka Dewi. Dia tak pasti kenapa Khairi berubah citarasa kepada perempuan muslimah. Sebab semua pakaian dia Khairi yang belikan. Khairi tak pernah minta dia tutup aurat pun. Salah dia kah?~ Huh, kesian Amyza!


Di penghujung cerita,Amyza & Khairi sama2 mendapat hidayah untuk berubah. Hidup secara Islam. Amyza juga sudah bole bertenang dan bole berfikir sedalamnya. Dia redha kalau perpisahan terjadi antara dia dan suami. Khairi juga sedar kesilapannya yang tidak membimbing keluarga kecilnya ke jalan yang diredai. Paling aku x sangka bila Amyza bole jadikan Dewi sebagai guru untuk dia belajar. Dia belajar sembahyang dan mengaji dengan Dewi. Dewi yang mahu merampas kebahagiaan dia. Dewi pun sedar diri juga di mana dia menjauhkan diri daripada Khairi sebab dia tak nak meruntuhkan rumahtangga orang lain. Dia tak nak bina kebahagiaan sendiri dengan melukai perempuan lain. Baguih la tu kan.



Lastly, cerita nya perfect! Tiada manusia sempurna di dunia ni. Maka kerana itu, Allah S.W.T telah menetapkan pasangan untuk saling melengkapi. Sebelum nak menilai keburukan orang @ pasangan, cermin lah keburukan diri sendiri dahulu. Terima segala kebaikan dan keburukan pasangan dengan rela hati. Kalau pasangan kita ada kekurangan, kita lah yang kena perbaiki kekurangan tersebut dengan kelebihan yang kita ada. Bukan dengan cara menyisihkan pasangan kita dan  mencari pasangan yang baru. Strictly NO NO NO!!!

Novel CPA memberikan contoh dan gambaran sebenar alam rumahtangga. Jangan sangka dunia realiti tiada yang begitu. Semestinya ada. Itulah realiti kehidupan.

Akhir kata, jangan tinggal sembahyang. Jangan dedah aurat. Jangan lupa bayar zakat. Tak ada maknanya Islam hanya pada Kad Pengenalan. Aplikasikan Islam dalam kehidupan, inshaaAllah tenang hidup kita di dunia ni. Apapun, kembalilah kepada Yang Maha Esa. Itu apa yang aku dapat bila baca novel Cinta Paling Agung.

Sekian dulu untuk Cinta Paling Agung.

~Untuk suamiku, isterimu ini terlalu banyak kekurangannya. Mohon sabar & setia melayani isterimu ini. Isterimu ini sangat sensetif orangnya. Janganlah melukai hati isterimu ini dengan perkataan kasar atau perlakuan yang boleh mencederakan perasaan isterimu ini. Isterimu ini amanah dari Allah. Bagiku, suamiku juga adalah amanah & anugerah dari Allah. Ku ingin menjaga hatimu sebagaimana aku menjaga hatiku. Peace!

~Still In Kapit Nan Sentosa~