Saturday, November 28, 2015

~Panggilan Temuduga Penolong Akauntan W27~

Assalamualaikum & selamat petang...

Sabtu 28.11.2015 @ 3.00pm

Tudia, aku di ofis lani. Buat apa? Nak setelkan dokumentasi pasal intebiu tu la. Tapi tetap gak tak setel. Gara2 tunggu org HQ emelkan LNPT aku. Sampai skrg x dpt2 lagi. Dah la aku punya nebes ni melampaui batas. Faham2 jer la...

Kalau nak tahu, ni kali kedua aku dipanggil temuduga. Macam biasa la, sama ja keadaan masa dapat surat temuduga Pembantu Akauntan W17 tahun 2011 dulu. Seram sejuk, nebes, jantung lari kuat. Haih!!

Jujur aku tak tahu apa istimewanya aku sampai terpilih utk dilantik sbg penjawat awam Pembantu Akauntan dulu. Sebab apa? Sebab aku tak boleh jawab pun soalan masa intebiu tu. Jadi aku rasa aku tak dapat la kerja ni. Aku ni dah la stail tak confiden. Ye, itu pertama kali aku dapat temuduga kerja kerajaan. Dan mungkin sudah rezeki aku, tu la aku dapat keja ni kot. Alhamdulillah la Allah permudahkan urusan aku masa tu.

Masa dipanggil temuduga Pembantu Akauntan W17 tu, ada gak masa 3 minggu nk prepare, nak study. Konon laa. Tapi aku betul2 stadi tau masa tu. Cuma aku langsung tak berharap nak dapat kerja tu. 

Sekarang, hadoiiii...SPA emel surat panggilan pada 25.11.2015, temuduga pulak 02.12.2015.. Bole byg tak? Kelam kabut aku nak prepare semua. Mana kena mintak LNPT kat HQ lagi yang sampai lani dah 3 hari tak ada kabar berita. Payah sungguh aih. Suntuk sungguh la masak. Aku tak tau nak prepare lagu mana. Dengan tak tau nak stadi apa. Ya Allah haiiiii... Bertambah la nebes aku niii

Ok la...tu je nak cerita. 
Nak sambung cari bahan Perakaunan Akruan-rasa macam depa nak tanya soalan tu ja masa interview nanti. Huk3!!!

Sesapa yg lalu d blog sy, tolong doakan saya ye. Saya takut sgt laaaaa nak hadapi interview ni. Terima kasih naaa


Sekian

~Still In Kapit nan Sentosa~

Monday, November 9, 2015

~Pengeluaran KWSP~

Assalamualaikum & selamat pagi..

Topik pagi ni berat. Berkaitan duit. Hoho..Kita hidup bukan hamba kepada duit tp kalo x da duit, nak mati pun susah. Haish...begitulah perumpamaannya.

Jumaat lepas aku g KWSP Cawangan Sibu. Antara dokumen yg aku bawak p sama2 :

1. Borang Permohonan KWSP J9 (AHL) - Boleh di isi menggunakan tulisan tangan atau di laman web sendiri.

2. Lampiran A- Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan

3. Salinan IC

4. Salinan Buku akaun bank

5. Salinan surat pengesahan perkhidmatan

6.  Salinan Surat Pemberian Taraf Berpencen

Tapi pihak KWSP cuma ambik yg no 1 & 2 sahaja. Yang lain semua  dikembalikan kepada aku. 

Tu jelah aku nak cerita. Hehe

Sekian,

~Still In Kapit Nan Sentosa~

Thursday, November 5, 2015

~Pr4y For Akauntan W44~

Assalamualaikum...& slmt tgh hari...

Tau ka knp tajuk aku mcm tu? Sebenarnya aku nak mendoakan diri sendiri dapat pindah balik ke semenanjung. Tapi adalah lebih afdal aku mendoakan ada Akauntan W44 yang datang masuk ke AG Kapit menggantikan Akauntan W41.

Bukan sebab tak suka mengekalkan Akauntan W41 di AG Kapit. Tapi cukup la tu sikit2. Bagi la orang lain lak rasa mai duk di Kapit ne.

Heh, aku tau kenaikan dari W41 ke W44 tu tak banyak mn pun. Just RM225 sahaja. Tapi belajar la hidup serba kekurangan. Belajar jd leader yang hebat. Bukan leader yang tau mengarah je tau. Staff x suka dengan leader yang perasan bagus, sombong dan kedekut ilmu. Please laaa... Staff anda ni mcm student juga. Perlu juga di beri pelajaran, nasihat dan tunjuk ajar. Bukan arahan semata- mata.

Leader perlu ada soft skill. Tak mau leader yang panas baran. Tak mau leader yang emosional. Tak mau leader yang selfish. Tak mau leader yang pandai puji diri sendiri. Tak mau leader yang tak mau mengaku salah. Tak mau leader yang hanya pandai mengarah tapi x tau keja yang di arahkan. Tak mau leader yang suka mengungkit. Tak mau leader yang pandai ambik kesempatan atas kelemahan staff. Tak mau leader yang hanya tahu menjerit marah bila kehendaknya lambat dituruti ( mcm staff dia tak da keja nak buat). Tak mau leader yang x reti mintak maaf.  Tak mau nah... kalau nak jadi leader yang hebat, kena kaji macam mana nak jadi leader yang hebat, leader yang di hormati kerana attitut, bukan kerana takut kena marah.

Bila tgk byk betul sifat2 negatif tu kn. Huhu...sungguh kami tak mau leader yang mcm tu. Leader mcm tu hanya menjatuhkn kredibiliti dirinya sendiri serta imej jabatan. Ayok...x tahu.. Belajar la insaf kalau ada leader2 yg perangai nya mcm di atas tu. 

Hadoi, telinga aku letih dah dengaq lagu selpi2 dengan lagu sorry2..haiiyerrr..

Sekian, tu sajalah harapan dan impian aku.

~Still In Kapit Nan Sentosa~

Tuesday, November 3, 2015

~Novel Seseorang Untuk Aku~

Assalamualaikum & gud morning!!

Hari ni nak cerita pasal sebuah novel yang aku baru beli bulan lepas. Seseorang Untuk Aku

muka depan novel
Karya Rehan Makhtar. Novel ni memberi impak yang mendalam pada pembaca kalau betul menghayati. Ada sedih, kecewa, bahagia, kesal, sakit ati. Huh, macam2 perasaan yg aku rasa ms baca novel nih. Mari kita review sikit cerita novel Seseorang Untuk Aku.

Lailatul seorang kakak yang sayang sgt kat adik dia Lizahani. Kerana kesukaran hidup, dia berhenti belajar dan x sempat ambik SPM pun. Tapi dia memegang amanah dengan memberikan segala kemudahan utk adiknya. Dia x belajar x apa asalkan adik dia belajar. Pengorbanan sungguh.

Lailatul kemudiannya bercinta dengan anak Ketua Kampung, Haji Saad iaitu ZarulHakimi. Tapi disebabkan Lailatul mahu memastikan adik dia berjaya dan stabil baru nak fikir pasal dirinya, Zarulhakimi kurang sabar dan mengambil keputusan untuk memperisterikan Lizahani. Lailatul kecewa tp demi kebahagiaan Lizahani, dia belajar utk reda.

Tapi Lizahani di ceritakan tidak sebaik kakaknya. Dalam hati ada sifat buruk sangka. Buruk sangka itu membunuh rasa sayang terhadap kakak yang dah banyak berkorban utk kejayaannya. Mana2 isteri pun akan berprasangka kalau suami dia pandang kakaknya lebih dari sepatutnya.

Hero novel ni bernama Qadr. Seorang pilot kapal terbang pejuang. Masih bujang dan belum terfikir utk menamatkan zaman bujangnya. Tapi segalanya berubah bila dia pergi ke kampung BFF dia masa majlis kenduri BFF dia dan dia duduk di Homestay milik Haji Saad di hujung kampung.

Lizahani memberi upah kepada Lailatul utk menjadi housekeeper di Homestay tu. Tapi semasa ketiadaan tetamu sahaja. Lailatul yang lurus dan hanya memikirkan bagaimana utk bekerja dan mendapatkan wang itu hanya bersetuju tanpa mengetahui niat sebenar Lizahani. Zarulhakimi sendiri tidak tahu siapa yang Lizahani minta utk housekeeping homestay bapanya.

Tragedi satu hari hujan lebat telah menyebabkan kejadian penangkapan Qadr dan Lailatul. Walaupun Lailatul berusaha pertahankan diri, dia tidak mampu menepis. Yang mana akhirnya dia dan Qadr menikah juga demi mahu menjaga nama baik Qadr.

Pada mulanya, mak Qadr x dpt terima Lailatul sbg menantu kerana dia impikan menantu yang sempurna dari segi pelajaran, kecantikan dan tahu asal usul. Sedangkan Lailatul yatim piatu, tidak sepadan dengan Qadr. Tapi takdir merubah segalanya. Lailatul pindah duduk dengan family Qadr dan mula menyambung pelajaran dengan menduduki peperiksaan SPM walaupun usianya 22 tahun. Keluarga mertua dan suaminya byk memberikan dia semangat.

Kemuncak cerita, Lailatul yang banyak pendam perasaan akhirnya meletus juga. Dia mengalami kemurungan berpanjangan. Nak tahu sebab pa dia bermurung, deyyyyy...kena la baca!!

Pengajaran yg aku dapat ms baca novel ni :

1. Tabah menghadapi cabaran hidup. Walaupun susah, pandang la sekeliling, ada insan yang lebih susah dari kita.

2. Sabar. Kita pun tahu sabar ni banyak hikmahnya. Hikmah yg kita x nmpk. Apa pun sebagai manusia yang di duga, kena banyakkan bersabar.

3. Bersangka baik. Orang kata bersangka buruk tu akan merosakkan hati. Apatah lagi kalau bersangka buruk dengan keluarga sendri. Strictly No No No

4. Percaya. Kita kena percaya dan yakin dengan pasangan kita. Tapi jangan letakkan 100% kepercayaan, tinggalkan 1% utk diri kita supaya kita kurang sakit d kemudian hari jika kecewa.

5. Redha. Benda ni memang payah sikit nak buat. Kena paksa diri br dapat sesuatu yg bernama redha tu.

6. Bersyukur. Benda ni kena selalu. Tak kira sama ada kita sedang di uji atau sedang berhadapan dengan kesulitan. Apatah lg jika kita sedang berbahagia, lagi banyak kita kena bersukur.

7. Tak mudah putus asa. Mcm Lailatul masih juga berimpian utk exam SPM. Dan dia berjaya juga.

Tu jelah kot yg aku dapat masa aku bc novel tu. Tak semua orang baik dengan kita, Yang lebih menakutkan apabila org tu baik pada luaran, tp dalaman bersangka buruk. Takut lak kan!

Sekian....

~Still In Kapit Nan Sentosa~

Monday, November 2, 2015

~Segmen Blogwalking~

Assalamualaikum & gud morning...Salam Hari Senin

Aku nak cerita pun x tau lagu mana..Aku ni kan x selalu menulis. X da topik sama. Duk jd follower ja la.. Kadang tu rajin p baca novel kat blog2 penulis. Follower aku baru 2 orang. Nampak dak yang blog aku ni x mendatangkan apa2 faedah pada pembaca. Hmmmpppp!!! X pa lah nak bt lagu mana kan. Bukan dan nak berblogger sgt pun. Kadang ada masa, ada topik, ada la aku menaip.

Nak cerita pasal segmen blogwalking. Baru tau ada segmen lagu ni. Bagus segmen ni. Bleh follow blog2 yang dah lama bertapak. Blog2 yg ada ramai na follower. Bukan blog aku la...! Blog aku ni sawang ja byk. Heheh

Ni pun sebab aku follow blog kakak neh Cerita Vitamin Wawa. Dari situ la aku tau pasal segmen blogwalking neh. Dekat blog kakak ne, byk gak dia duk bersegmen blogwalking. Kira mcm aktif la kakak ne berblog. Rajin menaip deh kak. I salute u!!

Aku nak bt segmen camtuh? Apa kehal nya kan kalau dah follower pun dua orang je! Agak2 la jamilah oii.. Segan aih nak mintak org follow blog yang tak da faedah ne. Takat pengalaman hidup kat Kapit, Sarawak je pun, apa la sangat kan. Org lain pengalaman nun di Afrika sana kot!

Apa pun..kepada depa yang rajin berblog walking sm cam aku, selamat berblog walking! Best jer kan.. Kepada depa yg sudi jengah blog aku terutamanya yg baca pasal prosedur mengisi borang nikah bagi negeri kedah(perempuan), terima kasih byk2. Harap perkongsian itu memudahkan semua ye.

~Still In Kapit Nan Sentosa~