Tuesday, December 22, 2015

~Novel Milik Engkau saja~

Assalamualaikum & Selamat Petang yau....

Novel Milik Engkau Saja ne baru lagi di pasaran. Karya Acik Lana terbitan Booku Enterprise. Dan aku beli semestinya secara online.

Muka depan Novel MES
Novel ne pada pandangan aku, jalan ceritanya menarik. Aku boleh bagi 9 setengah bintang daripada 10. Kisah kekeluargaan, kisah cinta dan kisah silam bercantum cantik dalam novel ne. Serius, aku tak menyesal beli(Macam la aku penah menyesal beli novel selama ni kan).

Novel ne mengisahkan Darlina yg hidup dibuang mak ayah gara2 kesilapan masa remaja nya yang terlalu menurut jiwa muda. Darlina yang dulunya terkenal tiba2 apabila video aksi terlampau yg dimuatnaik ke internet oleh teman lelaki mat salehnya. Dialah Darlina Newcastle. Tapi novel ne menceritakan kisah dia yg dua tahun selepas kejadian tersebut.

Darlina bekerja dia kedai Pet abang dia. Dan hidup dia sengsara sebab terpaksa sembunyikan identiti sendiri. Bimbang kena hina, kena caci disebabkan video yg 2 tahun lepas tu. Sebab video 2 tahun lepas tu juga, mak ayah dia tak mengaku dia anak walaupun dia selalu mintak maaf.

Perkenalan dengan Iz Ariff seperti memberi sinar baru kepada Darlina. Tiba2 dia boleh berkawan dengan Iz Ariff hanya disebabkan seekor kucing. Jiwa lelaki yg syg kan kucing? OMG, sweet giler okeh!!

Iz Ariff pulak di ceritakan seorang yg setia pada cinta. Dan dia juga dah bertunang. Tunang dia pulak Irina, pelakon terkenal. Tapi perangai Irina ne di gambarkan sebagai seorang yg pentingkan diri. Dalam dunia glemer, tak adanya dia nak mengaku bertunang dengan Iz Ariff. Pulak tu, skandal merata rata. Paling tak syiok, skandal sampai mengandung.

Entah macam mana Iz Ariff ne selesa berkawan dengan Darlina. Adik Iz Ariff pun selesa dengan Darlina. Apabila Irina tak dapat ikut Iz Ariff sekeluarga pergi bercuti, dia ajak Darlina. Keluarga Iz Ariff pula sangat la baik dan melayan Darlina seperti keluarga.

Sampai satu tahap Irina pun tahu Iz Ariff berubah perangai dan asyik bekerja siang malam dan jadi sukarelawan di kedai Pet abang Darlina. Cinta Iz Ariff turut berubah haluan kepada Darlina tanpa sedar. Bukan sekadar kawan. Tapi Irina nak jugak Iz Ariff kawin dengan dia. Tak cukup dengan itu, dikatanya dia terlanjur dengan Iz Ariff sampai mengandung. Nasib la famili Iz Ariff ne x cepat melatah.

Iz Ariff memutuskan pertunangan dengan Irina. Tapi Irina pula dengan jahatnya membuka semula cerita lama Darlina dgn tujuan utk memalukan Darlina. Tapi Darlina skrg bukan Darlina dua tahun dulu. Dia lebih tenang dan tabah.

Darlina berkahwin juga dgn Iz Ariff tapi abang dia jadi wali sbb ayah dia masih x mengaku dia anak. Tapi di hujung2 cerita, happy ending juga walaupun Darlina terpaksa mempertaruhkan nyawa dia utk mendapatkan sebuah kemaafan daripada ayah dan maknya.

Nak tahu detail, kena beli la novel nya. Tak syiok la kalau aku cerita semua. Tak seprais la kan. Banyak konflik ada dlm novel tu. Kejap gembira, kejap sedih. Macam2 emosi ada.

ok lah...tu je nak taip. D kesempatan ne, nk ucap selamat pengantin baru kat Hapis, opismet aku yg selamat menikah last week.

Gambaq pengantin baru ler......PJJ lar korang...ehiihihiii

Still in Kapit Nan Sentosa...Hiks!!

No comments:

Post a Comment