Sunday, January 29, 2017

~Cara Tambah Validity Celcom~

Assalamualaikum dan samat awal pagi....

Derrr,aku belum tido daaaa.. Baru balik dr jalan² cuci mata kat KL,Bukit Bintang nuuuu lps makan char kue tiau kat Setapak.

Yg aku nak cerita ni berkenaan Tempoh Sah Kredit Celcom yg mana sblm ni aku cuba cari dekat *118# tapi malangnya tadek fungsi nak tambah tempoh validity ne macam sebelum² ni. Lama aku memikir sebab aku ni bukan jenis suka bergayut,menelefon dsb. Aku jenis x bercakap sgt. Sejenis pendiam barangkali. Dah jarang bercakap,mestilah jarang call. Dah jarang call,mestilah jarang topup..kannn?

Sejujurnya,waktu sblm kawen pun aku bukan sejenis yg nak call tunang. Kalo call pun kejap je. Kdg dtg angin rs nk ckp lama,lama la aku ckp d telefon. Mostly sebulan sekali pun payah sbb tunang aku ms tu bukannya suka nk jawab bila aku call. Selalu nya dia akan return call aku. Jimat lg kredit aku derrrr

Lepas kawen,even PJJ pun aku dgn husband x jugak bergayut d telefon lama²..kecuali dtg angin rindu,mau sejam jugak menadah telinga dengar suara husband. Skrg dah x PJJ ne,lg jarang aku nk guna kredit. Kadang tu call adik aku je 2 3 minit. Dia pun x tau nk ckp apa dgn aku. Haha...memang sejenis pendiam betul laaaaa

Back to the topic...

Aku try google kot² ada cara aku nak tambah validity ni kan. Ada aku jumpa..ni cara nya::: 

Taip EXP1 hantar ke 28882 - kredit akan ditolak rm30 (utk tempoh 1 tahun)
Taip EXP2 hantar ke 28882 - kredit akan ditolak rm50 (utk tempoh 2 tahun)

Post yg aku jumpa tu tahun 2014. Aku rodong ja try tgk menjadi ke tidak. Tidak ku sangka rupanya menjadi uol!! Selamat la aku pun menggunakan kaedah itu utk membeli validity. Thank u la kat blog tuu..kalo x kerana blog tu,aku x thu derrrr cara manual cam ne..Alhamdulillah setel 1 bab.

Dlm tempoh 6 bulan,kena a topup rm30 utk mengekalkan perkhidmatan tersebut. Aku pernah sekali last year dah beli validity tp lupa nk topup rm30 dlm ms 6 bulan tu,burned kot validity yg aku beli tu....rugi ooooii

Lps ne memang jarang la aku nk topup. Topup rm30 tahan berbulan. Sgt berbaloi.

Ok,tu je lah aku nk berkongsi. Harap bermanfaat ye!

Sekian

Regards,
SITI JAMILAH BINTI CHE SAAD
SHAH ALAM

No comments:

Post a Comment