Monday, March 13, 2017

~Filem J Revolusi~

Assalamualaikum dan salam pagi Senin.


Jumaat lepas husband ajak gi tengok movie. Movie yang bermula pada pukul 11.30 malam pada jangkaan aku, mesti aku tertido punya sebab aku letih kerja pd siang harinya. Jangkaan aku meleset terus saat permulaan filem tersebut. Aku rasa husband dah faham apa yang aku suka watching kot. Kali dia serik nak bawak aku tengok filem cinta sinetron macam filem pertama aku tengok dengan dia "Ada Apa Dengan Cinta 2" yang mana aku tak minat langsung. Faham2 sj la bila dah tak minat ne...


Mengenai filem J Revolusi, aku bole bagi 4☆☆☆☆ daripada 5. Tak dinafikan, aku suka filem aksi, ganas dan berdarah darah kena tembak walaupun aku sangat takut darah. Dengan gandingan pelakon2 hebat, rating filem ini melonjak pada minggu pertama tayangannya.


Gandingan Zul Ariffin, Fazura, Farid Kamil dan Izara Aishah telah berjaya menjadikan filem ini sebagai pilihan Pecah Panggung. Lama x Nampak Izara Aishah kan? Hahah..


Walaupun barisan pelakonnya tak lah segah pelakon yang menang anugerah, depa dah Berjaya meletakkan lakonan depa sebaris dengan pelakon yang dah terima anugerah. Tahniah kat depa.


Filem J Revolusi mengisahkan mengenai 2 beradik yang dibesarkan oleh ayah angkat berpangkat Chief. Jay Zulkarnain dengan Dian lakonan Zul Ariffin dengan Fazura sebagai adik kakak. Namun Dian merasakan ayah angkatnya tak sayang dia sepertimana sayang pada Jay. Dia sering merasa tersisih padahal kebenarannya tidak begitu. Dian hanya bermain dengan emosi sedih.


Dian ditugaskan sebagai perisik dan Jay akan mengetuai UTK utk menghapuskan jenayah yang diketuai oleh Andra yang dimainkan oleh Farid Kamil. Sepanjang jalan cerita, semuanya menarik bagi aku sebab aku tak tido. Jalan cerita dia menuntut supaya rasa ingin tahu itu lebih tinggi dari rasa ingin tido. Biasa la filem aksi kan.


Aku respek tang pakaian Fazura yang bila dah bersama dengan team Andra tu. Smart giler!! Mungkin sebab aku suka filem aksi Hollywood seperti James Bond dan Mission Imposible. Bila tgk J Revolusi, rasa macam tengok filem Hollywood pulak. Cuma aksi ja x la seganas Hollywood.


Pengakhiran cerita J Revolusi adalah Fazura ditembak UTK setelah insaf di hadapan Jay. Pengakhiran yg sama macam filem cina lakonan Jackie Chan bersama Daniel Wu, juga sama dengan episode akhir drama Korea City Hunter lakonan Lee Min Ho. Aku tak pasti ada org igt ka dak adegan macam tu. Tapi sekalung tahniah untuk filem J Revolusi.


Yang x gi tengok lagi, sila gi tengok weh. Tak rugi punya.


Image result for jrevolusi
Barisan pelakon J Revolusi bersama puan Gayatri


Image result for jrevolusi
Ni sikit gambar dalam filem tu. Pujian diberikan!
Dan nak bagitau, Fazura cantik sangat dalam filem ni. Begitu juga Izara Aishah.


Okey lah, malas nak celoteh panjang, pesanan akhir dari aku, p tengok nah filem ni.




Sekian


Siti Jamilah Bt Che Saad
Putrajaya

No comments:

Post a Comment