Tuesday, February 6, 2018

~Novel Lafazkan Kalimah Cintammu~




Assalamualaikum dan selamat petang.
Aku bukan tak ada kerja.
Tapi aku curi masa jap.
Kosong kan fikiran sebab otak rasa dicucuk sesuatu. hrmm..
(Sakit kepala la tu maknanya)

Sapa penah baca Novel Lafazkan Kalimah Cintamu yang tebal gabak tu?
Aku festaim baca masa dekat Kapit.
Pinjam novel Kak Jijah.
Kali kedua baca di Shah Alam.
Pinjam novel adik ipaq.

Lani dah trending drama adaptasi novel tu.
#lafazkankalimahcintamu gitu lol!!
Aku layan jugak la drama nya.
Sebab apa?
Jalan ceritanya taklah fokus pada hero heroin je.
Tapi keseluruhan watak.
Tu yang aku agak suka dengan novel Siti Rosmizah ni.
Kadang novel dia bawak aku jadi watak dalam novel dia.
Eh, termenangis pulak!!

Pelakon pun best, mau tak layan kan!
Jom la aku review sikit novel air mata ni.
Kisah Tengku Aqilah yang tak dapat kasih sayang ayahnya.
Dia tak dibenarkan panggil ayah dia "Papa" tapi panggil "Pak Engku".
Berbeza layanan Pak Engku terhadap Tengku Aqilah dan Tengku Natasha, anak sulungnya.

Punca Pak Engku tak suka anak keduanya itu, marilah aku cerita serba sikit.
Masa Mama Tengku Aqilah preggy kan dia, mak dia disahkan ada sakit breastcancer.
Pak Engku selalu pujuk isterinya gi buat rawatan kimoterapi.
Tapi isterinya tak nak.
Dia lebih sayangkan zuriat dalam rahimnya.
Umum pun tahu kan kalau preggy tak boleh buat rawatan2 yg beradiasi sebab akan effect kat bayi dalam kandungan.
Disebabkan kedegilan isterinya itulah, Tengku Aqilah dilahirkan sempurna sifat, baik hatinya.
Tapi malang sebab sakitnya makin teruk.
Sejak sakitnya makin parah, Pak Engku semakin bencikan Tengku Aqilah - Lepas ni aku bahasakan Aqilah aje ye- Macam anak dia buat salah paling besar.

Aqilah dibenci sebab kewujudannya dituduh membawa sial dalam keluarga.
Pak Engku bagaikan orang hilang pedoman dan tak boleh terima qada dan qadar Allah.
Aqilah semakin dibenci apabila mamanya meninggal dunia ketika usianya 10 tahun.
Malang sungguh nasib Aqilah time ni.
Sebab mama dia meninggal time dia ikut rombongan sekolah ke Zoo Negara.
Pada awal paginya Aqilah memang tidak sedap hati nak ikut rombongan sebab dia tak sempat jumpa mama dia.
Tu pun sebab Pak Engku ada dalam bilik dengan mama dia.
Pak Engku tak suka tengok muka dia.
Itu yang dia pergi rombongan tanpa jumpa mama dia dulu.
Dia dapat tahu dan bergegas balik.
Pak Engku pada mulanya memang tak benarkan Aqilah tengok mamanya buat kali terakhir.
Sampaikan tergamak dia suruh percepatkan proses pengkebumian.
Nasib Aqilah sempat sampai di tanah perkuburan dan tengok wajah mamanya kali terakhir.
Itu pun sebab Pak Imam yang benarkan.
Kalau harapkan Pak Engku? Huh, tak payah haraplah!!

Aqilah membesar dengan jayanya.
Berjaya habiskan pelajaran di luar negara.
Kebencian Pak Engku lah yang hantar dia ke luar negara.

Aqilah balik dengan segulung ijazah ekonomi.
Dia ditawarkan kerja sebagai Tea Lady di syarikat Pak Engku.
Itu pun dicadangkan oleh Tengku Natasha, kakak dia.
Niat Tengku Natasha pada awalnya mestilah nak down grade kan adik dia.
Tengku Natasha pun bersikap macam Pak Engku.
Membenci adiknya sendiri tanpa sebab.
Bila adiknya berjaya, dia pulak nak dengki.

Aqilah beruntung sebab ada pak sedara yabg baik ati.
Pak sedara dia tinggalkan harta yang banyak untuk dia termasuk syarikat yang dia kerja sebagai Tea Lady tu.
Siap tinggalkan wasiat utk pasangkan Aqilah dengan Tengku Ryan Ameer, anak dia.

Dalam benci tu, kawen jugak dorang.
oh ya, Tengku Ryan Ameer tu bertunang dengan Tengku Natasha sebenarnya.
Tapi disebabkan dengan saham 60% yang Aqilah dapat dari pak Tengku Ryan Ameer tu, Tengku Natasha suruh tunang kesayangan dia tu kawen dengan Aqilah.
Bole tak macam tu?
Dengan alasan, dia mana boleh kalah dengan Aqilah. What the...kan?
Dalam novel tu, aku dah menyumpah Tengku Ryan Ameer tu.
Apahal ke bengap sangat?
Nampak dak aku emosional lebih? hahah

Berbalik pada cerita dalam novel.
Orang kata kan roda tu selalu berputar.
Pak Engku jatuh sakit dan strok lumpuh separuh badan.
Masa tu Pak Engku dengan sombongnya halau Aqilah dari rumah dan dari syarikat.
Aqilah mula berputus asa walaupun dia nak sangat jaga pak dia.
Tengku Natasha tak nak jaga pak dia.
Dia pi holiday ke Paris.
Tengku Ryan Ameer marah giler.

Aqilah merajuk.
Bawak diri ke kampung.
Time ni, Tengu Ryan Ameer tu dah jatuh cinta pulak ke Aqilah sebab 1 malam hujan selamatkan suami kucing dia. Eh!!
Uik? Tu la jangan benci dulu, kan dah makan diri.
Dia cari Aqilah tapi tak jumpa.

Akhirnya Aqilah balik ke bandar tapi bukan nak jumpa pak dia.
Nak ambil baju ja.
Kebetulan masa tu pak dia perlu di cuci sebab buang air.
Dan dia pulak p melawat Kak Kembong, pembantu rumah pak dia.
Aqilah rela hati tolong cuci kan Pak Engku walaupun pak dia tak nak ditolong Aqilah.
Punyalah sombong orang tua tu kan?

Time tu, Tengku Ryan Ameer pun ada kemari ke rumah Pak Engku.
Kaw2 dia sindir Aqilah.
Aqilah? Mestilah dia mengaku yang dia berlakon jer jadi baik.
Padahal dalam hati dia dah retak seribu sebab dituduh ambil kesempatan.
Dia buat semua semata mata kerana tanggungjawab dia sebagai anak kot.
Walaupun Pak Engku tak pernah anggap dia anak, apatah lagi nak mencurahkan kasih sayang.
( Episod drama setakat 5/2/2018 sampai di sini)

Sepanjang ketiadaan Tengku Natasha, Aqilah yang menguruskan bapak dia.
Time tu, baru pak dia pun sedar mana satu intan mana satu kaca.
Bila Tengku Natasha balik dari bercuti, Aqilah pun balik la ke rumah dia.
Dia pun secara spontan berbaik dengan Tengku Ryan.
Bahagia la depa berdua.

Pak Engku siap dapat bezakan lagi macam mana Aqilah jaga dia dengan Tengku Natasha jaga dia.
Yang ni, tak payahlah aku nak perincikan.
Kang tak ada pulak yang nak baca novel. uhuk!!

Serius tau, baca novel feeling lagi kuat.
Drama pun boleh feeling.
Kebanyakan yang melayan drama ni bukan sebab nak feeling.
Tapi sebab nak cari kat mana tak sama jalan cerita dengan dalam novel.
Ha weh!! Pengarah drama adaptasi mohon jangan ubah karya asal.
Pencinta Novel tak suka tau dak karya asal di ubah2.

Sambung!
Tengku Ryan dan Aqilah dah berbaik dan jadi suami isteri yang sebenar.
Bahagia hanya sekejap jer.
Masa Aqilah mengandung, dia pun disahkan menghidap kanser payudara.
Tapi sebab dia sayang zuriat, dia sembunyikan dari suami dan keluarganya.
Bukan apa, dia takut zuriat dia mengalami nasib yang sama macam dia suatu hari nati.
Dia buat perangai bagi suami benci.
Tengku Ryan memang benci. Tapi ada lagi sifat sayang tu.
Tak lah sampai nak cerai.

Lastly, bila semua orang tahu Aqilah sakit, semua orang support dia.
Kakak dia Tengku Natasha pun dah berbaik dengan dia disebabkan oleh 1 insiden.
Kiranya Aqilah memang sangat disayangi.

Setakat tu jer lah aku nak kongsi.
Nak tahu pengakhiran, kena p baca novel ni tau.
Tak thrill kalo aku cerita semua.
Yang aku cerita tu suku pun tak kalo korang nak tahu. Hahah

Next other day, aku nak review novel kegemaran Mr. Grey pulak.

Ok uols. Thank u membaca ya.
Ala kadar jerrr

Lots of love,
Siti Jamilah
Putrajaya