Monday, December 18, 2017

~Pelik ke jadi aku?~

Assalamualaikum

Huh, boringnya oiii
Hujung tahun yang tak bizi.
Time ne la Perakuan II ditutup katanya.
Entah bila nak dibukanya pun tak tahu lah!

Tengok tajuk atas.
Pelik ke jadi seorang Siti Jamilah?
Siti Jamilah yang tak dak nafsu shoping macam orang lain.
Siti Jamilah yang tak dak nafsu nak makan makanan mahal.

Aku cuma ada nafsu nak jalan- jalan, bercuti dan teroka dunia ni.

Cuba kalau tanya aku suka pakai baju macam mana?
Baju kurung jer.
Tak pun T-shirt. Haha..mesti semua orang stres bila tanya pasal ni kat aku.
Aku tak tahu taste pakaian macam mana orang nak aku jelaskan.
Dah memang dalam almari aku ada pakaian macam kat atas tu je.
Ko nak jangka aku jawab macam mana?

Asal usul orang susah memang macam ni lah agaknya kan.
Aku dedulu kan orang susah.
Penerima zakat, penerima bantuan JKM.
Ha...jangan ampa tak tau na.

Kalau aku pun rasa aku pelik, apatah lagi ampa kan.
Ampa pun akan pelik dengan aku.

Dulu misi aku hanyalah nak teruskan hidup ja.
Selepas mak aku meninggal la.
Kan aku tak sihat dilanda sakit kulit kronik masa tu.

Bila kulit aku berubah 100% kepada gelap, aku jadi terpencil.
Aku meratap kot.
Kenapa Allah menduga aku macam tu.
Masa tu terus terang menyalahkan Allah.
Huhu..

Lani aku dah sihat.
Baru aku sedar ada hikmahnya aku di duga macam tu.
Betul itu semua hanya sejarah.
Sejarah yang tak perlu nak ingat.

Ko ingat senang aku nak lupa?
Even doktor kat HSB tu pun suruh aku lupakan kenangan pahit tu.
Ko ingat senang?
Tak da nya semudah itu aku nak lupa.

Bila agak senang sikit lani, aku lebih banyak bersyukur.
Dan aku jadi seorang yang tidak meminta.
Even laki aku tanya aku nak makan apa pun, aku cakap makan apa yang mak dia masak la.
Aku tak perlu makanan mahal2. Aku tak terliur pun.
Bagi aku, dah ada makanan pun aku dah cukup bersyukur.
Sangat tipikal orang kampung hidup susah.

Throwback sikit la...
Siapa sangka kan aku rupanya ada rezeki kerja gov walaupun p intebiu sekali jer.
Siapa sangka kan aku dapat setel kan PTPTN walaupun aku buat loan bank.
Siapa sangka kan kulit aku dah kembali normal dan orang kg pun ada yang tak kenal aku.
Siapa sangka kan aku berjaya sekolahkan adik aku hingga dia berjaya dapat Diploma.
Siapa sangka kan aku rupanya ada jodoh kat dunia ni.
Syukur gila bersuamikan seorang lelaki yang penyayang macam laki aku tu.
Memang LIMITED EDITION.

Rasanya tak pelik kot kalau jadi insan yang agak berkira bila tiba soal wang ringgit.
Sebab aku pernah hidup susah.
Pernah hidup dengan tak ada pendapatan.
Hanya ada bantuan JKM dan bantuan dari persatuan kesihatan.
Ya Allah, dengan duit tu dulu aku bayar PTPTN.

Apapun Ahamdulillah.
InshaaAllah aku akan berusaha meningkatkan taraf hidup aku.

with love,
Siti Jamilah binti Che Saad
Putrajaya

No comments:

Post a Comment