Hari ni nak cerita pasal sebuah novel yang aku baru beli bulan lepas. Seseorang Untuk Aku
muka depan novel |
Lailatul seorang kakak yang sayang sgt kat adik dia Lizahani. Kerana kesukaran hidup, dia berhenti belajar dan x sempat ambik SPM pun. Tapi dia memegang amanah dengan memberikan segala kemudahan utk adiknya. Dia x belajar x apa asalkan adik dia belajar. Pengorbanan sungguh.
Lailatul kemudiannya bercinta dengan anak Ketua Kampung, Haji Saad iaitu ZarulHakimi. Tapi disebabkan Lailatul mahu memastikan adik dia berjaya dan stabil baru nak fikir pasal dirinya, Zarulhakimi kurang sabar dan mengambil keputusan untuk memperisterikan Lizahani. Lailatul kecewa tp demi kebahagiaan Lizahani, dia belajar utk reda.
Tapi Lizahani di ceritakan tidak sebaik kakaknya. Dalam hati ada sifat buruk sangka. Buruk sangka itu membunuh rasa sayang terhadap kakak yang dah banyak berkorban utk kejayaannya. Mana2 isteri pun akan berprasangka kalau suami dia pandang kakaknya lebih dari sepatutnya.
Hero novel ni bernama Qadr. Seorang pilot kapal terbang pejuang. Masih bujang dan belum terfikir utk menamatkan zaman bujangnya. Tapi segalanya berubah bila dia pergi ke kampung BFF dia masa majlis kenduri BFF dia dan dia duduk di Homestay milik Haji Saad di hujung kampung.
Lizahani memberi upah kepada Lailatul utk menjadi housekeeper di Homestay tu. Tapi semasa ketiadaan tetamu sahaja. Lailatul yang lurus dan hanya memikirkan bagaimana utk bekerja dan mendapatkan wang itu hanya bersetuju tanpa mengetahui niat sebenar Lizahani. Zarulhakimi sendiri tidak tahu siapa yang Lizahani minta utk housekeeping homestay bapanya.
Tragedi satu hari hujan lebat telah menyebabkan kejadian penangkapan Qadr dan Lailatul. Walaupun Lailatul berusaha pertahankan diri, dia tidak mampu menepis. Yang mana akhirnya dia dan Qadr menikah juga demi mahu menjaga nama baik Qadr.
Pada mulanya, mak Qadr x dpt terima Lailatul sbg menantu kerana dia impikan menantu yang sempurna dari segi pelajaran, kecantikan dan tahu asal usul. Sedangkan Lailatul yatim piatu, tidak sepadan dengan Qadr. Tapi takdir merubah segalanya. Lailatul pindah duduk dengan family Qadr dan mula menyambung pelajaran dengan menduduki peperiksaan SPM walaupun usianya 22 tahun. Keluarga mertua dan suaminya byk memberikan dia semangat.
Kemuncak cerita, Lailatul yang banyak pendam perasaan akhirnya meletus juga. Dia mengalami kemurungan berpanjangan. Nak tahu sebab pa dia bermurung, deyyyyy...kena la baca!!
Pengajaran yg aku dapat ms baca novel ni :
1. Tabah menghadapi cabaran hidup. Walaupun susah, pandang la sekeliling, ada insan yang lebih susah dari kita.
2. Sabar. Kita pun tahu sabar ni banyak hikmahnya. Hikmah yg kita x nmpk. Apa pun sebagai manusia yang di duga, kena banyakkan bersabar.
3. Bersangka baik. Orang kata bersangka buruk tu akan merosakkan hati. Apatah lagi kalau bersangka buruk dengan keluarga sendri. Strictly No No No
4. Percaya. Kita kena percaya dan yakin dengan pasangan kita. Tapi jangan letakkan 100% kepercayaan, tinggalkan 1% utk diri kita supaya kita kurang sakit d kemudian hari jika kecewa.
5. Redha. Benda ni memang payah sikit nak buat. Kena paksa diri br dapat sesuatu yg bernama redha tu.
6. Bersyukur. Benda ni kena selalu. Tak kira sama ada kita sedang di uji atau sedang berhadapan dengan kesulitan. Apatah lg jika kita sedang berbahagia, lagi banyak kita kena bersukur.
7. Tak mudah putus asa. Mcm Lailatul masih juga berimpian utk exam SPM. Dan dia berjaya juga.
Tu jelah kot yg aku dapat masa aku bc novel tu. Tak semua orang baik dengan kita, Yang lebih menakutkan apabila org tu baik pada luaran, tp dalaman bersangka buruk. Takut lak kan!
Sekian....
~Still In Kapit Nan Sentosa~
No comments:
Post a Comment