Syukur Alhamdulillah, rasanya 90% dah setel bab borang nikah ni. Ni aku nak buat karangan ka macam mana ni? Aku belasah ja lah cerita macam mana noooo..sat g kalo muha nak thu, kna baca la satu satu. Bak kata seller2 dalam instagram : Jangan Malas Baca...Ops!!
Kisahnya bermula sebaik sahaja aku mengikat tali pertunangan pd 14 Mac 2015. Haaa.. tudiaaa..awal kan? Aku ambik borang kuning kat Tok Imam yg aku panggil Pak Su sebelum aku kembali ke Kapit. Apa2 hal senang sebab da ambik borang, tggu nak isi ja..eksaited kan aku..Ehik!! Aku dapat dua borang. Satu borang kuning n borang 2 yg bertulisan jawi. Tapi yang tulisan jawi tu bole ja isi dengan tulisan rumi. Tidak menjadi kesalahan ye.
Borang kuning~Ihsan dari encik google |
Borang 2~Ihsan dari incik google |
Contoh kebenaran berkahwin bagi pihak lelaki |
Sebenarnya aku was2 masa isi borang2 tu. Macam2 yang aku fikir. Macam mana kalau dokumen aku x cukup. Tanpa segan, aku call Pej Agama Daerah Padang Terap semata mata nak tanya. Syukurlah sbb org pej tu bagus2 belaka, sudi melayan panggilan org jauh macam aku ni.
Disebabkan majlis nikah akan diadakan hujung bulan Julai, aku pun balik kg pd hujung bulan Jun. Yang ni pastikan tarikh nikah tu dalam masa sebulan masa p pej agama tu sbb surat kebenaran bernikah hanya SAH dalam masa sebulan sahaja. Syukur lah sbb semua dokumen aku lengkap dan dokumen bole siap dlm ms 3 hari saja. Sapa la yg goreng aku kata surat kebenaran kena tunggu sampai 3 minggu. Tak ke aku terketar ketar. Tak apa lah pasal tu, yang penting keja aku selesai.
Antara dokumen yang aku hantar hr tu :
1. Borang kuning -Kna ada sign drp bakal pengantin lelaki & perempuan,no siri pemeriksaan kesihatan HIV
2. Borang 2 - Pun kna ada sign drp bakal pengantin serta wali. Details wali,saksi kedua pihak juga.
3. Salinan IC bakal pengantin,wali,saksi
4. Salinan sijil kursus pra perkahwinan dan original bakal pengantin.
5. Surat kebenaran bernikah ( Daripada pihak lelaki jika lelaki luar negeri)
6. Surat pengesahan bujang - Sebenarnya x perlu pun tp aku buat bg ada ja
7. Salinan sijil kematian - jika menggunakan wali seperti abang @ adik lelaki ( bapa meninggal)
Tapi kan.. aku nak ingatkan..Sebelum g pej agama, kena g ke Tok Imam yang tempat ambik borang tu dulu. kasi Tok Imam cop kat borang 2 yang jawi tu. Pastu baru g pej agama dengan gumbiranya. Dalam kes aku, aku bagi ja semua kat org di pej agama tu. Sebab aku ni duk jauh, bukan senang nak balik. Memang bimbang dokumen tak lengkap je. Tapi alhamdulillah semua dokumen yang diperlukan tu lengkap.
Di pej agama, kena isi satu borang ikrar..
Ni dia..Isi dalam tulisan rumi pun boleh~Ihsan dari incik google |
Lepas ambik borang kebenaran dari pej agama, sila kembalikan dokumen tersebut kepada Tok Imam utk dia isi dalam wasikah nikah. Seeloknya 2 3 hari sebelum tarikh nikah ye. Bukan apa, takut jd kelam kabut je. Hat ni aku x buat lg sebab aku da datang Kapit. So, cuti raya nati baru aku ambik. Aku taip ni berdasarkan pengalaman sepupu aku la. Sebab dia yang nasihatkan aku macam tu. Syukur sgt sbb ada sepupu yg br menikah, at least masih sama prosedur. Hehe
Hope majlis pernikahan aku nanti lancar dan dirahmati Allah hendaknya...aamiin inshaaAllah
Sekian saja perkongsian. Sapa2 hat nak kawen tu, selamat pengantin baru yeeee..Eeeii.. takutnya!!
~Still in Kapit Nan Sentosa~
hehe..kiter pown byk kali call pejabat agama gaks dulu..byk benda nak tanyer kann...
ReplyDeletehehe...jgn takut hokey...syok uh kawen...!! hahaha #bgsemangatneh hehe
jeng3...tau x pa..sampaikan depa dah cam suara dah..kekek..tp syukur la separuh da setel..tq2 bg semangat..semangat mcm ne yg kita mau
Deletehehe...Selamat Pengantin Baru in Advance Puan Jami to be...semoga selamat semuanya...weee
DeleteThank u Puan Lala..inshaaAllah aamin..nebes kian menggila..huwawa
Deleteaslmkm sis, nak tanya sis isi yg ikrar tu dalam jawi atau rumi? kalau xpandai jawi macam mana yea..
ReplyDeletewaalaikumussalam, isi borang ikrar tu rumi je.
Deleteassalam tq atas keterangan kat atas sy nk tya klau dua2 belah dri negeri yg sama tetapi darearh yg berlainan mcm mna plk...borang lebih elok kita ambil dari tok imam kariah ataw pejabat agama.....mtak penjelasan x lam dh ni nk nikah tp dok pening bab borang ni....dri internet memang dh download dh
ReplyDeleteWaalaikumussalam..bro dari negeri mana ye? Kalau d negeri kedah,lebih elok borang tu ambik kat tok imam kariah masing2..ataupun bro bole juga tanya pej agama daerah utk lebih jelas. Kot lain daerah lain pulak tatacara..sy dulu byk kali juga call pej agama sbb x tau..huhu.. Semoga Allah permudahkan urusan bro. InsyaaAllah
DeleteCmna plk klau laki menetap di new zealand??nk wat cmna?
ReplyDeletelelaki mmg warganegara new zealand ka?kena rujuk dgn pej agama utk kesahihan maklumat.apa pun smg dipermudahkan urusan sis
Deletehye... assalamualakum...nk tnya...kiranya both LP kna prepare suma document tu sebulan sebelum nikah laa ae? mcm sy nikah bulan 8...
ReplyDeleteWaalaikumussalam..prepare doc awal pun x pa.Mcm sis nikah bln 8, bln 7 tu kena hantaq dah semua doc yg lengkap ke pej agama.Ataupun sis bole juga terus call pej agama daerah sis.
DeleteSalam. nak tnya gakk. borang sekarang bukan suma ke on9? dlu ambil borang ni kt pejabat agama ke?
ReplyDeleteWaalaikumussalam..ms saya nak menikah tahun lps belum online lg d kedah. Tp tahun 2016 x tahu lah. Ambil borang dekat tok kadi d kampung.
DeleteNk tnya jgk...borang akuan bujang tu kna ambk dekat mna ya
ReplyDeleteMaaf lambat respon. Surat akuan bujang tu mintak pihak admin pej buat. Pastu bos sign. Bos sy Non-Muslim. Ikut Pej Agama tempat masing2 ye. Kat Pej Agama tempat saya x perlu pun surat tu.
DeleteNk tnya jgk...borang akuan bujang tu kna ambk dekat mna ya
ReplyDeleteAmbik kat bahagian admin tempat kerja sis. Kalau sis tak bekerja,rasanya tak perlu surat/borang akuan bujang tu.Better call pej agama daerah sis ya utk pencerahan.
ReplyDelete