Thursday, June 17, 2021

~SEKELUARGA (11 ORANG) POSITIF COVID-19~ Ramadan Yang Pilu, Syawal Yang Suram~

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Gais, aku nak bagitau bahawa sesungguhnya kuma sekeluarga di Shah Alam ni disahkan POSITIF COVID-19 (April - Mei 2021).  Bulan Ramadan.

Allahuakbar. Benda yang sebuleh bulehnya kuma tak moh la, tapi terjadi juga. Masalahnya kuma tak thu dari mana virus ni mari. Entahlah, tak dapat nak agak macam mana terjadi.

Dalam minggu tu, Kak Na, Adik dan aku demam. Rabu malam 21 April tu aku demam teruk gila. Panas betul aku rasa badan aku. Aku minum air BV Alfalfa nak kasi cepat turun panas. Dengan mata pedihnya, dengan tak laratnya. Dengan letak kain lembab kat dahi, tengkuk dan ketiak, last Bad suruh telan ubat demam. Hari Khamis 22 April, aku sepatutnya ambik EL haritu. Tapi masa scan suhu, normal ja suhunya. Aku pun anggap aku sihat la. Tapi disebabkan ada kerja urgent nak kena setel haritu jugak, aku gi ofis jugak. Disebabkan bos aku EL haritu, aku rasa aku bertanggungjawab nak kena setelkan urusan tersebut. Dan hari Jumaat memang aku EL sebab aku  rasa tak larat. Jumaat tu, demam aku dah kebah dah. Aku ingatkan aku demam sebab nak ABC. Memang ak betul2 ABC pun. Soalnya aku pernah demam sebab nak ABC. Rasa macam tu jugak la, tapi yang kali ni punya sakit pinggang macam nak putus. So, aku anggap benda tu normal.

Ahad 25 April, Kak Na dan adik bongsu kata dema hilang deria bau/rasa. Isnin 26 April dema gi buat swab test. Mak mentua aku pun ikut buat swab test walaupun dia kata dia ok, deria semua ada. Cuma dia tak larat. Aku pulak serba salah dah nak gi ofis. Sebab aku dah tak demam time tu. Dah sihat, aku gi ofis jugak.

Selasa 27 April, dapat result swab test dema. Tiga2 positif, Allah. Masa Bad call tengah hari tu, ibu pi PPUM nak ambik neb sebab dia sesak nafas. Bad call suruh balik. Aku rasa tak keruan time tu. Nasib bos ok, dia suruh balik. Mak mentua pulak terus admit kat PPUM petang tu.

Rabu 28 April, kuma semua gi buat swab test. Termasuk Aniq dan Humairah. 

Khamis 29 April dapat result. Aku serba salah nak cerita sebab ramai geng ofis tanya dah dapat result ke. Sebab tak nak buat orang panik, aku bagitau bos aku dulu. Nati dia bincang dengan admin dan SUB semua. Lepastu baru SUB blast kat grup. Ya gais, kami semua POSITIF COVID 19

Aku rasa bersalah betul sebab kerana aku gi ofis, dema yang kontak rapat dengan aku akan kena buat swab test. Allahuakbar. Memangla aku pun tak minta semua ni jadi. Aku pun takut tau. Aku sedih sebab aku rasa bersalah. Kawan2 ofis semua cakap semua ni bukan salah aku. Benda nak jadi dema kata.

Jumaat 30 April kuma semua gi CAC Stadium Melawati. Selama ni aku dengar je apa yang Puan Irina cerita. Tak sangka aku kena lalui juga suasana ini. Harini kuma pakai gelang pink. Adik, KakNa da Syafik kena masuk Hospital Sungai Buloh sebab ada komplikasi kesihatan. CheMat pula kena masuk MAEPS sebab kena pantau BP dia tinggi, 1 Mei dia gi Maeps. Yang lain kuarantin kat rumah sebab ada antara kuma tak dak simptom pun macam aku dan Bad serta Maz, Aniq dan Maira. Syakir ada batuk sikit ja.

Malamnya mak mentua aku whatsapp di grup family, dia bagitau akan masuk wad ICU. Masa tu kuma semua bersyukur sebab ibu awal2 lagi dah admit kat PPUM. Takleh bayang kalau ibu pi CAC jenuh pening nak tunggu. 30 April malam tu ibu masih mampu pegang henpon dan selfie. 

1 Mei Syakir call ibu. Ibu kata dia kurang ok. Sesak Nafas. Oksigen dalam darah masih kurang dan dalam pemerhatian doktor. Tengah hari tu ibu whatsapp dia minta maaf, minta halal semua benda, siap pesan hidup adik beradik jangan bergaduh.

2 Mei, awal pagi jam 1 ibu whatsapp kata kena masuk ICU. Fuh lama tunggu wad disiapkan. Kami semua doakan ibu kuat dan kami semua bersangka baik yang ibu pasti boleh sihat semula. Malamnya Syakir update sepupu depa yang kerja kat PPUM ada whatsapp cerita tentang keadaan ibu kat ICU. Rasanya ibu mungkin dah tak dapat nak pegang sendiri henpon dia sebab banyak wayar dah dipasang kat tangan dia. Time tu sepupu depa kata ibu mungkin akan ditidurkan lepastu nak dimasukkan tiub pernafasan. Satu jam lepastu Syakir kata ibu dah ditidurkan dan dah intubate.

3 Mei adik bongsu dah boleh discharge dari Hospital Sungai Buloh dan sambung kuarantin kat rumah.

4 Mei KakNa pun boleh balik sambung kuarantin kat rumah juga.

5 Mei kami menanti update dari kawan Bad yang kebetulan kerja kat PPUM. Disebabkan dema guna bahasa perubatan, lepastu aku pun tak berapa faham situasi sebenarnya macam mana, kuma keep berdoa semoga ibu cecepat sihat.

Harini juga aku dapat info 4 kawan pejabat Positif Covid 19. Ya Allahuakbar. Benda yang hari2 aku minta jauhkan semua kawan2 dari wabak ni nampaknya tak dimakbulkan. Nak tak nak aku terpaksa terima hakikat dengan deraian airmata. Sesungguh hati aku mohon kemaafan dari dema sebab benda ni melibatkan nyawa sekeluarga. Aku rasa bersalah sungguh. Paling aku doa Umar anak Nora tu sebab hari Isnin ka Selasa sebelum aku swab test tu, dia mai peluk aku weh. Aku bersyukur sebab tak merebak ke anak2 dema. Keluarga dema semua negatif selepas second swab test. Aku down gila bila ingat balik. Sebab tu la aku tak kuat nak mengarang. Hati aku tak kuat sebenarnya.

6 Mei - Kuma dapat berita yang ibu bagi perkembangan yang baik. Mungkin akan offkan ubat tidur. Ya Allah, sujud syukur kuma.

7 Mei - Syafik boleh balik sambung kuarantin kat rumah. Update dari kawan Bad pula, katanya ibu dah sedar, Alhamdulillah. Ibu dah extubate dan dipindahkan ke wad ICU Covid. Masa ditidurkan, ibu di General ICU sebab nak close monitor.

8 Mei - Kuma gi CAC Stadium Melawati untuk potong gelang. Alhamdulillah dipermudahkan.

10 Mei - Che Mat discharge dari Maeps. Alhamdulillah semua anak2 ibu dah berkumpul kat rumah dan berjaya harungi tempoh kuarantin. Petang ni aku dan Bad gi beli barang yang ibu minta. Petang ni pun ibu video call dengan dema kat rumah. Malam, aku dan Bad gi hantar barang2 yang ibu nak.

11 Mei - Awal pagi dalam jam 1 ada video call dengan ibu. Semua dapat cakap dengan ibu. Semua happy tengok ibu makin sihat.

Tengah hari - Masa aku nak sembahyang zohor, sempat lagi aku tengok whatsapp. ada adik update pasal ibu. KakNa pun update. Katanya jantung ibu terhenti dan doktor tengah CPR. Allahu. 

Elok nak takbiratulihram,  Maz mai ketuk bilik cakap ibu dah tak ada. Aku dengan bertelekungnya terus ke bilik Kak Na. Dema semua duk teriak. Aku terus peluk Kak Na kuat2 sebab Kak Na ja yang duk teriak paling sendu kat situ. Adik dan Maz masih boleh kawal lagi. Aku tak boleh kalau orang teriak bunyi kuat2, aku cepat sedih. Aku pun bukan tak sedih. Air mata duk tubik jugak. Tapi sebab aku dah hadap banyak kali kematian, jadi aku rasa tak boleh nak teriak macam tu. Hakikatnya, aku sedih.

Lepas Kak Na dah reda sikit, aku naik ke bilik sembahyang zohor. Terus sekalian baca yaasiin dan mintak dikuatkan kuma semua. Aku pun update dekat Bos di unit Operasi dan Puan Rabiah. Masa Puan Rabiah call, aku teriak juga sebab aku rasa sebak. Aku tak pasti nak hadap masa depan macam mana. Puan Rabiah kasi kata- kata semangat supaya terus bersabar. Tak sangka aku teriak dalam telefon, dengan Puan Rabiah pulak tu. Ya lah, aku tenangkan adik ipar, Puan Rabiah tenangkan aku pula. Terima kasih Puan Rabiah dan kawan2 yang bagi kata semangat time saya down haritu.

12 Mei - Bad diminta ke PPUM uruskan pengecaman dan imamkan solat jenazah kat sana. Alhamdullah semuanya dipermudahkan dan jenazah ibu dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam mengikut prosedur. Syukur juga sebab Allah aturkan begitu, kami pun dah habis tempoh kuarantin dan boleh ke tanah perkuburan.

13 Mei - 1 Syawal penuh suram. Tapi kami redho dan bersyukur kerana ibu dijemput dalam bulan Ramadan, bulan yang penuh kemuliaan.

Semoga ibu tenang di alam sana. Tiada doa selain itu yang kami semua panjatkan buat ibu, abah dan semua yang telah pergi dulu.

Kalau ada yang kata this is only political conspiracy, i want you to know that covid 19 is real. Belum lagi cerita Long Covid yang aku alami sampai lani tak baik2 lagi. Walaupun masa disahkan positif tu aku sebenarnya takdak simptom apa pun. Habis kuarantin, belakang sakit2, tak boleh duduk lama2, selera makan on off, tidur pun terganggu. Serius tak selesa. Tapi bersyukur sebab tak batuk, tak ganggu sistem pernafasan.

So gais, untuk ke sekian kalinya aku nak pesan. Jaga diri, jaga SOP. Dapat peluang divaksin, pi ambik. Kita kena usaha patuh SOP, duduk dalam rumah kalau tak ada urusan kat luar. Tambah2 lagi sekarang kan virus corona varient ganas2. Serang orang tak kira muda ka tua. 

Jaga diri, jaga keluarga. Semoga Allah lindung kita dari wabak.

Al-Fatihah untuk semua yang dah pergi. InshaaAllah nanti kita semua juga akan menyusul.


KakJem, Shah Alam.