Friday, January 13, 2017

~Tips belajar memandu~

Aku dan Driving - Drive me crazy~!!! Lol!!

Assalamualaikum dan salam jumaat barakah...

Aku dengan driving ni bagaikan panggang dengan api. Punyalah jauh jaraknya. Setelah dapat lesen yang lulus test JPJ paras2 hidung zaman 2010 dulu, aku x pernah berhasrat pun nak drive kereta, apalagi kereta sendiri. Zaman tu, faham2 seja la, aku tadak kereta, kerja pun tadak. Celah mana nak beli kereta kan. Jadinya lesen aku tu renew dan renew!

Aku cerita pasal kereta tau. Bukan motorsikal. Kalau motorsikal, aku x berani jugak nak bawak. Bawak dalam kampong gi pekan nat kat Kola Nerang tu bole la. Insiden aku jatuh motor masa belaja dulu masih terbayang di ruang mata. Sebab tu aku masih trauma. Bawak motor pun slow2 ja. Bak kata laki aku "bawak 20km/j je" melampau kan? Hakikatnya memang itulah kelajuan yg aku selalu bawak pun. Tahap makan angin kot!!

Kembalinya aku ke semenanjung menuntut aku agar pandai driving. Luckily husband banyak support dan ajar. Dia bagi aku belajar kereta guna Toyota Hilux dia kot. OMG!! Sejujurnya selama 2 bulan di semenanjung, aku masih dalam sesi pembelajaran. Husband x pernah mengeluh pun.

Antara tips nak memandu kereta :

1. Berani

Aku sendiri kata aku tak berani nak drive bila ada kereta banyak di jalanraya. Then how? Yes, keberanian itu mesti dipupuk. Aku belajar drive semula kereta di Stadium Shah Alam setelah hampir 6 tahun x pegang stereng kereta. Mula2 memang rasa nervous gila. Mau x nervous, bawak hilux kot.

2. Percaya

Believe it or not? Yes, kena percaya pada kemampuan diri sendiri. Mula2 je rasa was2 nak driving. Tapi bila dah start pegang stereng, kita akan ketagih nak pegang lagi. Itu lah orang kata ketagih stereng. Adeyy!!

Bukan kita sahaja perlu percaya pada diri sendiri, orang yg mengajar kita jugak mesti meletakkan kepercayaan kat kita. Contohnya husband aku la, masa dia ajar aku drive, dia x meletakkan byk syarat. Yalah, belajar kat stadium, kawasannya luas. Beberapa kali aku naik devider jgn cerita la. Tapi husband x pernah marah. Slow2 kita menaikkan rasa yakin dan percaya diri.

Mula2 saja nervous. Lepas tu inshaaAllah x nervous dah. Berkat kepercayaan tu, kita pun akan rasa percaya pada diri sendiri.

Sekarang aku dah berani drive balik dari pejabat bila husband bg peluang. Drive g Johor. Aku rasa bangga sebab mengurangkan beban husband driving. Gituh!

Pernah aku persoalkan " Abang percayakan b driving?" Husband aku kata " Kalau x percaya, sampai bila2 pun b x kan pandai driving"....Thanks husband!

3.Yakin

Yakin lah yang sebenarnya aku boleh drive. Kalau makcik sebelah rumah boleh drive, kenapa aku tak boleh? Aku mesti boleh drive jugak nanti.

4.Usaha

Berusaha la membina keberanian dan keyakinan diri. Tambah2 kalau ada kereta sendiri. Sampai bila nak mengharapkan husband g hantar ambik dr ofis. Jauh kot!

5.Niat

Niat la yg baik2. Maksud aku niat belaja driving ni untuk apa. Aku berniat belaja driving sebab senang nak g keja. Kesian ke husband ulang alik sehari hari. 2 bulan dah kot. Aku perlu berdikari.

Berbekalkan benda 5 ni lah, aku pun pegang stereng kereta. Berjaya lah aku driving. Berguna jugak lesen D aku tuh. Oh, belum 100% Berjaya sebab aku masih sukar nak parking. Haha...Masih dalam usaha belajar parking. InshaaAllah bulan Februari 2017 aku akan mula drive sendiri g ofis.

Tu je lah kisah aku dan drive me crazy~Lol!!

Lastly, penghargaan buat husband sebab dia la aku berani driving. Jangan putus asa deh husband! Buat kawan2 yg sama mcm aku dulu, takut nak drive, aku mendoakan uol dapat keberanian macam aku.

Jom lunch!

Sekian

Regards,
Siti Jamilah
JPM

12 comments:

  1. Milahhhh
    Aku takut nak drive.
    Dah ade lesen 9 tahun kot.
    Gigih naik bas balik keje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. babe,aku pun takut dulu.
      husband byk bantu bg semangat.
      smoga hang dpt keberanian utk drive nati.
      siapa tau kan ms depan..inshaaAllah

      Delete
  2. Saya da 13 tahun x drive..agak2 boleh ke...tiba2 xyakin..kejap yakin kejap x ������

    ReplyDelete
  3. Sy br dpt lesen 2 bln..smlm bawa keta tiba2 tertekan minyak masa nk belok ke kiri.trauma dan gabra la juga....confiden pun mcm hilang...gigih nak bg berani blik...boleh minta nasihat sikit x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa awak. Tu semua pengalaman berharga. Sy pun pernah tertekan minyak...hehehe. Lepasni mulakan dengan Bismillah & doa naik kenderaan kalau awak Muslim ye. If non Muslim, bole juga berdoa minta datang balik keberanian.

      Maaf, lambat respon, baru nampak komen awak.

      Delete
  4. Sama la saya dah 5 tahun dapat lesen. Lama dah tak pegang stereng sbb pergi belajar. So skrang bila dah kerja dan opis agak jauh, terpaksa gigih belajar balik dgn abg. Nasib la dia baik je ajar dengan sabar. Skrang dah beli kereta lagi alhamdulilah konfiden sikit nak bawa sendiri.

    ReplyDelete
  5. Sy takut.tak da kenyakinan nak bawa dah 9 tahun..lepas blajar x bawa sbb masa tu tak da kereta lagi..tapi teringin sangat nak drive keter..sambung lesen je bertahun dah..cammana nak buat sy yakin n dot drive..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah ada kereta, take your time untuk belajar semula dan bina keyakinan. belajar dengan orang yang awak selesa, yang memberi semangat. saya pun sama dulu awal2 takutnya nak drive dalam bandar. tapi bila selalu husband suruh drive, lama2 berani tu datang sendiri. cuma ambik masa sikit. saya pun dekat 3 bulan juga tu baru berani drive sendiri. you can do it.

      Delete
  6. Sya xad keyakinan nk drive dan rasa trllu takot..tlg bg nasihat sis utk naikkan lg semanggat sya trus berani drive

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis mesti boleh. tak pa, belajar dulu slow2, nanti keyakinan tu datang sendiri.

      Delete