Thursday, July 2, 2015

~Prosedur Mengisi Borang Nikah bagi Negeri Kedah(Perempuan)~

Assalamualaikum & Selamat Petang...

Syukur Alhamdulillah, rasanya 90% dah setel bab borang nikah ni. Ni aku nak buat karangan ka macam mana ni? Aku belasah ja lah cerita macam mana noooo..sat g kalo muha nak thu, kna baca la satu satu. Bak kata seller2 dalam instagram : Jangan Malas Baca...Ops!!

Kisahnya bermula sebaik sahaja aku mengikat tali pertunangan pd 14 Mac 2015. Haaa.. tudiaaa..awal kan? Aku ambik borang kuning kat Tok Imam yg aku panggil Pak Su sebelum aku kembali ke Kapit. Apa2 hal senang sebab da ambik borang, tggu nak isi ja..eksaited kan aku..Ehik!! Aku dapat dua borang. Satu borang kuning n borang 2 yg bertulisan jawi. Tapi yang tulisan jawi tu bole ja isi dengan tulisan rumi. Tidak menjadi kesalahan ye.


Borang kuning~Ihsan dari encik google

Borang 2~Ihsan dari incik google
Sesungguhnya kalau aku isi awal pun,x dapat juga proceed awal. Disebabkan tunang aku orang Selangor, dia kena buat dulu bahagian dia punya & dapatkan surat kebenaran bernikah luar daerah. Dan surat kebenaran tu hanya SAH selama 3 bulan dari tarikh surat tu di keluarkan. Makanya, pada bulan Jun, barulah tunang aku selesai dapatkan surat kebenaran bernikah tu. Then, barulah aku pula kalut2 isi borang kuning dengan borang tulisan jawi tu. Ekekek!!

Contoh kebenaran berkahwin bagi pihak lelaki

Sebenarnya aku was2 masa isi borang2 tu. Macam2 yang aku fikir. Macam mana kalau dokumen aku x cukup. Tanpa segan, aku call Pej Agama Daerah Padang Terap semata mata nak tanya. Syukurlah sbb org pej tu bagus2 belaka, sudi melayan panggilan org jauh macam aku ni.

Disebabkan majlis nikah akan diadakan hujung bulan Julai, aku pun balik kg pd hujung bulan Jun. Yang ni pastikan tarikh nikah tu dalam masa sebulan masa p pej agama tu sbb surat kebenaran bernikah hanya SAH dalam masa sebulan sahaja. Syukur lah sbb semua dokumen aku lengkap dan dokumen bole siap dlm ms 3 hari saja. Sapa la yg goreng aku kata surat kebenaran kena tunggu sampai 3 minggu. Tak ke aku terketar ketar. Tak apa lah pasal tu, yang penting keja aku selesai.

Antara dokumen yang aku hantar hr tu :

1. Borang kuning -Kna ada sign drp bakal pengantin lelaki & perempuan,no siri pemeriksaan kesihatan HIV

2. Borang 2 - Pun kna ada sign drp bakal pengantin serta wali. Details wali,saksi kedua pihak juga.

3. Salinan IC bakal pengantin,wali,saksi

4. Salinan sijil kursus pra perkahwinan dan original bakal pengantin.

5. Surat kebenaran bernikah ( Daripada pihak lelaki jika lelaki luar negeri)

6. Surat pengesahan bujang - Sebenarnya x perlu pun tp aku buat bg ada ja

7. Salinan sijil kematian - jika menggunakan wali seperti abang @ adik lelaki ( bapa meninggal)

Tapi kan.. aku nak ingatkan..Sebelum g pej agama, kena g ke Tok Imam yang tempat ambik borang tu dulu. kasi Tok Imam cop kat borang 2 yang jawi tu. Pastu baru g pej agama dengan gumbiranya. Dalam kes aku, aku bagi ja semua kat org di pej agama tu. Sebab aku ni duk jauh, bukan senang nak balik. Memang bimbang dokumen tak lengkap je. Tapi alhamdulillah semua dokumen yang diperlukan tu lengkap.

Di pej agama, kena isi satu borang ikrar..

Ni dia..Isi dalam tulisan rumi pun boleh~Ihsan dari incik google
Lepas isi, baca la kuat2 mcm berikrar ms awal dapat keja gov dulu tau. Baru terasa aura nak menikah tu. Hehehe

Lepas ambik borang kebenaran dari pej agama, sila kembalikan dokumen tersebut kepada Tok Imam utk dia isi dalam wasikah nikah. Seeloknya 2 3 hari sebelum tarikh nikah ye. Bukan apa, takut jd kelam kabut je.  Hat ni aku x buat lg sebab aku da datang Kapit. So, cuti raya nati baru aku ambik. Aku taip ni berdasarkan pengalaman sepupu aku la. Sebab dia yang nasihatkan aku macam tu. Syukur sgt sbb ada sepupu yg br menikah, at least masih sama prosedur. Hehe

Hope majlis pernikahan aku nanti lancar dan dirahmati Allah hendaknya...aamiin inshaaAllah


Sekian saja perkongsian. Sapa2 hat nak kawen tu, selamat pengantin baru yeeee..Eeeii.. takutnya!!

~Still in Kapit Nan Sentosa~