Tuesday, December 15, 2020

~Drama Cinta SekaliLagi~

 


Assalamualaikum gais.

Drama Melayu Cinta Sekali Lagi baru ja habis tadi. Macam biasa, aku akan tengok kat platform iQIYI sebab aku annoying dengan iklan ~hahaha

Tengok kat iQIYI tadak iklan. Cun sangat sebab tak mengganggu waktu solat juga. Kan drama ni ditayangkan jam 7 petang. Mesti ramai macam aku kan.

Sebenarnya aku jarang layan drama Melayu ni. Selain duk cerita pasai orang kaya kawin orang miskin, kereta mewah², kerabat³ dan seterusnya cinta tiga segi, kehidupan moden. Jarang la ada drama yang titik beratkan pasal keluarga. Yang banyak tu cinta semata, boring oii.

Pada pendapat aku, drama Cinta Sekali Lagi ni agak menarik. Banyak pengisian terutama dari segi agama, keluarga, masyarakat dan sosial. True story, memang ada tau gangguan mistik di dunia realiti. Sama ada kita sedar atau tak je.

Menabur fitnah, salah sangka, kurang komunikasi dan tidak percaya pada pasangan membawa kepada perceraian.

Aku cerita sikit la drama ni macam mana jalan cerita dia ye.

Drama ni mengisahkan 2 beradik perempuan. Si kakak namanya Amanda dan si adik namanya Amani. Mereka dibesarkan oleh ibu tūnggal yang telah diceraikan abah mereka dan abah mereka telah menghilangkan diri.

Amanda terlalu sayangkan Amani sehingga menjadikan Amani seorang yang terlalu berimpian tinggi, apa dia nak mestī dia kena dapat. Kalau tak dapat, dia tuduh kakak dia tak sayang dia. Amani ambil kesempatan di atas kelemahan Amanda sebab masa kecik, Amanda pernah buat Amani terluka hīngga meninggalkan parut kekal dī tangannya. Dia berjanji akan menurut apa saja kemahuan Amani. Part ni aku geram gila dengan Amanda, baik sangat. huhu

Bila Amani nak kawen dengan Ungku Muklis, ibu dia bagi syarat. Kena kawēn serentak dengan kakak dia. Masalahnya Amanda belum ada boyfriend. Nak dijadikan cerita, Ungku Nadrah secara tak sengaja telah dibantu oleh Amanda ketika di surau. Masa tu dia ada kerja dengan Ungku Fahad, bos dia yang annoying perasan bagus. Ungku Nadrah ni bonda kepadä Fahad. Dia berkenän nak bermenantukan Amanda. Tapi Fahad tak suka Amanda masa tu.

Bila dah kerja sama², last² timbul rasa suka. Naik la pelamin serentak. Nak jadi kes, Ungku Mukhlis tu tak kaya macam yang Amani harapkan. Berantakan la rumahtangga mereka. Dah la duduk dengan mertua, lepastu tak habis² perang mulut. Hormat apa semua memang tak ada langsung. Malu mak dia, dia buat perangai macam tak cukup didikan.

Amani dengki tengok Amanda bahagia dengan Fahad. Lebih dia dengki bila Fahad di naikkan pangkat sebagai pemegang saham kedai Jewelery. Dia yang berimpian nak jadi isteri CEO, tapi Amanda yang dapat sedangkan Ungku Mukhlis kerja kerani biasa ja. Lepastu dia buat perangai sampai dia bercerai dengan Ungku Mukhlis.

Lepas bercerai, dia gedik minta tolong Amanda dapatkan dia kerja kat tempat Fahad. Jadi penyambut tetamu pun okey sebab bole dekat dengan Fahad. Lepastu Amanda ni seorang yang aktif dengan NGO. Kadang dia lebihkan kerja² NGO daripada rumahtangga. Fahad pula menyokong sebab bagī dia, kerja NGO tu kerja mulia.

Sampailah tahap Amani dah ambil alih tanggungjawab dia kat rumah, baru Amanda ni sedar yang dia kena berhenti kerja NGO ni. Malangnya time tū, Amani dah goda Fahad habis habisan, cuma belum adä sebab ūntuk pisahkan kakak dan abang iparnya saja lagi. Sampai tahap berzina tu yang aku tak buleh terima tu.

Maid Amanda, Mak Wan pernah nampak Amani buat nasi kangkang tapi last² dia diberhentikan kerja sebab Amani hasut Fahad. Aku geram betui masa ni. Awat Mak Wan tak cakap kat Amanda pasal tu kan. Kemuncak sakit hati penonton adalah bila Fahad tak mengaku Amanda mengandungkan anak dia sebab Amani dah pukul Dr Izamel dan hack telefon doktor pi mengaku kata Amanda mengandungkan anak dia.

Fahad marah, terus kat situ jugak Amanda kena cerai. Bonda Fahad pun termakan hasutan Amani juga. Habis semua porak peranda.

Tak lama lepastu, Amanda keguguran sebab Amani tolak dia jatuh. Ingatkan dia dapat buktikan yang anak tu adalah anak Fahad. Dia sedih sangat sebab dah la keguguran, lepastu Amani buleh bawak mulut kat kejiranan ibu dia kata Amanda curang, mengandung anak skandal, tu kena cerai. Dia bawak diri duduk dengan Mak Wan.

Lama² kena hidang nasi kangkang, Fahad dah tak macam dia dah. Solat pun tidak. Kawan baik dia pun dia halau dari syarikat. Prestasi kerja menurun teruk. Paling teruk, dia tak mampu halang pun bila mak dia nak balik rumah sendiri duduk sorang². Padahal mak dia bukan sihat sangat pun. Amani la yang halaū. Fahad menurut ja. Penangan nasi kangkang katanya.

Last² Fahad tersedar bila dia dah lama tak gi masjid. Lepastū Amani pun sibuk memainkan peranan sebagai isteri CEO, jarang hidang nasi kangkang, Fahad macam keliru. Kemuncaknya bila anak Fahad nampak apa yang Amani buat kat dapur, dia sengaja pecahkan pinggan tak bagi daddy dia makan makanan tu. Amani marah dan Fahad pun marah Amani.

Amani jadi hilang punca, tuduh kakak dia nak rampas Fahad. Fahad pula dah kembali solat menyebabkan Amani panas.

Fahad kecewa dengan diri sendiri bila dia tak mampu jadi anak yang menjaga kebajikan bonda dia. Dia menyesal tuduh Amanda yang bukan² bila doktor Izamel ceritakan hal sebenar.

Time ni, kuasa Amani semakin menghilang dan dia tak dapat terima kenyataan yang Fahad dah tau perbuatan dia. Last episod, Amani dilanggar di hadapan rumah ibunya.

Disebabkan Fahad tak sedar apa yang dia buat sebab termakan nasi kangkang Amani, akhirnya Amanda bagi peluang untuk mereka membina semula keluarga demi anak².

Kalau aku kat tempat Amanda tu, idak lerrrrr nak terima. Geli kot. Nama pun drama kan.

Korang tak tengok lagi, pi tengok iQIYI na.

Maaflaaaa, aku takda cerita semua sebab panjang. Kang tak tidur aku ni. Pendek² dah la. Tu pun entah ada ke yang baca pun tak tahu la.


Till then,

KakJem @ Shah Alam