Friday, July 10, 2020

~BKew Ke Dusun Akin Resort 2019~

Assalamualaikum gais.

Ya Rabbi, tahun ni baru nak cerita ka pasai gi Dusun Akin ni? 
Cerita dah basi lama dah, KakJem baru nak update.

Apa yang best sangat kat Dusun Akin? Meh la KakJem cerita serba sikit.

Bengkel Pemantapan Organisasi Melalui Pengukuhan Fungsi Bahagian Kewangan Bagi Tahun 2019 diadakan di Dusun Akin pada 4 - 6 Oktober 2019

Ramai jugak yang join bengkel kalini. 
Banyak beza jugak daripada Royal Belum 2018.
Mungkin sebab dekat kot.

Kami tiba di Prawn Valley Farm jam 4 petang gitulah lebih kurang.
Sambil tunggu turn nak pergi ke Dusun Akin menaiki kenderaan pacuan 4 roda, kitorang sempat bergambar.

Nampak nau happy bila outstation.

Panas lit lit time nih

Turn dorang yang atas pacuan 4 roda tu gi dulu. Turn kamiorang next!!

Perjalanan ke Dusun Akin dari Prawn Village Farm mengambil masa 10 minit lebih kurang.
Bila perjalanan menggunakan pacuan 4 roda maksudnya perjalanan agak mencabar dan berliku.
Tapi kitaorang enjoy saja lah. Bukan selalu dapat peluang camtu.

Sampai sahaja di Dusun Akin, kami diberi briefing sikit oleh owner.

Menariknya kat Dusun Akin, lepas makan, peserta bengkel kena cuci pinggan sendiri.
Satu kelainan dapat dirasai di situ la. Macam duduk dekat kampung rasanya gaiss, hahahah.

Kami diberikan dorm yang boleh diisi dengan 30 orang. Tapi disebabkan peserta takdalah ramai sangat, 2 dorm tu dah mencukupi. Bilik mandi dan toilet juga memuaskan dan bersih. Paling penting bilik mandi dan toilet tak kena berebut. Syokla kami orang kalo camtuh.


4 Oktober 2019 malam.

Hanya main indoor games sahaja dan berbahagi kumpulan.
Ada 4 kumpulan semuanya dan KakJem dah terlupa dah nama kumpulan tu. 
Huh, tu la lama sangat peram isu ni...ekekek!!

Games ni melibatkan coklat berupa syiling emas sebagai rewards jika peserta aktif.
KakJem sendiri peroleh 10 coins. Semakin banyak coins semakin padu lah insan terpilih itu...kahkah

Tengok gambar la jom. Malas la menaip... ekekekek

Jalan ke dorm.

Aktiviti

Semangat camnih yang kita mau

Kumpulan Black Cat

Tak tau la nama group apa ni...hahahah

Ni group KakJem, Simba

Ni Group Gorilla. kihkih

5 Oktober 2019

Awal pagi senaman regangan. Macam takda gambar jurrrr. Sebelum tu, sarapan kejap. Alah, menu pun dah lupa.

Lepastu aktiviti memancing di kolam. Hasilnya nanti nak masak di dalam hutan untuk makan tengah hari. Aktiviti ni nama dia Survival Cooking. Setiap kumpulan disediakan beras,buluh, kentang, ayam, kunyit. Cili, daun limau dan daun pucuk kayu kena cari sendiri di sekitar situ lah. Best jugak aiiiii.

Kena tengok gambar la jugak kan.


Sarapan - Nasi lemak
Sarapan ja pun nak ada aksi camnih, eh, tak fahamlahhhh!

Ada la gambar aktiviti regangan sebelum gi sarapan.

Cuci cuci servis,ehik!

Jap, nak kena mengail jap!!

Dapat ikan nak bawak ke sesi Survival Cooking dalam hutan jap gi.

Nasib baik satu geng dengan Kak Linda tau. Dia pandai masak. Harap ke aku pakai tak makan la kita. hahah

Apa menu kita Kak Linda?

Jom cekidaut menu menarik dalam hutan.











Sebenarnya aku dah lupa banyak.

Lepas aktiviti Survival Cooking in the jungle tu, ada lagi aktiviti flying fox & rafting.
Sangat best dan mencabar.

Sebab dah lupa, maka aku letak gambar je tau. baca lah kat caption tu. ekekek
Flying Fox

Flying Fox

Rafting

Rafting

Rafting

Suasana nya. Panas lit lit hoiiii

Puan Rab On Air.

Nampak tak KakJem?

Steadyyyyy

Petang hari Sabtu lepas aktiviti rafting tu, terus memanah pulak. Tapi ni aktiviti tak wajib. Siapa nak je bole main. Dah tu, hujan pulak.

Depa kata best

Kena hujan pun best ke

Mesti best

Malam ada dinner

Gitu lahhhh

Comel semuanya

BKew Peeps

Aktiviti Pagi Ahad. Memanah

Aktiviti Pagi Ahad

Taklimat

Apa kata Nafi?

Dah kenapa aku tutup muka?

Aktiviti pagi Ahad

Aktiviti pagi Ahad


Puan Rab dah ready nak terkam.












Hari last dah.

Sebenarnya da banyak gambar.
Tapi KakJem malas nak godek lagi.
Nanti bila rajin, KakJem tambah gambar ye.

Till Then.

KakJem,
BKew, JPM