Wednesday, August 26, 2015

~13 ADAB SUAMI TERHADAP ISTERI DALAM RUMAH TANGGA~

Assalamualaikum & Selamat Pagi,


Awal aku buka fesbuk hari ni. Pagi2 lagi dah terbaca adab2 isteri terhadap suami. Aku kadang tu heran sebab kenapa hanya isteri yang perlu beradab? Lalu aku pun mencari la adab suami terhadap isteri pula. Ada rupanya! Ku igt x ada. Tapi peliknya adab suami terhadap isteri ni tak la dipandang serius oleh segelintir golongan lelaki. Depa nak isteri beradab dengan depa tapi depa sendiri ada fikir pasal adab sendiri dengan isteri? Sama ada ada atau tak dak, aku yakin sikit sgt yg baca dan amalkan. Igt senang ke? Ni ha, ada 13 adab suami terhadap isteri. Sila la baca, bt panduan dan amalkan.

1. Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya dan paling ramah terhadap isterinya/keluarganya. Justeru hendaklah suami menggauli isteri dengan akhlak yang mulia lagi terpuji

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku." (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: “Orang yang paling sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya antara mereka dan yang paling baik adalah yang paling baik akhlaknya terhadap isteri-isterinya." (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

2. Suami tidak boleh kikir dalam menafkahkan hartanya untuk isteri dan anaknya. Justeru hendaklah suami bersifat pemurah dalam hal perbelanjaan untuk isteri serta anak-anak

3. Suami dilarang berlaku kasar terhadap isterinya. Justeru antara adab suami hendaklah berlemah lembut dengan isteri dalam pergaulan harian

4. Suami hendaklah bersabar dalam menghadapi sikap buruk serta karenah isterinya

5. Suami hendaklah menggauli isterinya dengan cara yang baik. Dengan penuh kasih sayang, tanpa kasar dan zalim.

6. Suami hendaklah memberi makan isterinya apa yang ia makan, memberinya pakaian, tidak memukul wajahnya, tidak menghinanya dan tidak berpisah ranjang ketika tidur

7. Suami hendaklah menyediakan pembantu rumah andainya tidak mempunyai ruang dan masa untuk sama2 menguruskan kerja-kerja rumahtangga terutama bagi yang beranak ramai

8. Suami hendaklah selalu memberikan pengertian, bimbingan agama kepada isterinya dan menyuruhnya untuk selalu taat kepada Allah dan Rasul-Nya

9. Suami hendaklah mengajarkan isterinya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan wanita (hukum-hukum haid, istihadhah dan yang berkaitan)

10. Suami hendaklah berlaku adil dan bijaksana terhadap isteri.

11. Suami tidak boleh membuka aib isteri kepada sesiapa pun dan dilarang bercerita tentang hal-hal bilik tidur

12. Apabila isteri tidak mentaati suami (durhaka kepada suami), maka suami wajib mendidiknya dan membawanya kepada ketaatan, walaupun secara paksa.

13.Jika suami hendak meninggal dunia, maka dianjurkan berwasiat terlebih dahulu kepada isterinya.


Lepas tu aku senaraikan pulak adab isteri terhadap suami. Sebab suami kan pemimpin, isterinya follow ye tak? Moh kita p baca adab isteri pulak. Smg kita jadi isteri yang taat pada suami kita deh. In Shaa Allah.. Aamiin Ya Rabbal Alamin


13 ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI YANG PATUT KITA KETAHUI


1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. 

Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. 

Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. 

Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.


3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. 

Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. 

Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri.


4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).


5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. 

Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.


6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. 

Suami akan gembira bila seleranya ditepati.


7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. 

Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. 

Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.


8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. 

Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.


9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. 

Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri.


10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. 

Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. 

Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.


11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. 

Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. 

Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.


12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. 

Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. 

Kalau boleh sediakan makanan ringan seperti kuih-muih dan biskut 

Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.


13. Hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka walaupun kita kurang menyukai.


Selamat membaca. Hiks!



2 comments:

  1. info yg menarik! nak copy boeh? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Copy la..ceq pun copy ja..hikhik..mn tau bole jd peringatan kat diri sendri d kemudian hari kan...

      Delete