aku happy sgt sbb aku dah boleh buat baju kurung sendiri. berkat pergi kursus dekat The Regency A.Star selama 12hari..walaopun aku sebenarnya tak berjaya siapkan baju kurung moden dengan baju melayu seperti yg di jangka, tapi aku dah boleh buat baju kurung. dan aku dah pakai masa hari aku terima sijil last day kursus. tapi aku ni still tergaya- gaya lagi. maklumlah baru..bak kata peribahasa, aku budak baru belajar, kalo salah tolong tunjukkan. haa...begitulah aku.
masa aku pergi kursus, aku dengan sorang lagi budak yg memang zero pasal nak menjahit buat baju ni..aku ada basic jahit sembat aje..memang susah giler.terutama masa nak buat baju kurung moden tu.baju yg aku buat tu tak bole pakai pun. apa da aku!!! baju melayu plak seluar tak siap. mana sempat 12hari nak belajar buat 3task.tak agak langsung. tapi yg best, aku dapat ramai kenalan.
nak lagi lucu, ada seorang kakak ni. aku ingat dia tak reti nak menaip sms,aku pun dgn rasa tanggungjawab tkut dia tak reti baca bahasa aku, aku menaip perkataan penuh..sekali dia balas sms aku...pergghh!!!! kalah aku yg muda ni..semuanya short form..aku ketawa sendiri bila ingat pasal ni..tak sangka aku..jgn pandang orang tak ada mata..walaupun kakak tu awal 40-an, tapi kalau menaip sms, kalah aku yg muda ni...
sekarang ni, kakak2 tu yg rajin sms aku, call aku.aku ni kadang2 aku sempat, aku jawablah call diorang tu.tp aku bukan jenis yg bawak aje telefon aku tu ke mana aku pergi. main tinggal aje kat rumah.tak kuasa aku nak bawak henfon kalo setakat aku pergi rumah jiran..apa kes plak??
aku sebenarnya nak bubuh gambar..tp waktu aku tak mencukupi..aku da nak balik..hmmm, lain waktu la aku masukkan gamba,
ada sapa2 yg baca blog ni x? thanx la sesapa yg tersesat n terbaca blog aku nih..saba ajelah dengan aku yer....
lastly, selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di seluruh dunia yg menyambut kedatangan bulan ramadhan al-mubarak. semoga amalan kita di berkati..amin