Friday, February 19, 2016

~ SimplySiti White & Detox~



Assalamualaikum & Slmt pagi uols,

Genap sebulan, Kaisya Serum yg ohsem tuh da abes aku guna. Tapi aku x da perasaan nk repeat order. Salah satu sebabnya opkos la benda tu agak mahal bg aku. Sedar diri yg aku x berapa mampu sgt nak pakai produk tu. Btw aku bukan give up okeh! Nak beli pun kena tgk ekonomi jugak la kan. Aku x nafikan Kaisya Serum best sgt bila sapu kat muka. Highly recommended!

Tapi aku rasa aku lebih suka sesuatu yg fresh & easy. Lebih2 lagi bila aku tgk pelakon Korea Song Ji Hyo yg pakai semburan2 ja kat muka dia yg tak mekap tu. Ada jugak aku jeling2 kat Watson masa aku balik semenanjung hari tu. Benda yg aku cari tu Facial Mist. Mahal2 semuanya ya ampun!! Insaf betul dompet aku rasa. Haha

Jalan punya jalan, jeling punya jeling, mata terjeling produk SimplySiti kaler babypink. Dah la kaler comey. Eh, ada mist la! Dan2 aku belek2. Minat sungguh ni. Haha
Tudia. Harga RM21.90 100ml. Pencarian berakhir. Aku x tau kulit muka aku sesuai ke tidak dengan produk SimplySiti. Tapi dlm byk2 Mist yg aku jumpa, hat ni ja murah sikit berbanding dgn produk2 jenama lain. 

Minggu pertama aku pakai, tumbuh jerawat2 & biji2 kecik d muka. Aiseh. Yes, sebelum ni kulit muka aku sebenarnya tak ada masalah pun. Kulit muka aku jenis kering. Mungkin jerawat biji2 kecik tu proses detox kot. Sebab minggu seterusnya x ada dah jerawat n biji2 kecik naik kat muka.

Aku bukan jenis yg mudah terpengaruh dgn duta produk ke apa. Aku beli sbb aku rasa aku perlukan benda tu. Just utk kesihatan kulit muka aku yg x berapa nak sihat ni.

Produk SimplySiti White & Detox ni berasaskan bahan semula jadi. Ada Ektrak Madu Manuka & Ekstral Teh Hijau. Wangi lak tu. Dan produk ni macam ala2 Korea sikit la. Feeling Kekoreaan pulak la kan. Ahaks!

Okeh skrg, rutin harian pagi2 sebelum bersiap p keja.
Cuci muka dgn Cleanser Charms ---> Mist Toner SimplySiti White & Toner---> Foundation Charms
Seminggu 2 ke 3 kali aku akan guna Scrub Star Glow. Licin la sikit kulit muka aku ni.

Gitu jelah aku pakai sebelum p keja. Ringkas kan? X sampai sepuluh minit pun. Sebab aku bukan jenis bersolek. Pakai tu pun sbb cuaca sekarang yg tak menentu. Kulit kita mesti diberikan perlindungan daripada sinaran UV. Sinaran UV skrg ni bahaya uols! Bole dapat kanser kulit kalau lama2 sgt mendedahkan diri bawah cahaya matahari.

Set SimplySiti White & Detox
One fine day, insyaaAllah aku nak guna produk ni pulak. Hehehe..dlm byk2 produk SimplySiti, hat ni ja la yg aku mampu pun. Hat len rumit sikit.

Thanks Dato' Siti Nurhaliza sbb cipta SimplySiti White & Detox neh.

Apapun, tolong doakan saya dapat pindah balik semenanjung secepat mungkin ya. Thanks uols


~Still In Kapit Nan Sentosa~