Wednesday, March 15, 2017

~Sambal Petai Utara~

Assalamualaikum..

Topik perbincangan kat group whatsapp bersama geng BFF hari ni berkaitan dengan sambal petey. Umum mengetahui bahawa aku ni seorang pencinta makanan. Terutamanya makanan kampong. Ulam2 kampong pun aku suka jugak.

Sepanjang duk di semenanjung, aku rindu la nak makan sambal petey. Sambal petey yg aku masak sendiri. Tiap2 org masak x sama na. Bukan nak kata mak metua nya sambal petey x sedap. Sedap ja. Tapi aku rindu sambal petey yang aku masak sendiri.

Bahan2 nak buat sambal petey cara aku :-

Petey (yang  masih berkulit)- beli la seikat yg ada 5 papan ke
Ikan bilis segenggam.
Cabai kering - x kisah yg serbuk atau nak yang kena blender sendiri
Bawang merah - 2/3 ulas - blender
Garam
Gula
Air asam jawa (kalau nak guna asam keping pun bole)
Minyak utk menumis
Air - sikit je

Cara masak :
1. Hiris petey nipis2 (bersama kulitnya. Tepi2 tu buang dulu - selalunya aku hiris 3/4 hirisan dalam 1 mata petey tu) - hasil hirisan tu rendam dlu dlm a garam- tujuan nak kurangkan rasa kelat kulit petey

2.Sambil rendam petey dalam a garam, bole la panaskan minyak utk menggoreng ikan bilis. Ada orang x goreng pun ikan bilis. Tapi versi aku, aku lebih suka goreng ikan bilis tu. Goreng sampai garing, angkat dan toskan. Biarkan ke tepi.

3.Cuci petey yg direndam tadi dan toskan.

4.Panaskan minyak. Seeloknya guna minyak yang goreng ikan bilis tadi. Kalau terlalu byk guna minyak masa goreng ikan bilis, bole kurangkan sikit minyak tersebut ikut sukatan sambal kita nak banyak mana.

5.Tumis bawang sampai naik wangi atau dalam erti kata lain sampai bawang tu masak (tips dr mak metua)

6.Masukkan cabai kering yg di blender atau cabai kering serbuk yang dah dibancuh dengan air. Masak sampai pecah minyak.

7.Masukkan garam, gula dan air asam/ asam keping. Sukatan pulak ikut suka selera masing2.

8.Masukkan petey yang elok dicuci dan ditoskan tadi ke dalam sambal. Tambahkan sedikit air supaya petey tadi sedikit tenggelam dan boleh cepat masak. Kalau sambal dah byk, tak payah tambah air lg nah. Ikut kesesuaian.

9.Apabila kulit petey dah berubah warna daripada kaler hijau kepada kaler coklat, itu petanda petey tadi dah masak. Tunggu sambal kering sikit dah boleh campak ikan bilis yang digoreng dan gaul2 kan sekata dan boleh angkat ke dalam pinggan untuk dihidangkan.

Simple ja sebenarnya tapi orang Bandar x pandai makan sambal petey berkulit macam aku buat.

Disebabkan aku dah x aktif memasak, jadi aku cari gambar kat google saje k. Mari layan
Image result for sambal petai
Macam ni la hiris yang aku maksudkan. Satu mata hiris 3 atau 4. Lagi nipis, lagi bnyk hasil nati - ehsan Google
Image result for sambal petai
Hah,ni hasil nya bila boh dalam sambal - ehsan Google

Image result for sambal petai
Hasil nya. Sambal petey - ehsan Google

Sejujurnya sikit sangat image sambal petey versi macam ni. Nanti InshaaAllah bila aku masak sambal petey, aku update semula gambar di sini bagi menggantikan pict yang aku ambil dari Google key!

***Mohon halal pemilik gambar.

Selamat memasak!


Monday, March 13, 2017

~Filem J Revolusi~

Assalamualaikum dan salam pagi Senin.


Jumaat lepas husband ajak gi tengok movie. Movie yang bermula pada pukul 11.30 malam pada jangkaan aku, mesti aku tertido punya sebab aku letih kerja pd siang harinya. Jangkaan aku meleset terus saat permulaan filem tersebut. Aku rasa husband dah faham apa yang aku suka watching kot. Kali dia serik nak bawak aku tengok filem cinta sinetron macam filem pertama aku tengok dengan dia "Ada Apa Dengan Cinta 2" yang mana aku tak minat langsung. Faham2 sj la bila dah tak minat ne...


Mengenai filem J Revolusi, aku bole bagi 4☆☆☆☆ daripada 5. Tak dinafikan, aku suka filem aksi, ganas dan berdarah darah kena tembak walaupun aku sangat takut darah. Dengan gandingan pelakon2 hebat, rating filem ini melonjak pada minggu pertama tayangannya.


Gandingan Zul Ariffin, Fazura, Farid Kamil dan Izara Aishah telah berjaya menjadikan filem ini sebagai pilihan Pecah Panggung. Lama x Nampak Izara Aishah kan? Hahah..


Walaupun barisan pelakonnya tak lah segah pelakon yang menang anugerah, depa dah Berjaya meletakkan lakonan depa sebaris dengan pelakon yang dah terima anugerah. Tahniah kat depa.


Filem J Revolusi mengisahkan mengenai 2 beradik yang dibesarkan oleh ayah angkat berpangkat Chief. Jay Zulkarnain dengan Dian lakonan Zul Ariffin dengan Fazura sebagai adik kakak. Namun Dian merasakan ayah angkatnya tak sayang dia sepertimana sayang pada Jay. Dia sering merasa tersisih padahal kebenarannya tidak begitu. Dian hanya bermain dengan emosi sedih.


Dian ditugaskan sebagai perisik dan Jay akan mengetuai UTK utk menghapuskan jenayah yang diketuai oleh Andra yang dimainkan oleh Farid Kamil. Sepanjang jalan cerita, semuanya menarik bagi aku sebab aku tak tido. Jalan cerita dia menuntut supaya rasa ingin tahu itu lebih tinggi dari rasa ingin tido. Biasa la filem aksi kan.


Aku respek tang pakaian Fazura yang bila dah bersama dengan team Andra tu. Smart giler!! Mungkin sebab aku suka filem aksi Hollywood seperti James Bond dan Mission Imposible. Bila tgk J Revolusi, rasa macam tengok filem Hollywood pulak. Cuma aksi ja x la seganas Hollywood.


Pengakhiran cerita J Revolusi adalah Fazura ditembak UTK setelah insaf di hadapan Jay. Pengakhiran yg sama macam filem cina lakonan Jackie Chan bersama Daniel Wu, juga sama dengan episode akhir drama Korea City Hunter lakonan Lee Min Ho. Aku tak pasti ada org igt ka dak adegan macam tu. Tapi sekalung tahniah untuk filem J Revolusi.


Yang x gi tengok lagi, sila gi tengok weh. Tak rugi punya.


Image result for jrevolusi
Barisan pelakon J Revolusi bersama puan Gayatri


Image result for jrevolusi
Ni sikit gambar dalam filem tu. Pujian diberikan!
Dan nak bagitau, Fazura cantik sangat dalam filem ni. Begitu juga Izara Aishah.


Okey lah, malas nak celoteh panjang, pesanan akhir dari aku, p tengok nah filem ni.




Sekian


Siti Jamilah Bt Che Saad
Putrajaya