Hari ni istimewa sebab hari ni Hari Lahir Sahabat aku.
Aku kenal dia sejak 2003, time sama2 study kat Polimas.
Dia antara best student.
Aku? Aku ni cikai je, bukan best student sebab aku kaki tidur.
Dia kaki belajar.
Eh, sebelum aku kenalkan dia yang istimewa di hati aku,aku nak ucap.
Selamat Hari Lahir Siti Nurerda Binti Akir. Semoga hang berbahagia selalu di samping Mr. Producer dan 2 amanah Allah yang cilik itu. Sungguh aku rindu hang ni Siti.
Walaupun jarak kita sebenarnya semakin dekat.
Kenapa ye masa selalu tak mengizinkan pertemuan kita?
Aku nak sangat jumpa hang.
Kali terakhir aku jumpa hang adalah tahun 2011. Ko masih ingat tak?
Time kenduri kahwin Ha'a tu?
Time tu jugak aku dapat jumpa Ieja.
Ya Allah rindunya aku kat ampa weh!!
Geng 398 di hatiku.
Babe, aku cilok pict ampa kat google jap eh. Mintak halal ya abam Zaini.
Babes, i miss uols!!
~Siti
~Wani
~Ina
~Ayu
~Nur
~Ha'a
~Zie
~Eja
~Tina
~Wati
Babes, jom tengok pict Siti. Sempena birthday dia kan hari ni. Jejomssss
Sekarang dah berhijrah ke arah yang lebih baik. Yang penting, Siti Norerda masih BFF aku and da geng! |
Siti, aku bangga dapat kenal hang.
Hang ajar aku erti kasih sayang sebenar.
Hang ajar aku erti hormat menghormati.
Hang ajar aku apa itu erti muhasabah diri.
Pendek kata, aku banyak belajar tentang kehidupan daripada sejarah hidup hang.
Aku jadi kuat untuk hidup sebab aku byk mencontohi apa yang hang buat meski pun tak sama.
Aku lah stalker hang...hehe
Aku tahu hang tak sempurna.
Aku tahu perkataan itu yang akan hang perkatakan sat gi.
Tapi bagi aku, hang la perhiasan terbaik kat dunia ni, inshaaAllah
Seterusnya, aku doakan hang berbahagia selalu.
Sebab aku suka bila aku tengok hang tersenyum, aku tahu hang sedang berbahagia,
Abang zaini, kami tau abam dah bahagiakan BFF kami.
Terima kasih sebab membahagiakan seorang Siti Norerda Binti Akir.
Lastly, I love u Siti Norerda.
Semoga berbahagia sokmo.
Happy Birthday Sahabatku.
From
***Stalker Tegar
Siti Jamilah
Putrajaya