Monday, December 10, 2018

~ Projek STG ~





Assalamualaikum dan selamat petang,

Petang ni Cik Milah nak buka peluang dan sekaligus cuba untuk buka mata kawan2 yang tersinggah di sini untuk baca apa kata Cik Milah mengenai Projek STG.

Projek STG ni menipu ke?

1 - Kalau tipu, kenapa boleh masuk TV? TV3 dan TV9 pula tu. Masuk surat khabar lagi.

Image result for sahajidah hai o dalam berita harian
Sedutan Berita Harian ketika Majlis Ulang Tahun Sahajidah Hai O ke 26.
Image result for sahajidah hai o tv3
Founder Projek STG
2 - Kalau tipu, kenapa ada menteri KPDNKK datang rasmi majlis yang syarikat anjurkan?
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sendiri akui bahawa SHOM merupakan syarikat perniagaan yang kukuh dan cemerlang sejak 26tahun yang lalu!
.
Alhamdulillah bonus kami semua tak pernah gagal dibayar secara AUTOPAY CREDIT setiap bulan.
Tu sebab slip gaji biz kami sah laku di bank untuk #beliimpian.
Trip pelancongan taraf VVIP 2x setahun tak pernah gagal disediakan.
.
Anda nak buat biz dengan platform syarikat yang kukuh dengan jaminan bonus setiap bulan ? Inilah masanya!
.
#MUT26
#UlangtahunSHOM26 
#SCCCSHAHALAM 
#ProjekSTG 
#BisnesOnlineSenangLa
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sendiri akui bahawa SHOM merupakan syarikat perniagaan yang kukuh dan cemerlang sejak 26 tahun yang lalu. Alhamdulillah bonus kami semua tak pernah gagal dibayar secara AUTOPAY CREDIT setiap bulan. Tu sebab slip gaji biz kami sah laku di bank untuk #beliimpian . Trip pelancongan taraf VVIP 2kali  setahun tak pernah gagal disediakan. . Anda nak buat biz dengan platform syarikat yang kukuh dengan jaminan bonus setiap bulan? Inilah platform nya. Jom ON Projek STG.
3 - Kalau menipu, kenapa ada yang sampai masuk paper setiap kali ada majlis anugerah naik pangkat? Asal naik pangkat je, mesti syarikat akan meraikan di pentas penuh gemilang. Sahajidah Hai O Marketing sangat menghargai usahawan - usahawannya.

Image result for menteri kpdnkk rasmi majlis mut sahajidah hai o 2018
Crown Diamond Manager adalah pangkat tertinggi bila menjadi usahawan Sahajidah Hai O Marketing.
4 - Kalau menipu, kenapa ada Crown Diamond Manager yang berjaya menjayakan bisnes partner nya?
Image result for menteri kpdnkk rasmi majlis mut sahajidah hai o 2018
9 Penerima Excellence Award ini semuanya dari Projek STG dan 6 daripada mereka juga menerima Excellence Master Award. Penerima Excellence Award dan Excellence Master Award ni semuanya melahirkan usahawan - usahawan berjaya di bawah mereka sehingga melayakkan mereka menerima anugerah tersebut.
5 - Kalau menipu, kenapa kami boleh merasa bonus setiap bulan?
Image result for contoh bonus projek stg
Contoh bonus Projek STG dalam sistem. Part bonus ni best sebenarnya. Kalau kita buat sale, nanti kita dapatlah bonus. Kalau kita tak buat sale tapi biz partner kita buat sale, dia saja la yang merasa bonus. Jadi istilah "MENGKAYAKAN ORANG ATAS"  tu?? TAK ADA!! Contoh, Cik Milah ada biz partner bawah bimbingan Cik Milah. Pada bulan November, Cik Milah tak buat sale dan goyang kaki jer, tak buat kerja apa2, tapi biz partner Cik Milah pula berusaha gigih buat sale. Maka, biz partner Cik Milah merasa bonus besar manakala Cik Milah pula tidak merasa bonus walaupun sekupang. Inilah pentingnya untuk Cik Milah menjayakan biz partner Cik Milah kalau Cik Milah nak berjaya. Cik Milah wajib pastikan biz partner Cik Milah merasa bonus besar barulah Cik Milah pun dapat merasa bonus besar. Maksudnya Cik Milah mesti bergerak lebih laju sambil melajukan biz partner Cik Milah. Kalau Cik Milah lambat, tapi biz partner Cik Milah laju, maka biz partner Cik Milah akan naik pangkat dulu dan Cik Milah lambatlah naik pangkat. Begitulah kaedahnya.
6 - Kalau menipu, kenapa ramai sangat testimoni berjaya untuk produk yang kami jual?
Image result for testimoni bvsm bunga aida
TESTIMONI DARI INSAN HEBAT YANG DIUJI OLEH YANG MAHA HEBAT..
Kredit to Double Diamond Manager BunGa AiDa. Tidak minta sakit tidak minta untuk lumpuh tidak minta untuk jadi wanita yang sentiasa merintih kesakitan akibat ujian selepas bersalin. Niat membahagiakn suami dengan melahirkan mujahid Tuhan diuji dengan derita yang penuh misteri. Namun siapa kita untuk tidak menerima walau nyawa dihujung tanduk. Sakit. Air mata.. Wang ringgit semua rasa ini Bunga hadap dalam waktu yang sama tapi tetap yakin pasti ada penawarnya.. Iktiar pelbagai cara akhirnya Tuhan pertemukan penawarnya.. Harini Bunga bangkit.. Bangkit menjadi salah seorang bekas pesakit kronik yang ingin bantu orang2 lain sihat bersama kerana Bunga tau peritnya memakan jiwa.. Tapi Bunga tau kuasa memilih ditangan kalian semua.. Dan kuasa penyembuh diTangan Yang Maha ESA.. Kesihatan lebih mahal dari segalanya.. Yakinlah dengan kuasa Dhuha. Alhamdulillah syukur BVSM dapat membantu dengan izinNya..sape2 yang belum ada BVSM di rumah cepat2 dapatkan, miliki sendiri untuk manfaat satu keluarga.
Semua testimoni hidup daripada pengguna tegar produk Sahajidah Hai O Marketing.
Itu 5 persoalan yang selalu Cik Milah terima.

Masa di awal pembabitan Cik Milah tahun lepas dalam Projek STG, ramai kawan2 Cik Milah tak putus - putus mengatakan tak bagus join Projek STG. Siap dorang cari lagi info berkaitan Sahajidah Hai O ni. Cik Milah menghargai niat baik kawan - kawan. Dema semua mesti tak nak Cik Milah tertipu dengan SKIM CEPAT KAYA kan?

InshaaAllah Projek STG ni bukan SKIM CEPAT KAYA.
Nak mula pun murah je. Sekarang dengan hanya RM47 dah boleh start enjin untuk berbisnes.
Dapat pulak 2 ketoi Ubat Gigi Garam Buluh secara percuma, dapat sistem percuma.
Mentor bagi ilmu dalam kelas online pun secara percuma je.

Projek STG lengkap dengan ilmu, mentor dan sistem.

Kelebihan Projek STG :

1. STG merupakan Grup paling Top dalam syarikat ( 2/3 keahlian syarikat sebulan)
2. Sale lebih RM20 Juta
3. Grup paling ramai layak melancong FREE.- Untuk trip Jakarta esok STG dah tapau lebih dari 10 bas. 500 orang STGians gi Jakarta tau.
4. CDM STG sehingga sekarang sudah mencapai 150 orang.
5. 9 CDM penerima Excellence Award dan 6 daripadanya penerima Excellence Master Award.
6. STG memang Hai O yang punya tapiiiiii BELUM TENTU  HAI - O TU STG.

Jadi kalau awak nak jadi usahawan Sahajidah Hai O Marketing, pastikan Projek STG baru join tau.
Tanya leader awak siapa pengasas Projek STG tu.

Eh, kalau awak nak daftar, jomlah daftar dengan Cik Milah, Cik Milah bersedia nak coach awak jadi usahawan berjaya. Misi Cik Milah nak menjayakan biz partner Cik Milah sampai ke puncak.

Tak mahal pun. RM47 untuk awak unlock sistem daripada syarikat yang awak boleh monitor progress bisnes awak.

Jangan lupa tau klik link ini sekarang jugak.

www.wasap.my/60194630747/NakDaftarProjekSTG

Ingat pesan Cik Milah, nak mula bisnes, pastikan bisnes tu ada

✔️ ILMU - bisnes tanpa ilmu ibarat memanah tanpa matlamat.
✔️ MENTOR - untuk tunjuk ajar kita saat kita lost track.
✔️ SISTEM - untuk kita rujuk tahap mana kita berada dalam sesuatu bisnes
✔️ REAL PRODUK - Bukan jual air liur jer!
✔️ REAL BIZ - Ada akad jual beli produk.
✔️ REAL PAY SLIP - Ini penting untuk kita tengok income kita. Payslip Sahajidah Hai O Marketing juga boleh diguna pakai untuk buat loan bila nak beli kereta / rumah / aset yang lain.
✔️ REAL VVIP FREE TRIP - Ini kenyataan. Bawak duit untuk shoping je, yang lain, syarikat tanggung. Best ke best sangat??

Awak buat banyak, awak dapat banyak.
Awak buat cepat, awak dapat cepat,
Awak tak buat, awak tengok orang lain dapat jer!

Dapat apa??

~ Bonus, Second Income, FREE VVIP Trip, Pangkat, Time FREEDOM, Money FREEDOM ~

Jangan lupa klik sini

www.wasap.my/60194630747/NakDaftarProjekSTG
www.wasap.my/60194630747/NakDaftarProjekSTG
www.wasap.my/60194630747/NakDaftarProjekSTG

Cik Milah akan coach awak.


Oklah, cau cin caau

Terima kasih awak sudi baca apa yang Cik Milah sharing.


Love,
Siti Jamilah
908827
Putrajaya

Sunday, November 25, 2018

~Team Building @ Royal Belum, Grik, Perak~

Hehehe.. Punca!

The House Boat 
Hello, Assalamualaikum geng!

Sekian lama tak bersiaran kat sini kan?
Bukan apa, tak ada apa yang nak di"sharing"kan.
Kebetulan harini ada benda best yang nak kena share, sebab kalau tak share, nampak sangat yang aku ni pemalas orangnya. wakakaka! Walaupun itu adalah sebuah hakikat!

Team Building ni adalah pertama kali aku join sepanjang berkhidmat di Bahagian Kewangan, JPM.
Selepas 2 tahun berturut buat dinner hujung tahun, maka tahun ne, SUB(K) decided untuk buat aktiviti outdoor.

Dema pilih Royal Belum, Gerik, Perak.
Sebab pa aku join walaupun aku sebenarnya boleh bagi macam2 alasan untuk kata tak moh gi?
Aku apply kata2 mentor STG untuk melakukannya dan tolak semua alasan ke tepi.
Aku rasa alasan takkan bawak aku ke mana2.

19 Oktober 2018
*Bertolak dari JPM dalam pukul 8 pagi macam tu.
*Pukul 2.30 petang macam tu sampai di Hentian Royal Belum Amanjaya
*Dalam pukul 3.00 petang barulah House Boat bertolak ke Tasik Banding.
***Sambil tu boleh la makan tengah hari dan mulakan sesi bahagi kumpulan. Menu makan tengah hari tu Ikan Keli Goreng Belado, eh!! Sedapnyah!! Tapi takda la aku ambik picture. Pict kredit kat orang lain.

Alamak, pinggan dah licin! Menu : Ikan Keli Goreng Berlado dan Masak Lemak Pucuk Ubi
Model : Puan Rabiah Comel dan Kak Wati Kiut.

Planning awal nak gi perkampungan orang asli Kaum Jahai.
Kalau bernasib baik dan tak hujan kata Jurulatih - En.Rafi dan En. Helmi-
Dan Houseboat parking agak jauh gak, tak leh gi dekat sebab banyak tunggul kayu.
Nak gi ke perkampungan tu, kuma semua kena naik bot laju yang boleh memuatkan lebih kurang 10 ke 12 orang satu² masa.
Disebabkan Houseboat untuk orang perempuan belum sampai, maka bot laju ada 2 ketoi ja.
Terpaksa la dema buat 2 trip.

Jom tengok gambar kuma di perkampungan orang asli pulak.

Aku takut nak bagi nama kampung ni. Kampung Temengor kot, harap betoiiiii weh. Uhuk!
Perkampungan ini ada dalam 26 keluarga kot kalau tak silap.
Dema kata dema ada darah Afrika.
Rupa dema pun ada gak nak sama dengan orang Afrika.
Paling aku tak leh muv on, bahasa dema.
Ada beberapa perkataan dema sama dengan bahasa Bukit Nambua.
Driver Houseboat pun sama gak bahasa Bukit Nambua.
Eh, aku rasa macam balik kampung pulek!!
Gi kampung orang, mestilah kita bawak buah tangan.
En. Khai bawak jajan untuk anak orang asli.

Yang jauh itulah House Boat kamiorang. Agak jauh kan. Tu lah kena naik bot laju tu.
Dah sampai semua, dengar dulu taklimat daripada Tok Batin.
Pn. Rabiah Comel sedang agihkan jajan kepada anak2 orang asli.

Sempat lagi bergambar dengan kaum ibu2 di situ.

Sebahagian anak2 orang asli.

They with Pak Long The Pawang. Untuk pengetahuan, Pak Long sekeluarga beragama Islam tau.

Abaikan muka ku tanpa mekap itu yah!

SUB(K) menyampaikan sumbangan berupa makanan dan pakaian kepada Tok Batin Kaum Jahai di situ.
Pukul 7 malam, kami kembali ke House boat.
Apa yang dapat aku belajar dari kehidupan orang asli Kaum Jahai ni adalah
**Sifat bersyukur
**Bekerjasama
**Setiakawan
**Rajin

Eh, kalau nak huraikan perasaan aku, sampai ke sudah lah tak abes.
Malam tu, lepas makan dan rehat sat, ada indoor games dalam House Boat tu.
Tiberrr kena duk dalam kumpulan.
Aktivitinya adalah mendirikan 12 batang paku atas sebatang paku, eh!!
Walaupun kumpulan kuma paling last berjaya buat, akhirnya menjadi jugak.
Buat ja, try ja sampai jadi.
Lock dan lock kata Puan Baiti Jelita..hiks!
Program habis dalam pukul 11 macam tu lebih kurang.
Pelik betul sebab aku bleh tido dengan lenanya malam tersebut.
Menjadiiiii😂😂😂

20 Oktober 2018

Awal weh aku terjaga.
Pukul 4 pagi padahal alarm pukul 6 pagi.
Agak sejuk walaupun kipas tak dipasang.
Aircond memang tak dak la.
Pukul 6 pagi dema semayang Subuh jemaah.
Matahari Terbit. Ihsan daripada henpon Cik Fiza. Dan aku pun tak pasti sama ada picture ni hari Sabtu ka Ahad ka.
Lepas brekfes bihun goreng dan nasi goreng sedap hasil tangan Kak Chah si tukang masak tu, kami semua siap2 nak buat aktiviti Water Confident. Semua ready pakai life jacket masing2.
Aku pun sama lorrr.
Ini pengalaman pertama kali bagi aku.
Dan aku sangat tak konfiden kalau masuk dalam air.
Aku takut lemas sebab aku kan tak pandai berenang. Uhuk!
Tapi entah dari mana datangnya perasaan tu, aku terjun jugak.
Pengalamannya, aku lambat cikit timboi sebab kaki terlupa nak kayuh.
Panik bercampur gemuruh emang gitu jadinya.
Nasib baik pandai tahan nafas.
Aku sangat bernasib baik sebab tak tertelan air tasik sama ada melalui hidung atau mulut.
Alhamdulillah, aku berjaya weh!
Dan dema juga berjaya melawan dengan perasaan takut masing2.
Tahniah semua. Anda hebat!!

Ajom tengok gambo lerrr...

Time ne dah ada nebes dah!

Macam2 aksi baq hang bila dah di dalam tasik itu!

Acer buat formasi, pegang lengan kawan, kata Juruletih itu. Berjaya juge!

Hamboiii bukan main tersengih lagi termasuk Kak Teha kiter. Semua pakat syiok duk lam air.

Tu la, orang cakap, kalau tak cuba, kita tak tahu potensi diri kita. Dah cuba, beginilah rasanya!
Ada dalam sejam ke sejam setengah gitu berendam macam badak jumpa air.
Lepastu Juruletih dah panggil sebab dah nak gerak ke Sungai Kooi Waterfall.
Mujur awal jugak p ke sana, tak la bertembung dengan kumpulan lain.
Perjalananya agak sukar, tambah berbatu dan jalan agak licin.
Cerita ja tak jadi, kena tunjuk bukti, betul tak?
Ok, moh ler kita menengok gambo seterusnya!
Big Foot Tree

With cc Nor
Tenkiu Cik Tiya for the CUN pict of me😘

Welcome to Sungai Kooi, Royal Belum. Puan Natasha
Jom treking dan hiking! Abaikan muka ku sebesar talam ituh.

Pokok Besaq!

En. Rafi, Juruletih

Waaaa...dah sampai. Macam shower lam bilik ayaq oiii

Berjaya jugak ku sampai ke sana ha!!

Setel, nak kena balik dah.

With Puan Nursiah dan Cik Bibi

Tak aci la, kami di blakang tak ready pun. Uhuk!

Hat ni baru ready. Ambik kat FB BOA-Belum Outdoor Apatah- Adoiii tak igt nama.
Sudah mandi manda di Sg. Kooi, balik ke House Boat untuk makan tengah hari.
Walaupun duduk di Tasik Banding, yang tadak line telefon, apatah lagi line internet, tak ada pun istilah LAPAQ.
Menu yang Kak Chah masak sangat sedap dan ala kampung.
Betoi2 rasa macam balik kampung!

Lepas makan tengah hari, bertolak pula pi ke Sungai Papan.
Tapi bukan untuk mandi ye.
Seperti biasa kena naik bot laju juge!

Moh ler kita check it out!
Pengalaman nek bot laju emang best baq hang😍
Jauh gak ke Sungai Papan tu.
Hoyeah! Dah sampai
Di sini bukan nak mandi pun.
Cuma Juruletih nak tunjuk tempat segala haiwan berkumpul sambil jilat tempat bergaram mineral - eh, betul ke nih? Gitulah lebih kurang.
Setelah haiwan tu makan macam², kat sini la dema kemari untuk meneutralkan semula sel² badan dema. Ehehe!
Inilah dia lokasi tempat bergaram tu.

Sini wajib la kita bergambar sebagai bukti kita semua dah sampai sini😜
Setel di Sungai Papan, balik ke House Boat semula. Eh, ada minum petang pulek!!
Bahagia betoi laaaa!!
Sambil makan, sambil dengar dema berkaroke.

Sudah makan, Puan Rabiah tanya sapa nak mandi tasik.
Eh, aku nak!!!🙋🙋🙋
Yang pagi tadi aku tak puas duk lam tasik baq hang!!
Eh, dan dan tu jugak la Cik Bibi pun nak join.
Tudia baq hang!! Dia konfiden la terrrr😅
Ajom la kita tengok apa kejadian kuma mandi tasik pada petang hari😆
Ada rakit. 👇👇👇 Kronologi aku memanjat rakit. Hang apa tau! Kegigihan sangat. Dan kegigihan itu membawa kejayaan yang manis.
Orang special macam aku tak perlu kayuh la.😂😂
Tak lama pun berendam lam tasik.
Sebab dah nak malam.
Kang nak semayang la nak bbq lagi.

Malamnya, ada bbq.
Ada kambing juge, i like!
Tadak la gamba pulek!
Sebab ralit makan, takkan nak ambik pict tulang pule kan.

Jap nak cek ada tak gamba pada malam last tu.

Ohye! Lupa nak cerita.
Petang masa kuma mandi tasik, Puan D sempat pulak gi ambik En. Rahimi kat jeti Amanjaya nu.
Naik bot laju, cepat jaaaa sampai.
Helok kuma sudah berendam, dema pun sampai House Boat, eh!!

Malamnya bukan setakat BBq je.
Tapi ada juga amanat dari SUB(K).
Juga farewell untuk En. Rahimi.
Amboiiii special sungguh farewell atas House Boat, di Tasik Banding lak tuh!
Ha.... Ajom ler tengok gamba!
SUB(K) & SUB(BPH)
En. Shahrul & En. Rahimi
Acah² sweet gula² kapas lak!!
Oyeah!! Dinner Time!
Puan Syam suka tolong krew House Boat memasak😍


Selepas makan, dema berkaroke.
Dema ja. Aku tak la sebab aku mana reti karoke² neh.

Dekat pukul 12 jugak aku tido malam tu.
Dan tido aku memang lena sungguh.
Pelik kan! Barangkali aku sangat letih kot😂

21 Oktober 2018

Aku terjaga macam biasa kul 4 pagi jugak.
Tapi suasana gelap.
Tanpa lampu dan tanpa kipas.
Tapiiii sejuk!!
Generator dipasang agak lambat sehinggakan air nak mandi pun abes.
Aku gi mandi di House Boat sebelah😆😆
Mujur la geng lelaki cikit, kita yang perempuan ramai neh haruslah ambil peluang.

Hari ni kuma di beritahu akan dibawa ke Waterfall. Hoyeah!!
Disebabkan masa harini agak terhad sebab kena balik dahhhh!
Wey, aku rasa sedih nak tinggalkan Tasik Banding.

Heh, jomlah tengok gambar!!

Welcome to Sungai Ruok!
Sebelum mandi air terjun, dan lagi kuma gi cari bunga rafflesia. Jumpa! Tapi The Dying Rafflesia.
Inilah rupa Rafflesia. Gojes sangat ciptaan Allah ni.
Jalan treking penuh liku semata nak tengok Rafflesia.
Pada pendapat aku, rugi kalau aku tak gi tengok sebab aku dah sampai ke situ dah.
Selepas treking tengok Rafflesia, barulah mandi air terjun. Air terjun kalini tak sama macam semalam punya. Semalam punya macam shower, harini punya maciam batu baq hang! Adoiiiii, macam batu menghempap kepala😅
Sat ja ku duk di bawah waterfall tu. Sebabnya, badan aku rasa sakit..wakakak!! Kena timpa hujan batu, mau tak sakit😂😂
So, gambar aku tak banyak la depa ambik.
Tapi takpa, kita layan gambar memba aku pun boleh la dari tak ada😁
Bos² eksaited!
Macam² aksi dema deh!
Masa kuma buat macam ni awal², tadak pun dema ambik gamba😭😭


Kuma kembali ke House Boat dalam jam 12 macam tu.
Dan lagi ter!! Sementara tunggu House Boat lagi satu, kita bergambar sampai lebam sambil dengar dema karoke!

Hatiku maciam tertinggal di Tasik Banding💝

Sporting sangat geng ni.
Last day tak banyak sangat aktiviti dah.
Lepas makan tengah hari, kuma dikhabarkan kena pindah barang dari House Boat lagi satu kepada House Boat ni.

Sebabnya dema dah terima tempahan dari geng Tentera. Cuma nak cakap, kuma tak selesa bila mandi, berkemas secara tergesa gesa camtu.

Pihak House Boat pun dah minta maaf.
Nasibla hari last. Kehkeh😅

Gambar lepasni sekadar kenangan saja.
Aku letak jugak.











Beberapa ketoi kumbang😅

Saat paling ku jeles bila dema orang lelaki dah mandi dan berehat dan time tu kuma kena tunggu sampai ke House Boat lagi satu.

Huk aloh!! Termakan gula² kapas ka ne? Kenapa la sweeeet sangat? Kak Teha, selamat berkhidmat dengan bos barumu😘


Kuma yang gi cari bunga Rafflesia tu

Its time to say gudbye!

Rasanya setakat itulah saja perjalanan weekend kuma di Team Building paling best ever!

Bos kata best sebab tadak tekanan.
Tekanan tadak bila line telefon tadak.
Wey, muha leh hadam dak??

Akhir kata, thank you semua yang singgah sini.

Eh, sebelum tu, ramai² jom like Page FB BOA.

Belum Outdoor Adventures.

Setahun pun belum tentu boleh muv on ne.


Tahniah semua.
Terima kasih PIC program ne.
Terima kasih BOA melayan kerenah kami.
Semua yang p berpuas ati dan gumbira.
Kami berharap ada lagi aktiviti camne di masa akan datang.

Salam Ukhwah

With Love,
Siti Jamilah
BKew, JPM