Sunday, November 25, 2018

~Team Building @ Royal Belum, Grik, Perak~

Hehehe.. Punca!

The House Boat 
Hello, Assalamualaikum geng!

Sekian lama tak bersiaran kat sini kan?
Bukan apa, tak ada apa yang nak di"sharing"kan.
Kebetulan harini ada benda best yang nak kena share, sebab kalau tak share, nampak sangat yang aku ni pemalas orangnya. wakakaka! Walaupun itu adalah sebuah hakikat!

Team Building ni adalah pertama kali aku join sepanjang berkhidmat di Bahagian Kewangan, JPM.
Selepas 2 tahun berturut buat dinner hujung tahun, maka tahun ne, SUB(K) decided untuk buat aktiviti outdoor.

Dema pilih Royal Belum, Gerik, Perak.
Sebab pa aku join walaupun aku sebenarnya boleh bagi macam2 alasan untuk kata tak moh gi?
Aku apply kata2 mentor STG untuk melakukannya dan tolak semua alasan ke tepi.
Aku rasa alasan takkan bawak aku ke mana2.

19 Oktober 2018
*Bertolak dari JPM dalam pukul 8 pagi macam tu.
*Pukul 2.30 petang macam tu sampai di Hentian Royal Belum Amanjaya
*Dalam pukul 3.00 petang barulah House Boat bertolak ke Tasik Banding.
***Sambil tu boleh la makan tengah hari dan mulakan sesi bahagi kumpulan. Menu makan tengah hari tu Ikan Keli Goreng Belado, eh!! Sedapnyah!! Tapi takda la aku ambik picture. Pict kredit kat orang lain.

Alamak, pinggan dah licin! Menu : Ikan Keli Goreng Berlado dan Masak Lemak Pucuk Ubi
Model : Puan Rabiah Comel dan Kak Wati Kiut.

Planning awal nak gi perkampungan orang asli Kaum Jahai.
Kalau bernasib baik dan tak hujan kata Jurulatih - En.Rafi dan En. Helmi-
Dan Houseboat parking agak jauh gak, tak leh gi dekat sebab banyak tunggul kayu.
Nak gi ke perkampungan tu, kuma semua kena naik bot laju yang boleh memuatkan lebih kurang 10 ke 12 orang satu² masa.
Disebabkan Houseboat untuk orang perempuan belum sampai, maka bot laju ada 2 ketoi ja.
Terpaksa la dema buat 2 trip.

Jom tengok gambar kuma di perkampungan orang asli pulak.

Aku takut nak bagi nama kampung ni. Kampung Temengor kot, harap betoiiiii weh. Uhuk!
Perkampungan ini ada dalam 26 keluarga kot kalau tak silap.
Dema kata dema ada darah Afrika.
Rupa dema pun ada gak nak sama dengan orang Afrika.
Paling aku tak leh muv on, bahasa dema.
Ada beberapa perkataan dema sama dengan bahasa Bukit Nambua.
Driver Houseboat pun sama gak bahasa Bukit Nambua.
Eh, aku rasa macam balik kampung pulek!!
Gi kampung orang, mestilah kita bawak buah tangan.
En. Khai bawak jajan untuk anak orang asli.

Yang jauh itulah House Boat kamiorang. Agak jauh kan. Tu lah kena naik bot laju tu.
Dah sampai semua, dengar dulu taklimat daripada Tok Batin.
Pn. Rabiah Comel sedang agihkan jajan kepada anak2 orang asli.

Sempat lagi bergambar dengan kaum ibu2 di situ.

Sebahagian anak2 orang asli.

They with Pak Long The Pawang. Untuk pengetahuan, Pak Long sekeluarga beragama Islam tau.

Abaikan muka ku tanpa mekap itu yah!

SUB(K) menyampaikan sumbangan berupa makanan dan pakaian kepada Tok Batin Kaum Jahai di situ.
Pukul 7 malam, kami kembali ke House boat.
Apa yang dapat aku belajar dari kehidupan orang asli Kaum Jahai ni adalah
**Sifat bersyukur
**Bekerjasama
**Setiakawan
**Rajin

Eh, kalau nak huraikan perasaan aku, sampai ke sudah lah tak abes.
Malam tu, lepas makan dan rehat sat, ada indoor games dalam House Boat tu.
Tiberrr kena duk dalam kumpulan.
Aktivitinya adalah mendirikan 12 batang paku atas sebatang paku, eh!!
Walaupun kumpulan kuma paling last berjaya buat, akhirnya menjadi jugak.
Buat ja, try ja sampai jadi.
Lock dan lock kata Puan Baiti Jelita..hiks!
Program habis dalam pukul 11 macam tu lebih kurang.
Pelik betul sebab aku bleh tido dengan lenanya malam tersebut.
MenjadiiiiiπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

20 Oktober 2018

Awal weh aku terjaga.
Pukul 4 pagi padahal alarm pukul 6 pagi.
Agak sejuk walaupun kipas tak dipasang.
Aircond memang tak dak la.
Pukul 6 pagi dema semayang Subuh jemaah.
Matahari Terbit. Ihsan daripada henpon Cik Fiza. Dan aku pun tak pasti sama ada picture ni hari Sabtu ka Ahad ka.
Lepas brekfes bihun goreng dan nasi goreng sedap hasil tangan Kak Chah si tukang masak tu, kami semua siap2 nak buat aktiviti Water Confident. Semua ready pakai life jacket masing2.
Aku pun sama lorrr.
Ini pengalaman pertama kali bagi aku.
Dan aku sangat tak konfiden kalau masuk dalam air.
Aku takut lemas sebab aku kan tak pandai berenang. Uhuk!
Tapi entah dari mana datangnya perasaan tu, aku terjun jugak.
Pengalamannya, aku lambat cikit timboi sebab kaki terlupa nak kayuh.
Panik bercampur gemuruh emang gitu jadinya.
Nasib baik pandai tahan nafas.
Aku sangat bernasib baik sebab tak tertelan air tasik sama ada melalui hidung atau mulut.
Alhamdulillah, aku berjaya weh!
Dan dema juga berjaya melawan dengan perasaan takut masing2.
Tahniah semua. Anda hebat!!

Ajom tengok gambo lerrr...

Time ne dah ada nebes dah!

Macam2 aksi baq hang bila dah di dalam tasik itu!

Acer buat formasi, pegang lengan kawan, kata Juruletih itu. Berjaya juge!

Hamboiii bukan main tersengih lagi termasuk Kak Teha kiter. Semua pakat syiok duk lam air.

Tu la, orang cakap, kalau tak cuba, kita tak tahu potensi diri kita. Dah cuba, beginilah rasanya!
Ada dalam sejam ke sejam setengah gitu berendam macam badak jumpa air.
Lepastu Juruletih dah panggil sebab dah nak gerak ke Sungai Kooi Waterfall.
Mujur awal jugak p ke sana, tak la bertembung dengan kumpulan lain.
Perjalananya agak sukar, tambah berbatu dan jalan agak licin.
Cerita ja tak jadi, kena tunjuk bukti, betul tak?
Ok, moh ler kita menengok gambo seterusnya!
Big Foot Tree

With cc Nor
Tenkiu Cik Tiya for the CUN pict of me😘

Welcome to Sungai Kooi, Royal Belum. Puan Natasha
Jom treking dan hiking! Abaikan muka ku sebesar talam ituh.

Pokok Besaq!

En. Rafi, Juruletih

Waaaa...dah sampai. Macam shower lam bilik ayaq oiii

Berjaya jugak ku sampai ke sana ha!!

Setel, nak kena balik dah.

With Puan Nursiah dan Cik Bibi

Tak aci la, kami di blakang tak ready pun. Uhuk!

Hat ni baru ready. Ambik kat FB BOA-Belum Outdoor Apatah- Adoiii tak igt nama.
Sudah mandi manda di Sg. Kooi, balik ke House Boat untuk makan tengah hari.
Walaupun duduk di Tasik Banding, yang tadak line telefon, apatah lagi line internet, tak ada pun istilah LAPAQ.
Menu yang Kak Chah masak sangat sedap dan ala kampung.
Betoi2 rasa macam balik kampung!

Lepas makan tengah hari, bertolak pula pi ke Sungai Papan.
Tapi bukan untuk mandi ye.
Seperti biasa kena naik bot laju juge!

Moh ler kita check it out!
Pengalaman nek bot laju emang best baq hang😍
Jauh gak ke Sungai Papan tu.
Hoyeah! Dah sampai
Di sini bukan nak mandi pun.
Cuma Juruletih nak tunjuk tempat segala haiwan berkumpul sambil jilat tempat bergaram mineral - eh, betul ke nih? Gitulah lebih kurang.
Setelah haiwan tu makan macam², kat sini la dema kemari untuk meneutralkan semula sel² badan dema. Ehehe!
Inilah dia lokasi tempat bergaram tu.

Sini wajib la kita bergambar sebagai bukti kita semua dah sampai sini😜
Setel di Sungai Papan, balik ke House Boat semula. Eh, ada minum petang pulek!!
Bahagia betoi laaaa!!
Sambil makan, sambil dengar dema berkaroke.

Sudah makan, Puan Rabiah tanya sapa nak mandi tasik.
Eh, aku nak!!!πŸ™‹πŸ™‹πŸ™‹
Yang pagi tadi aku tak puas duk lam tasik baq hang!!
Eh, dan dan tu jugak la Cik Bibi pun nak join.
Tudia baq hang!! Dia konfiden la terrrrπŸ˜…
Ajom la kita tengok apa kejadian kuma mandi tasik pada petang hariπŸ˜†
Ada rakit. πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡ Kronologi aku memanjat rakit. Hang apa tau! Kegigihan sangat. Dan kegigihan itu membawa kejayaan yang manis.
Orang special macam aku tak perlu kayuh la.πŸ˜‚πŸ˜‚
Tak lama pun berendam lam tasik.
Sebab dah nak malam.
Kang nak semayang la nak bbq lagi.

Malamnya, ada bbq.
Ada kambing juge, i like!
Tadak la gamba pulek!
Sebab ralit makan, takkan nak ambik pict tulang pule kan.

Jap nak cek ada tak gamba pada malam last tu.

Ohye! Lupa nak cerita.
Petang masa kuma mandi tasik, Puan D sempat pulak gi ambik En. Rahimi kat jeti Amanjaya nu.
Naik bot laju, cepat jaaaa sampai.
Helok kuma sudah berendam, dema pun sampai House Boat, eh!!

Malamnya bukan setakat BBq je.
Tapi ada juga amanat dari SUB(K).
Juga farewell untuk En. Rahimi.
Amboiiii special sungguh farewell atas House Boat, di Tasik Banding lak tuh!
Ha.... Ajom ler tengok gamba!
SUB(K) & SUB(BPH)
En. Shahrul & En. Rahimi
Acah² sweet gula² kapas lak!!
Oyeah!! Dinner Time!
Puan Syam suka tolong krew House Boat memasak😍


Selepas makan, dema berkaroke.
Dema ja. Aku tak la sebab aku mana reti karoke² neh.

Dekat pukul 12 jugak aku tido malam tu.
Dan tido aku memang lena sungguh.
Pelik kan! Barangkali aku sangat letih kotπŸ˜‚

21 Oktober 2018

Aku terjaga macam biasa kul 4 pagi jugak.
Tapi suasana gelap.
Tanpa lampu dan tanpa kipas.
Tapiiii sejuk!!
Generator dipasang agak lambat sehinggakan air nak mandi pun abes.
Aku gi mandi di House Boat sebelahπŸ˜†πŸ˜†
Mujur la geng lelaki cikit, kita yang perempuan ramai neh haruslah ambil peluang.

Hari ni kuma di beritahu akan dibawa ke Waterfall. Hoyeah!!
Disebabkan masa harini agak terhad sebab kena balik dahhhh!
Wey, aku rasa sedih nak tinggalkan Tasik Banding.

Heh, jomlah tengok gambar!!

Welcome to Sungai Ruok!
Sebelum mandi air terjun, dan lagi kuma gi cari bunga rafflesia. Jumpa! Tapi The Dying Rafflesia.
Inilah rupa Rafflesia. Gojes sangat ciptaan Allah ni.
Jalan treking penuh liku semata nak tengok Rafflesia.
Pada pendapat aku, rugi kalau aku tak gi tengok sebab aku dah sampai ke situ dah.
Selepas treking tengok Rafflesia, barulah mandi air terjun. Air terjun kalini tak sama macam semalam punya. Semalam punya macam shower, harini punya maciam batu baq hang! Adoiiiii, macam batu menghempap kepalaπŸ˜…
Sat ja ku duk di bawah waterfall tu. Sebabnya, badan aku rasa sakit..wakakak!! Kena timpa hujan batu, mau tak sakitπŸ˜‚πŸ˜‚
So, gambar aku tak banyak la depa ambik.
Tapi takpa, kita layan gambar memba aku pun boleh la dari tak ada😁
Bos² eksaited!
Macam² aksi dema deh!
Masa kuma buat macam ni awal², tadak pun dema ambik gamba😭😭


Kuma kembali ke House Boat dalam jam 12 macam tu.
Dan lagi ter!! Sementara tunggu House Boat lagi satu, kita bergambar sampai lebam sambil dengar dema karoke!

Hatiku maciam tertinggal di Tasik BandingπŸ’

Sporting sangat geng ni.
Last day tak banyak sangat aktiviti dah.
Lepas makan tengah hari, kuma dikhabarkan kena pindah barang dari House Boat lagi satu kepada House Boat ni.

Sebabnya dema dah terima tempahan dari geng Tentera. Cuma nak cakap, kuma tak selesa bila mandi, berkemas secara tergesa gesa camtu.

Pihak House Boat pun dah minta maaf.
Nasibla hari last. KehkehπŸ˜…

Gambar lepasni sekadar kenangan saja.
Aku letak jugak.











Beberapa ketoi kumbangπŸ˜…

Saat paling ku jeles bila dema orang lelaki dah mandi dan berehat dan time tu kuma kena tunggu sampai ke House Boat lagi satu.

Huk aloh!! Termakan gula² kapas ka ne? Kenapa la sweeeet sangat? Kak Teha, selamat berkhidmat dengan bos barumu😘


Kuma yang gi cari bunga Rafflesia tu

Its time to say gudbye!

Rasanya setakat itulah saja perjalanan weekend kuma di Team Building paling best ever!

Bos kata best sebab tadak tekanan.
Tekanan tadak bila line telefon tadak.
Wey, muha leh hadam dak??

Akhir kata, thank you semua yang singgah sini.

Eh, sebelum tu, ramai² jom like Page FB BOA.

Belum Outdoor Adventures.

Setahun pun belum tentu boleh muv on ne.


Tahniah semua.
Terima kasih PIC program ne.
Terima kasih BOA melayan kerenah kami.
Semua yang p berpuas ati dan gumbira.
Kami berharap ada lagi aktiviti camne di masa akan datang.

Salam Ukhwah

With Love,
Siti Jamilah
BKew, JPM