Tuesday, May 7, 2019

~Boleh ke Lelaki dan Perempuan bersahabat baik?~

Assalamualaikum dan salam Ramadan 1440 H

Isu ni berdasarkan pengalaman aku la.
Aku ada jugak kawan baik, tapi dia lelaki.
Aku kenal dia sejak di Polimas.
Sampai lani pun masih berhubung.
Cuma tak kerap la.
Sebab masing - masing dah berumahtangga.

Pada pendapat aku, lelaki dan perempuan tak boleh jadi BFF.
Sebab salah sorangnya akan tersasar dari landasan.
Aku lah salah sorangnya.

Kalau kawan baik hang tu baik, sweet, prihatin, penyayang, hang rasa buleh ka sorang perempuan tu tak tersentuh? Itulah tu, aku coba elak tau masa tu tapi apakan daya, hati dan perasaan mana buleh kita kontrol. Time remaja kan, nak la ada yang disayangi dan menyayangi kononnya. Nampak ngat tak matang kat situ.

Paling tak best, bila dia reject hang.
Aku tak thu gak apa la perasaan dia yang sebenar ke aku - the very kampung girl.
Nak kata dia tak sayang aku, wey, dia sangat prihatin.
Tu la aku cakap, perempuan ni lemah bila dicurahkan perhatian dan kasih sayang.

Walaupun kena reject, aku dengan dia steady ja berkawan.
Sampai la aku abis belajar, dah konvo, aku jauhkan diri, tak contact langsung.
Walaupun aku tak pernah tukar no fon, dia pun tak pernah call.
Aku nak call?
Memang tak la.
Aku kena reject kan.
Dan aku takkan sekali kali call dia..haha ~ Ni orang panggil EGO..kuikui

Tu bukan sebab aku kecik ati ke apa.
Tapi aku rasa rendah diri sebab aku belum dapat kerja.
Tak lama lepastu, mak aku pula meninggal, so aku anggap tak perlu la nak berkawan dan sayang sangat, kang orang tu meninggal macam mak aku.
Serius, aku tak pernah sayang sesiapa dah (selain family la) ~ Nampak tak tahap pemikiran aku cemana time tu?

Entahlah cemana, tetiba dia contact aku balik.
Aku layan jurr la.
Time tu juga aku tengah hadap sakit kulit.
Tapi aku tak bagitahu dia pun, buat apa kan.
Dia rajin call, tapi dalam masa yang sama dia always cakap dia dah ada awek dah.
Time tu, aku tahu la dia sengaja tak mau sejarah mungkin berulang.

Sayangnya, aku hanya anggap dia sebagai kawan baik dah time tu.
Hati aku betul dah tertutup untuk lelaki.
Yang aku tahu, aku cuma nak teruskan hidup.
Aku dah tak peduli pasal orang lain.

Aku rasa, hati aku jadi macam keras dan dah taknak fikir apa orang cakap, apa orang fikir ni sejak mak aku meninggal kot. Aku betul tak ada apa-apa perasaan dah kat sesiapa pun.

Dan satu hari, dia cakap dia nak bertunang.
Ya Allah, aku macam tak percaya!!
Betoi ka?
Macam mana ni?
Aku akan hilang kawan ka?
Tunang dia ok ka kalau tahu dia ada kawan baik perempuan?

Ni penyakit lelaki yang aku tak berkenan.
Dah bertunang tu, takpayah la nak call perempuan lain walaupun perempuan tu kawan baik hang.
Dah la macam tu, tanpa pengetahuan tunang hang lak tuh.
Aku time tu memang sengaja mengingatkan dia bila dia call.

"Tunang hang sihat dak?"
"Awat hang tak call tunang hang?"

Aku pulak duk menyibuk jaga hati tunang dia, ehhhhhhh!!
Hati aku ni takpa dah, tak perlu dijaga sebab Allah tulung jaga ~ konfiden kan..huhu

Lepastu dia bagi kad undangan perkahwinan.
Aku rasa nak pi majlis dia tapi aku tak kuat nak tengok kawan baik bersanding,
Aku rasa tak perlu la gi.
Lagipun aku sayang duit simpanan aku, dan aku tak konfiden nak gi sejauh tu di Putrajaya.
Dan aku tak pi pun, ianya berlalu begitu sahaja.

Walaupun dia dah kawin, dia masih juga call aku.
Tanpa pengetahuan isteri dia.
Aku takut sebenarnya walaupun aku hanya anggap dia sebagai kawan baik, tapi hati isteri ni mana ada orang tau.
Aku cuba elak dari jawab call dia.
Walaupun dia call hanya untuk bertanya khabar.
Apa, dia ingat aku kesunyian ka?

2011 aku dah habis rawatan sakit kulit dan aku rasa aku nak bekerja.
Dia cadang aku isi ja SPA.
Kawan baik bagi cadangan, aku ikut jurr la.

Wey, alhamdulillah taksangka dipanggil temuduga!
Aku tak hingat dah sama ada aku ada bagitau dia ka dak bab ni.
Rasa macam dak. Hahah..

Sampaikan hari aku dapat posting ke Kapit tu barulah aku bagitau dia yang aku dapat kerja jauh.
Tu pun sebab dia SMS.
Kalau dia tak SMS, tak jugak aku galak nak bagitau dia.
Dia berkecil hati juga dengan aku.
Ah, lantak la!! Ko ada isteri nak tulung pujuk, hak gituh!

Masa cuti raya 2012, aku gi Putrajaya sebab dia tolong belikan aku laptop.
Ok, setelah 6 tahun baru aku bertemu semula dengan dia.
Mestilah isteri dia ada sekali. 
Masa tu, isteri dia sedang sarat mengandungkan anak sulung dema.
Alhamdulillah rezeki dema.

Mungkin Allah nak ajar aku lagi.
Laptop yang dia beli tu kena curi.
Allahu, aku rasa Allah warning tu sebab melayan suami orang walaupun dia kawan baik aku.

Aku banyak bermuhasabah.
Aku kadang tu sengaja tak jawab call dia.
Bukan sebab apa, aku ingin menjaga batas pergaulan.
Sebab dia dah ada isteri yang perlukan perhatian dia.
Aku tak perlukan perhatian dia pun.
Cukuplah dia doakan aku.
Ini selalu aku sebut dalam doa.

Lama kelamaan panggilan yang dulunya setiap hari, jadi selang sehari,selang seminggu dan lama - lama sekali dia bertanya khabar, tu pun aku debarrrr jugak nak jawab.
Aku takut giler.
Aku bertambah takut bila dia cakap isteri dia dapat tahu dia selalu call aku.
Pecah lagi rahsia dia bila dia masih simpan surat chenta aku.
Aku terus PM isteri dia cakap surat tu adalah bukti ketidakmatangan aku waktu tu.
Dan aku minta maaf.
Lega isteri dia maafkan aku tapi tak maafkan suami dia.
Alamak, acaner aku nak selamatkan rumahtangga dema?
Tiberrrr aku terjebak dalam krisis rumahtangga dema.
Aku yang mendoakan kebahagiaan dema ni rasa sedih, terkilan dan rasa Ya Allah, besarnya dosa aku melayan suami orang walaupun suami orang tu kawan baik sendiri.

Sejak dema pulih dari krisis tu, kawan baik aku tu dah jarang dah call aku.
Tu pun dia minta maaf awal - awal.
La... Rupanya dia takut aku kesunyian di Kapit tu.
Tu la sebab dia coba hiburkan aku.
Tanpa sedar dia mengguriskan perasaan isteri dia.

Dia : Lepasni aku dah tak boleh call hang selalu tau
Aku : Apasal wey? - padahal dalam hati aku rasa best gila
Dia : Mungkin aku akan sibuk dengan bini dan anak
Aku : Oraitt - Tapi aku tak la jerit dengan heksaited walaupun aku sebenarnya tersenyum selebar lebarnya time tu.

Sejak tu la aku rasa happy gila.
Mungkin sebab aku mendoakan kebahagiaan dan kegumbiraan kawan baik aku, dan aku pun rasa happy? Hahah.. Tak tahulah!!

Aku teruskan kehidupan macam biasa jurr la.
Cuba sehabis baik untuk aku dan adik - adik.

Alhamdulillah, sebaik aku setel sekolahkan adik aku dan dia berjaya genggam Diploma, dan aku berjaya setelkan PTPTN, aku dapat jodoh dengan husband aku sekarang.

Paling aku tak sangka, kawan baik aku datang Kedah masa kenduri aku.
Dia bawak famili dia termasuk mak dan adik dia sekali.

Aku tahu jauh di sudut hati dia, dia insan paling bersyukur bila aku menamatkan zaman bujang.
Risau sangat aku tak kawin kan.

Aku insan paling bersyukur bila husband aku terima semua kawan - kawan aku sama ada kawan lelaki atau kawan perempuan. Dan lebih bersyukur bila kawan - kawan aku juga terima husband aku seadanya dia.

So, tu jer la nak cerita bab kawan baik antara lelaki dan perempuan ni.
Tu pun sebab pagi tadi aku dengar kat Radio.
Terpanggil pulak nak mencurah kat sini.

Pesan aku lah : Kalau hang berkawan baik berlainan jantina dan kawan baik hang dah kawin, takyah la call di luar pengetahuan pasangan hang. Tak baik tau buat camtu.

Hormati pasangan anda.

Till Then,



      J
Putrajaya
2019