Salam Syawal.
Semua orang tahu dan semua orang terkesan dengan apa yang melanda dunia ketika ini.
Dan Malaysia melakukan Lock-Down bermula 18 Mac 2020.
Ya, agak lewat berbanding negara2 besar yang lain.
Kita semua tidak menjangkakan Pandemic Cov-19 akan melanda seluruh dunia ekoran berpunca dari Wuhan, China.
Malaysia mencatat lebih 8000 kes dengan 121 kes menyebabkan kematian sehingga hari ini -21/06/20.
Alhamdulillah, Malaysia bukanlah negara asia tenggara yang mencatat angka tertinggi kes pada masa sekarang walaupun pernah mendahului carta seawal Lock-Down 3 bulan lepas.
Semuanya kerana ditangani sangat baik oleh frontliners yang terlibat. Tahniah Frontliners.
Dengan #WeAtWorkForYou #YouStayAtHomeForUs inilah, semua warganegara komited memberikan kerjasama baik. Masing2 alert dengan setiap kejadian dan kes. Jika ada yang ingkar, ramai2 kecam, termasuklah KakJem juga. Ehehe🤣🤣🤣
Geram kot.
Ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan seumpama mendedahkan diri dengan risiko jangkitan Cov-19 nilah. Sedangkan Frontliners siang malam bertungkus lumus bekerja, kita yang belakang tabir ni awat susah nau nak dengar arahan?
Arahan Perdana Menteri is very simple.
"DUDUK RUMAH" Ya Allah, tu pun susah sangat nak buat.
Then, KakJem pun terfikirlah.
"Sedangkan perintah Allah pun selalu diingkari, inikan pula perintah manusia" Hrmmm
So, berbalik kepada sambutan Aidilfitri di musim Cov-19, secara jujurnya, KakJem TAK PERGI BERAYA PUN. Tapi kami tetap ada gambar raya. RAYA TETAP RAYA. Untuk meraikan kejayaan kita berpuasa selama sebulan.
Jumaat 22 Mei 2020 - Photoshoot di ofis. Kebetulan giliran KakJem masuk ofis juga haritu.
Jom tengok gambar kat bawah.
Puan Rab dan Cik Fiza |
KakJem.TQ Puan Rab ambikkan gamba ni. |
Cik Fiza, Ceqah, Puan Rab, Puan Irina, Huda dan Syiqin |
Beberapa kerat geng yang datang ofis haritu. |
SUBK dan TSUBK serta Puan Rab |
Beralih ke tangga pula. |
Beralih ke lobi pula. |
Gituuuuu |
Beralih ke lobi pulak gais |
Still di lobi ya. |
Berbulu aku tengok gambar ni. Beria panggil kot la depa zoom gambaq aku kat tengah alam tu pakai teknik bokeh ka. Rupanya alahai ciput ja aku peace kat situ. Sabar ja laaaa |
Alhamdulillah selesai sesi bergambar di pejabat.
Alhamdulillah ramai juga yang hadir pada haritu memberikan kerjasama baik. Terima kasih gais.
Ya kan, sebagai kenangan kita berAidilfitri di musim wabak.
Seterusnya pada Aidilfitri 1,semestinya kami sekeluarga ada mengambil gambar juga sebagai kenang kenangan walaupun pakai baju raya sejam dua sahaja, apa salahnya kan.
Jom cekidaut.
Raya pertama tu, mak mertua masak Nasi Dagang Terengganu dan Laksam.
Kebetulan ada orang tempah, jadi buatlah untuk makan kat rumah sekali.
Laksam Ganu Version |
With BamBad |
The Razik'S |
Girlssss |
TheMother with her boys |
Family |
Setakat tu jer la apa adanya Aifilfitri kalini.
Lama gila aku draf, baru harini aku publish.
Terima kasih gais sudi melayari blog aku nih.
Kadang rajin aku tulis la.
Kadang malas, tengok pun belum tentu tau.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
Love,
KakJem
21 Jun 2020