Tuesday, February 1, 2022

~Cozuma Series~

Assalamualaikum dan Happy Chinese New Year geng.

Aku nak share ni. Kosmetik apa yang aku pakai sejak 2 menjak ni. Ramai dah tahu kan aku ni pengedar sah Sahajidah Hai O Marketing via #ProjekSTG. Bukan team yang dulu² paksa² orang buat loan sampai rm20K semata mata nak kejar pangkat. Tak!!! Aku bermula dengan RM50 masa tu - tahun 2017. Lani kalau nak daftar ahli cuma RM47 saja gais. Tak perlu pegang² barang pun boleh naik pangkat. Buat cepat, laju la naik pangkat. Orang kejar pangkat sebab boleh naik bonus. Tu jer. Plan pemasaran syarikat macam tu, cuma ada orang salah guna plan, tu yang jadi isu masa tahun 2010 dulu tu. Time tu aku tak tahu pun kewujudan biz ni. Aku cuma thu #ProjekSTG ja.

Berbalik kepada tujuan asal posting ni.
Mula² aku tukar lipstik dulu. Bibir aku cepat kering dan menggelupas. Bukan tu ja, lengkap dengan berdarah sekali. Normally aku memang sejenis yang tak mau pakai lipstik. Sebab kadang² sebab lipstik jugak bibir jadi camtu.

Then aku pakai Cozuma Lipstik code Lolly Pink. Comel pulak aku rasa time tu sebab bibir jadi kaler oren² pink sikit. Tu percubaan sebab aku takut cuba lipstik ni. Tapi effect kat bibir jadi elok lembab dan matte, bibir terus tak kering dan menggelupas, aku terus jadi pengguna setia Cozuma Lipstik.

 Lipstik Lolly Pink

Tapi sedihnya ada sesetengah lipstik Cozuma ni dihentikan pengeluaran. Sebab SHOM keluarkan lipstik yang lagi best dengan 5 pilihan kaler. 

Kaler lipstik luxe ni memang cantik. Lagi melembabkan dari lipstik Cozuma yang sebelum ni.

Gambar aku pakai Cozuma CC Cream dan Lipstik Luxe Cozuma kod Pink Crush

Sebelum Cozuma luxe ni, SHOM produce lipcream dulu. Aku kalau lipmatte ni memang tak pakai ler. Sebab cepat kering kat bibir pastu jadi merekah terus tak helok. Sakit hati gila. Sebelum SHoM ada Lipcream Cozuma ni, aku dah try banyak brand lain. Termasuk lah Charms, Huda Beauty dan Obsess. Cukuplah 3 jenis dan aku taubat tak mau dah pakai lipmatte. Sebab bibir aku tak ngam. Masalahnya orang lain pakai jadi helok ja bibir deme. Aku pakai terus rosak bibir aku ni.

Lipcream Cozuma

Gambar aku pakai Cozuma CC Cream dan Cozuma Lipcream Oh Darling!

Betapa gumbiranya aku rasa sebab bibir aku tak gelupas, tak kering bila pakai Cozuma Lipcream ni. Aku rasa nak teriyak pun ada tau sebab its beyond my expectation. Bukan sebab aku pengedar sah, jadi aku nak puji produk ni. Tak.... Aku pakai dulu, aku puas hati baru aku berani cerita kat kawan².

Kulit muka pulak aku pakai Cozuma CC Cream. Sebab aku kalau krim² ni susah sikit nak pakai. Dulu aku suka bethol pakai Foundation Charms. Cuma satu jelah, bab kena cuci muka tu aku tak berapa berkenan. So, aku beralih la pakai Cozuma CC Cream ni pulak. Dari segi kandungan, tentulah FREE Chemical. Part paling best cuci guna air pun boleh kalau pakai nipis². Selalunya aku cuci muka guna Sabun Hijau Marine Essence ataupun PB Feminine Wash. Semua keluaran SHOM. Aku kena pakai dulu baru share manfaat dengan kawan².




Hasil pakai Cozuma CC Cream, kulit jadi sekata elok. Cela² semua tertutup.

Kawan² kalau nak juga pakai Cozuma Series ni, boleh klik link kat bawah ni. Beli dekat link, boleh dapat diskaun dan postage juga lebih murah.


Masa nak check out tu, jangan lupa letak voucher code D750437 untuk menikmati 10% diskaun.

Dekat link ada skincare jugak tau. Terbaik untuk kulit juga. Lain hari KakJem cerita na.

Terima kasih baca. Jangan lupa beli tau.


Cozuma Lover,

KakJem
Shah Alam

Monday, January 17, 2022

~Minda Sebagai Magnet~

 Assalamualaikum, salam sejahtera gais.


Aku nak cerita pasal minda, apa yang kita selalu fikir. Sejak join #ProjekSTG, jujur aku banyak belajar macam mana nak kawal minda. Kadang² kita tak perasan yang kita sebenarnya dah salah guna minda kita. Kita terlalu banyak fikir apa orang lain kata pada kita. Kita selalu lupa nak fikir, apa yang Allah nak dari kita. Mengaku jer lah, aku pun tak terkecuali baq hang.

Throwback 2007-2009, tahun² di mana aku rasa macam aku tak perlu teruskan hidup sebab mak pak dah tinggalkan aku. Dah la time tu aku menderita lagi sakit kulit. Aku mendapatkan rawatan dengan pakar di HSB. Setiap bulan pergi jumpa doktor pakar, rasa² nya best ke?

2 tahun aku macam tak bleh terima ujian tu. Mujurlah 2010 aku tersedar dari lamunan. Walaupun sebelum tu, aku memang baca Al-Qur'an tapi kenapa aku rasa Allah benci aku? Bukan setakat tu, aku rasa semua orang benci aku. Aku terperap dalam rumah. Keluar pi hospital je. Aku tak bermasyarakat. Aku takut dengan pandangan orang pada aku. Hakikatnya ramai betul yang ambil berat pasal aku.

2010 tu aku tekad nak berubah. Tak nak dah fikir apa orang kata. Aku keluar dari kepompong. Ada temuduga kerja, aku pi walaupun tak dapat. Last² aku kerja sat dekat Cyber Centre kat PS. 6 bulan jugak kot aku kerja situ. Alhmdulillah dapat la duit poket RM350 sebulan. Terima kasih Kak Midah bagi peluang.

Aku bermasyarakat macam biasa walaupun time tu kulit aku hangus 100%. Doktor kata, temporary effect sebab aku makan ubat tahan sakit kulit tu. Nanti after 3 years kulit normal balik. Aku percaya cakap doktor tu. Aku makan ubat setiap hari 8 bijik. Rela asalkan kulit tak sakit walaupun kulit dah gelap gelemat dah.

Jujur, susah giler nak positif kan diri. Ramai kata aku strong girl. Depa tak thu apa aku lalui selama ni, macam mana nak bangkit after tersungkur. 2010 - 2012 adalah time di mana aku bangkit teruskan kehidupan. Saat ramai rakan sebaya aku dah berada di puncak kerjaya masing², aku pulak baru nak menapak cari posisi.

Masa tu, aku cuma kata nak ubah hidup. Aku tak kisah Allah plan macam mana untuk aku, aku terima dengan hati terbuka. Sebab aku dah thu plan Allah adalah yang terbaik untuk aku. Allah plan untuk aku gi kerja di Kapit, Sarawak. Hikmahnya , aku dapat kulit aku balik. Walaupun berhabis jugala duit beli supplemen. Kalau tak gi Kapit, mampu ke aku nak beli supplemen? Gaji di Kapit tinggi sikit la, alhamdulillah untuk pengalaman itu. Dapat kerja pun aku bersyukur lompat biñtang walaupun dapat kat Kapit. Tu semua Allah yang bagi. Aku cuma kata "Dapat kerja kat Kapit pun takpa" dan baiknya Allah, Dia bagi sungguh aku gi Kapit...heheh

Sebenarnya Allah bagi semua mengikut sangkaan kita. Kita rasa kerja yang kita buat mendatangkan stres, inshaaAllah stres la jadinya. Kalau kita happy buat kerja, kita rasa mudah, then jadi mudah lah kerja kita. Paling penting, kita mesti memudahkan urusan orang lain kalau depa minta tolong. Jangan sesekali fikir nak marah, geram ke apa. Tak susah pun kan mudahkan urusan orang lain. InshaaAllah, orang pun senang dengan kita, Allah pun sayang kita.

Berbanding kita suka merungut, asyik duk kata stres. Apa yang kita dapat? Dapat stres la sebab asyik duk fikir stres je. Buat lah apa² kerja pun dengan niat nak setelkan urusan kita dan urusan orang lain. Bukan hanya fikir nakkan pujian dari atasan atau bawahan. Orang lain pun stres, bezanya takda la mention STRESNYA SAYA HARINI begini.

Aku kalau stres, sepanjang hari tu aku diam je. Nak² musim kena tanggūng kerja ni. Banyak betui nak di usik. Pegang TBS, duk ingat bajet tak setel. Dah pegang bajet, kena lulus LO pulak. Tak cukup lagi, kena peraku baucar. Tak puas lagi, peraku FN. Tak setel FN, dah kena cek gpis pulak walaupun aku takdak peranan nak buka laporan kat gpis tu. Mana kerja yang setel pun tak tahu la. Tapi aku redho je la. Sebab aku dibayar untuk buat kerja tu. Sebab tu la aku buat dengan happy ja. Susun kerja mana yang patut didahulukan dan dikemudiankan, InshaaAllah Allah tolong releaskan tension kita. Buat la selo² nati koi setel la tu.

Part minda jadi magnet tu camana?

1-Fikir yang baik, yang datang pun baik² belaka.

2-Fikir nak mudahkan urusan orang, inshaaAllah nanti urusan kita dipermudahkan.

3-Fikir sesuatu perkara didatangkan bersama hikmah, kita je yang tak nampak.

4-Selalu bersangka baik dengan Allah, dengan plan Allah

5-Selalu bersangka baik dengan manusia.

Entah lah, aku pun tak pasti. Tapi dengan berfikir yang baik² ni sebenarnya boleh menenangkan diri sendiri walaupun tak ramai faham kita ni macam mana. Apa pun, jangan terlalu mendabik dada kalau dah kerja gaji tinggi. Buat baik jangan terlalu riak, takut jadi tak ikhlas pulak. Sebab ikhlas ni sesuatu yang tak nampak.

Kawal minda tu. Segalanya ada di dalam minda. Kalau rajin, pi la cari kat Goole Play -Law Of Attraction- banyak boleh belajar situ. Minda ni perlukan suapan rohani. Solat jangan tinggal. Mengaji jangan tinggal. Sentiasa bersangka baik. Sentiasa berbuat baik. Harapkan lah pahala, bukan pujian.

Rasanya takat tu dulu. Aku tak leh bagi banyak input sebab aku bukan motivator. Benda ada kat Google Play, pi cari dan baca dan amal.

Semoga kita akan datang lebih baik dari kita harini.

Sekian,


Jem- Shah Alam