|
19.09.2024 - Geng ragbi ka geng lebah...hahah |
Assalamualaikum dan salam sejahtera gaissss.
BKew Peeps baru lepas bengkel kat Taman Negara last week. Kemaen syiok masing2 tinggalkan kerja ofis ehhh. Kali ni ramai penyertaan. Lebih dari separuh warga BKew. Penuh la basnya. Kereta pun 2 bijik untuk team urusetia. Barulah bersemangat team Puan Rabiah buat kertas kerja..heheh
Kalini, aku sebilik dengan Kak Miha, Amanina dan Hasanah. Biliknya atas bukit gitu. Gigih la aku heret beg naik tangga. Padahal ada je jalan tak bertangga, cuma jauh sikit.
Kenapa aku update time ni? Haaaaaa, sementara masih ingat ni, aku update terus. Kang banyak hari, mula hilang ingatan. Koi tua dah. Dah la malam tadi tercabut rambut uban 2 urat....Hahahahah
Bengkel 2024 agak menarik untuk dikenang. Jap aku bagi tentatif ikut tarikhnya ye.
19.09.2024
Bertolak dari ofis. Perjalanan dia mashaaAllah, kerap ya aku tekan brek....Hahahah
|
Dalam bas. Mana ntah gambar lain.
|
|
Antara pemandangan sepanjang perjalanan |
|
Gerbangnya ke Asia Camp. |
Sampai kat Resort dalam jam 1.00 petang camtu. Sampai tu terus check in bilik. Terus komplen juga sebab tekanan air selo. Mandi pun tak puas. Demi kesejahteraan kulit ku, aku mandi la time tu. Terus Jamak Taqdim sebelum urusetia panggil pi dewan.
|
Kat sini la dewannya. |
Petang ni, ada aktiviti. Jap ehhh, aku tak berapa nak ingat. Owh.... dapat ketas A4 sorang sekeping, pensil seputung. Lipat dalam 2 sentimeter pastu koyak. tulis nama sendiri. Pastu konsultan kutip kertasnya. Pastu cabut la kertas tu. Masing2 dapat nama kawan2. Lepastu dikehendaki tulis 2 perkara baik tentang pemilik nama di kertas yang kita dapat tu serta 1 perkara yang patut diperbaiki.
Kat sini, aku tak nak cerita nama siapa aku dapat. Tapi aku nak cerita apa yang orang pandang tentang aku. Sebenarnya jujur aku lupa setengah. Tapi boleh dicuba la ye.
1. Baik, peramah ( Ye ke?)
2. Rajin kemas pantry (Pun tak juga sebenarnya)
Yang kena baiki tu : Kena touch up sikit. Yang ni aku tak faham. Touch up dari segi apa? Pakaian? Mekap? Or perangai? Selalunya bila touch up, mestilah semua orang akan ingat MUKA, betui dak?
Hrmmm, takpa2, nanti aku mekap tebai sikit pi opis. Aku bukan tak ada benda mekap tu. Tapi kulit muka aku ni kalau mekap2 lebih 3 jam jadi rasa tak selesa. Mungkin sebab kulit yg sensetif tu kot. Jenuh aihhhh. Apapun tima kaceh la komen tu...heheh
Hari pertama jam 3 - 5 petang tu syok lah game dia. Mula2 nak warm up tu agak slow sikit. Tapi lama2 jadi enjoy. Ada game pilih2 nombor. Lepastu based on number yang kita pilih tu, tiba2 kena cari kawan untuk dapatkan nombor yg konsultan bagi. Kalau tak dapat, kena denda joget semut semut....wakakak
|
Game ni best. Naga, Raja dan permaisuri. Ala2 Batu, Gunting Air laaaa. |
Malam nya buat solat hajat untuk Mantan SUB(K) - Datuk Shahrul Kamal - Agar dipermudahkan urusan beliau menjalani pembedahan hati pada 20.09.2024(Jumaat).
Lepastu jam 8.30 malam, pakat2 ready panjat 4x4 nak ke Jeti. Ada aktiviti night walking. Time ni lah lampu suluh itu diperlukan. Banyak sesuatu yang dipelajari bila masuk Taman Negara waktu malam. Ramai wish nak jumpa gajah....ehhhh!! Tapi yang banyak jumpa tu labah labah dan kala jengking.
Macam tak ada je gambar Night Walking tu. Aku sendiri pun tak pegang henfon sebab dah sibuk pegang lampu suluh. Hahah
Aktiviti Night Walking sampai jam 11 rasanya. Lepastu balik, singgah minum kat kedai tepi2 tu. Tapi servis nya out laaa. Lama amat tunggu segelas air. Aku rasa tokey kedai tu dah kaya. Hahahah
20.09.2024
Aktiviti indoor pagi hari Jumaat. Menariknya, LDK ahli lain2 tau. Hahahah. Japlahhh boh gambar luuuu.
|
Aku tatau apa nama game ni.... Tapi LDK nya based on nama haiwan. Ayam, Monyet, Gagak dan apatah satu lagi nama kumpulan tu... |
|
Yang ni pulak game dia based daun terup. Susun dari ace sampai paling besar. Lepastu masing2 blur2...Hahahah
|
Sebelum jam orang lelaki pi semayang Jumaat, ada satu game yang buat semua orang kemurungan. Termasuk aku la itu. Apa entah nama game nya. Tapi kalau geng BKew baca story ni, mesti depa ingat lahhhh.
Game kemurungan tu sambung lagi selepas depa balik dari semayang Jumaat. Sampai jam 3 still blured tak dapat jawapan. Last2 sekali konsultan givap....hahahah
Lepastu bentuk LDK untuk explorace. Best explorace dia. Bermula dengan kumpul 4 kad daun terup dengan jumlah yang sama. Since aku dapat kumpulan nombor 6, aku kumpul la kad bernombor 6. Kebetulan je sebenarnya. Jap boh gambaaaa
Takdak hadiah nak dikejarkan pun. Cuma selesaikan permasalahan je. Setiap jumpa check point, ambik gambar dan video bagi kat konsultan tu. Aku tak ingat berapa kumpulan. Tapi happening jugak lahhhh.
Last aktiviti, konsultan bagi seikat daun terup, ada huruf2. LDK hendaklah menyelesaikan peribahasa yang diberikan. Dannnn, kredit terbesar kepada En. Hanif sebab dah setelkan peribahasa tu sekelip mata je. Depa minta kad dan kumpul semua kad, tadaaaaaaaa..... peribahasa setel. Konsultan kemurungan...
Last but not least, ada lagi LDK last. pi la cabut undi. Untuk persembahan malam dinner sat gi. Kumpulan kami kaaaaa dapat lagu bollywood bhaiiiiii..... Huhuhuuuuu...
Aku dah la kayu. Dah la time nya jam 6 petang dah ni. Geng aku - Haji, Nazri, Aida, Ana, Sha dan Kak Sari. Opkos la aku la yang kayu di situ....ishhhhh.
Berbekalkan tawakkal, lantak laaaa apa nak jadi. Enjoy je la ye. Walaupun debarrrrr.
|
Hat ni propa ja. Padahal hamper tu tambahan ja. |
Lahhhhhh....Tadak na gamba geng kamiii. Biarlahhh. Mana ada jelahhh ye.
21.09.2024
Pagini ada lawatan ke Perkampungan Orang Asli dan Rapid Shooting. Ajommm tengok gambar
|
Ni dekat Jeti dia |
Kemuncak acara adalah Rapid Shooting. Disebabkan nak pegang phone kena ada plastik tu sebab pemandu bot dah kasi pesan <Kasi Lencun> katanya. Yang ada, banyak video Abe Yie rakam. Gambar lansung takda la.
Serius, memang best sebab jerit tak ingat ya akutu. Sesuai sangat buat release stressss.
Lepas rapid shooting, balik ke kem. Lunch dah ready. Tapi aku pi mandi bersihkan diri dulu sementara Kak Miha, Ana dan Nina pi makan. Sebab kan bilik a nya satu ja. Gilir2 lah ye.
Lepas siap semua, bawak beg naik bas. Akunsiap terlupa nak bagi kunci bilik ke kaunter tu. Nasib baik ingat masa duk raba2 poket jaket tu. Hehhhh
Alhamdulillah untuk bengkel tahun 2024 - best!
Sekian aje lah ye. Tq baca sampai abes.
Jem
BKew, JPM
2024