Thursday, December 26, 2024

~Program Relax n Enjoy Day 2024 - After Closing ~

 

BKew Peeps

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam hujung tahun 2024.

Habis Penutupan Akaun Tahun 2024 yang melelahkan serta penderaan mental sejak November 2024, kami ambil masa 3 hari (9 - 11 Disember 2024) to enjoy dengan game2 yang best tapi tak relax punnn...Hahahah

Rumah Sukan ada 4.

Rumah Kuning - Bee Yellow

Rumah Biru - Blue Meg

Rumah Merah - Dragon Army

Rumah Hijau - Boyo Comey

Antara sukan yang dianjurkan adalah

1. Pingpong

2. Dam haji

3. Dam Ular

4. Sahibba

5. Congkak

6. Batu Seremban

7. Dart

8. Ceper (Tudung menet)


Jomlahhhh kita tengok gambar sekitar games dijalankan. Dimulakan dengan Bismillah, senamrobik sikit pagi 9hb tu. Aku pi opis lambat sikit sebab malamnya aku tido lambat dan penat. Sebab penat dan tido lambat? Malamnya aku dengan BamBad gi Seremban ambik adik ipar anak beranak. Terkandas masa nak balik dari kampung. Depa dari Melaka. Terlibat kemalangan dengan 4 buah kereta. Kasi setel depa hantar balik rumah kat Apartment Seruling (Aku lupa nama tempat dia) .... dan patah balik Putrajaya dah pukui 2 pagi lebih. Rasa macam nak EL tapi sayang cuti tapi penat tapi ngantuk ....kemain banyak tapi aku tapiii aku pi opis juga sebab nak main game walaupun bukan pandai pun...wakakakak

Last game ye Napi. Dia dah dapat pindah balik Klate dah, tahniah Napiiii.

Perempuan pun ada main PingPong.

Game PingPong ni tak banyak gambar sebab ramai pi kerumun kat game atas lantai. Sebab game nya jalan serentak. Payah jugek tu.

Letak nama nak main congkak kononnya, tapi alih2 pi main carom. Dah tu, kalah pulak. Macam la kalau main congkak aku leh menang...hahahah. Lebih kepada mengisi kekosongan je sebenarnya. Vision - takmau menang....Kahhhhh!!

Sahibba








Kemain tunduk ke lantai haaaa




































Ni gembira ka lagumanaaa?

Hasil Ceper ka nii?


















Hari penyampaian hadiah adalah pada tahun 2025.


TBC...hahahah


Sekian,

Jem

BKew, JPM

No comments:

Post a Comment