Monday, April 25, 2011

kawen, umrah,babies dan pemergian...


Selamat Pengantin Baru buat temanku As..sudah berkahwin pun dia..antara kwn2 aku, hanya aku yang ada tika itu..br sedar betapa pentingnya persahabatan kat dunia ni..cik g dgn adik keja hari tu..tp agak best sebab dapat jumpa Da, Rubi, Yati dgn Diana Suzi..apasal lama xjumpa depa padahal duduk 1 town aje..pelik sungguh..

Alkisahnya begini: Cuti sekolah cuma seminggu..dan2 time tu jugak As kata nak menikah. dia suda buat semua persediaan. bygkan betapa terkejutnya aku dgn berita itu. langsung aku xjangka dia akan menamatkan zaman solonya pada waktu itu.

waktu itu, ada gak seorang dua kwn yg terasa ati dengan As sebab dia buat plan last minit. tp terus terang aku kata yg semua tu bukan salahnya. cuma tiket flight dia ja belum confirm.

benda kalo x confirm mn bley pergi announce 1 malaysia! kang xjadi, sapa yg malu? dah tentu2 dia n famili dia. sebab tu As x announce awal2..

mujurlah aku ni bukan jenis cepat terasa ati. bley pulak otak aku terima alasan dia walau macam x logik. tp xkisahla sebab aku adalah kawan yg sudi menghulurkan bantuan.

takkan aku tergamak nak tengok aje..mana boleh..dia kan kawan aku sejak kecik..pertolongan yg dia mintak pun bukan besar sangat..kiranya pertolongan yg aku mampu lah pendek kata.

waktu akad nikah yg di rancang lepas asar tiba2 di awalkan pulak jadi lepas magrib awal sehari sebelum hari yg di rancang.kelam kabut jugak cari jurusolek. mujurlah ada Siti, mintak nom fon Nurul Beauty. dan As di solek oleh Nurul.

aku pulak xadalah nak p dgn dia. aku tunggu dekat umah aje.dgn g n adik. mujurlah akad nikah dia lepas magrib..kalo buat macam dalam rancangan asal dia, memang aku sorang2 aje kena tunggu dia..

As penah kata yg majlis dia nak buat kecik2 aje..xsangka jadi sungguh..memang majlis kecik yg tak kecik sgt lah..ramai giler org datang..maklumlah rumah dia kan dekat masjid..maka lepas zohor esoknya, ramai lah org2 masjid yg serbu rumah dia..

habis bab kawan aku kawen.... dia pun suda berbahagia di samping kekanda Salim walaupun kekandanya itu terlalu bz bertugas tuk negara...caiyok As!!!

Jumaat lepas,22 April, aku punya saudara pergi umrah tuk kali ke-2. buat ms dua minggu, aku akan menjadi warga tetap di rumahnya. maknanya jauh sikit dari rumah aku yg "BAHAYA" tu. maklumlah itu kan lokasi yg "BLACKLIST". sejak aku tukar no fon, hidup aku kembali aman dan damai. memanglah aku sayang giler no fon lama aku..tapi ini hal keselamatan aku, so, aku terpaksa tukar.

kononlah aku berjaya rahsiakan perkara "PAHIT" lagi tragis tu..tp malangnya semua org pun da dapat hidu..lalu aku di tembak dgn soalan2 yg agak panas jugaklah..terpaksalah aku cerita jugak walau aku sebenarnya dlm usaha nak lupakan peristiwa pahit dan tragis tuh!! aku harap sgt dapat lupakan peristiwa itu..

Kawan2 aku yg da kawen sudah mula menimang cahaya mata. Kholik, Hasmah, Dena Suzi dah selamat melahirkan hero masing2..Fizah pulak bakal menimang cahayamata ke-2 xlama lagi. Shah Ali pun dah dapat anak. wow!! ramainya anak saudara.

agak2 bila ek kawan2 aku yg belum berumahtangga nak mendirikan masjid? agak2 bila ek cik G nak terima pinangan boyfren dia?

kawan aku adik@Hazimah pulak masih dalam kesedihan dgn pemergian ayahandanya khamis minggu lepas. aku pun sedih gak. aku lagi sedih kot kalo nak kenangkan hidup aku berbanding dia. tp aku faham perasaan dia. harap dia sabar dan tabah macam aku gak.

Bak kata As, sesuatu dugaan yg di beri oleh Allah s.w.t itu sebenarnya di sertakan dengan kasih sayang-Nya. aku bersyukur sebab aku insan yang di pilih untuk menerima dugaan dan kasih sayang dari-Nya.

Hari ni, Isnin, ada satu lagi kematian kat kampung aku. Mak Lang Cah namanya. Arwah tu bidan kampung. memang ramai gak rakan taulan dia yg datang rumah dia. aku pun sempat gak pergi ziarah.

Arwah tak sempat nak menimang cucu yang sedang di kandung oleh anak bongsunya.tp anak yang sedang mengandung tu relax aje..tp dalam hatinya xtau la macam mana. mesti dia pun sedey gak macam aku ms mula2 nak terima kenyataan dulu bahawa "emak dah x ada". Harap dia pun tabah macam aku.

dalam masa 5 hari, dua kematian terjadi dalam kampung aku. al- fatihah buat mereka.

No comments:

Post a Comment