Bayangkan dunia sekarang tanpa doktor dan jururawat di wad bersalin dan hanya ada seorang ibu yang menahan kesakitan kerana mahu melahirkan bayinya seorang diri ketika itu. Apa akan jadi pada ibu dan bayinya? Selamatkah mereka?
Dulu2, mana ada doktor ataupun jururawat yang menyambut kelahiran. Zaman aku di lahirkan dulu, cuma ada bidan kampung. Memang sgt berbeza dengan zaman sekarang.
Kisah yang aku nak cerita ni bukan aku punya pengalaman tapi seseorang yang rapat dengan aku punya pengalaman berharga bergelar bidan yang tak bertauliah. Berkat beliau, anak sedaranya selamat dilahirkan. Aku rasa tak semua orang dapat pengalaman macam tu. dalam seratus orang rasanya seorang je yg ada pengalaman macam tu. Nurse dengan doktor sakit puan di kecualikan. Ini pengalaman org biasa yang tak ada ilmu perbidanan.
Alkisahnya sedara aku ni pergi ke hospital untuk buat pemeriksaan kandungannya yang mana doktor yang bertauliah dan ada sijil mengatakan waktu kelahiran itu masih jauh dan pintu rahim belum terbuka malah di dakwa di jangkiti kuman.
Sedara aku pun balik ke rumah atas arahan doktor tersebut. Malangnya sebaik tiba di rumah, tiba- tiba sahaja dia di sahkan akan bersalin bila- bila masa dan dia mula sakit. Lalu adik dia, suami serta bapanya terpaksa mengejarkan dia ke hospital. Tapi belum sempat keluar dari kampung, bayinya telah selamat di lahirkan dan di sambut oleh adiknya.
Tiba di hospital, pihak yang bertanggungjawab mengambil alih tugas adiknya yang masih lagi terkaku kerana tak percaya yang beliau sudah selamat menyambut kelahiran anak saudaranya yang comel itu dengan kuasa Allah.
Sesungguhnya setiap kejadian sebenarnya di iringi oleh hikmah yang tersembunyi. Apapun, aku mengucapkan tahniah buat pasangan itu kerana menyambut anak mereka yang ke-4. Dan tahniah juga untuk bidan yang tiba2 menerjunkan dirinya menjadi bidan untuk tempoh setengah jam itu. Pengalaman itu amat berharga!