aku nak tanya satu je soalan : hina sangatkah jadi orang kampung yang duduk di kampung?
huhu..jgn salah faham sebab aku tak ada niat nak kata kat sapa2..tapi di sini aku nak buat pengakuan yang aku sebenarnya orang kampung yang tak tahu apa2 tentang dunia serba canggih ini..dan satu lagi soalan aku:salahkah kalau aku serba tak tahu?entahlah,aku letih nak fikir lagi tentang ini sebab ianya memang menyakitkan hati.
bagi aku, hidup di kampung sesuatu yg aku tak dapat nak cari kat mana2..mn ada tempat lain yg mampu kasi aku ketenangan jiwa walaupun aku pernah terhimpit dengan peristiwa pahit lagi memilukan..walau aku pernah pergi study kat penang, percaya atau tidak, setiap hujung minggu aku akan balik ke kampung dan tak ada masa aku nak jalan2 macam orang lain..memang penang tu tempat paling jauh aku pernah duduk sekejap..selain tu, aku belum lagi berhijrah..bukan aku tak mahu tapi aku takut nak hadapi semua tu sorang2.
sempena bulan syawal yang mulia ini, aku nak minta maaf di atas semua dosa yang aku dah buat kat sapa2 n kat semua member n kat seseorang yg mengaku aku ini teman baiknya..malangnya aku dah terbuat dia marah atas sebab yang aku rasa kecik aje:line telefon..dia marah sgt sampai terlepas cakap bahawasanya aku ni orang kampung yang tak tau apa2...selama ni, aku memang tak pernah lupa yang aku ni orang kampung tp xpayahlah dia nak mengingatkan aku macam tu sekali..akibatnya,aku putuskan talian masa dia tengah bercakap dan menaikkan lagi kemarahan beliau..
utk beliau, aku mintak maaf sangat sebab ambik masa nak menulis kat sini..katalah apa pun, aku tak adalah kisah sangat tapi hati ni agak marah jugak..maklumlah,kena marah..aku bukan tunggul kayu, batu,public phone...
entah..aku xtahu sama ada aku ni masih kawan dia atau bukan...d saat aku dapat balik kawan baru aku yg tiba2 ilang tanpa kabar,beliau pulak buat macam ni..
yg lagi aku tak faham, knp layanan dia tak sama ek?arghh....ada aku kisah?sikitpun aku tak kisah..xpa kalau dia tak nak kawan lg dgn aku,aku kan ada seorang lg kawan...bukan nak kata ilang kawan ni sesuatu yg best tapi kalau dah menyakitkan hati, simpan pun tak guna..makan hati aje..kalau hati ayam,hati lembu tak apa..ini??
entahlah,utk semua yg aku dah sakitkan hati, maafkan aku..aku ni hanya menumpang kasih korang..apapun, aku sayang kawan2 aku semua...
No comments:
Post a Comment