Saturday, August 24, 2013

~Aku dan Masa~

D kala pukul 3:50 pg..aku duk tercangak sensorang d LCCT bak lone ranger.
Betapa aku x berapa gemar keadaan begini.
Dah la xdak tempat tidoq yg selesa..bole plak lepak sj2 kat McD tp x beli pun makanan McD..bole tera tu?

Aku ni xsuka bab kna duk tggu mcm pungguk rindu bulan.
Kalo ada geng,terubat sikit sunyi sepi dlm diri..ni sensorang!

Keadaan ni bukan la kali pertama aku lalui. Tapi kali ke-3 dan aku x suka keadaan begini. Tahap ketidaksukaan aku tu menyebabkn aku terpikir akan nk mintak tranfer shj. Persoalannya apa pula alasan aku yg boleh d kategorikn sbg alasan yg konkrit yer? Masalah besar utk aku fikirkn.

Keadaan begini turut menyebabkn aku tak berapa suka nk balik kg. Jd korang misti fhm knp aku pilih balik kg setahun sekali sahaja. Selebihnya keadaan beginilah yg aku harus lalui jika balik kg. Makan masa btoiii!! Nak sampai d Kapit nun sudah tentu la petang2 esok. Nasib Ahad masih cuti.

Kepenatan yg aku rasai bkn kerana kerja berat @ bwk brg berat dr kg tp penat sbb duk tggu lama sgt d LCCT,lemah btoi.... Lemah badan. Mn tdo yg x cukup lg.. Nak tdo pun teragak-agak..maklum la perempuan.

P/S : Harap sgt kaum keluarga mengerti keadaan yg aku alami dan aku bukan lah sj2 x mo balik kg sokmo. Sekian, terima kasih.


Saturday, August 17, 2013

~Selamat Hari Raya Aidilfitri~

Walaupun sudah hari ke 10 tp aku nk jugak ucap Selamat Hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Cuti selama 3 mggu ni buat aku rs x nak balik ke Kapit pulak kn...
bkn pa...dan p Kapit bila plak nk bole balik kg lg...tu pun 1 pertanyaan yg xdak jawapan gak.
Aku balik bercuti raya dgn membawa balik 4kg kek lapis sarawak homemade yg aku beli dr sorg kakak d opis aku.
Tak lupa gak aku ada jugak pos kn ikan terubuk masin yg adik aku request. Tu pun ramai lg sanak sedara aku yg x dpt. Aku agak terkilan jugak sebenarnya sbb xdpt nk penuhi permintaan mereka yg lain. Aku hrp mereka memahami dilema yg aku lalui. Bukan niat aku ni membezakn antara mereka tp aku sndri pun xdpt nk teka sapa yg nk sapa yg x nak.
Pasal kek lapis,aku sgt bersyukur sbb mencukupi apa kwn2 pesan. Walaupun xdak la byk sgt tp sekadar utk d rasa, aku cukup berpuas ati. Alhamdulillah aku x mengecewakan kwn2 yg mn sedang berbadan 2.
Syukur sgt dpt penuhi kehendak ibu2 mengandung ni.

Akhir kata, Selamat kembali bekerja bt mereka yg sudah mula bekerja selepas cuti raya..jgn marah sbb aku masih bercuti yer...

Caiyokkkk!!! Majulah ekonomi utk negara! Yeah!!