Aku bukan tak ada keja nak buat tp apasal ntah mood aku ke laut dah. Lepas bereskan baucar yg ada sikit tu,aku pun mulakan misi menghapdet belog! Jgn tegur k!
Aku mengimpikan majlis ringkas dan penuh kesederhanaan dan jauh dari pembaziran. Sebab utama,aku ni bukan orang senang. Depa kata aku keja kerajaan tp gaji tak teqa mana pun. Perabeh ke makan ja. Bak kata arwah mak aku, asalkan tak kelaparan sudahlah. Dah makanan pun mahal2 kat Kapit ni, dengan gaji yg penuh berkepuk kat bank tu, ada lah sikit dana nak buat majlis perkenalan kononnya.
Majlis kecik tu diadakan di rumah abang aku sempena dia nak masuk rumah baru. Kos dibahagi dua. Bab makan2 tu aku serahkan semua kat abang aku. Total tak sampai seribu pun. Nak dijadikan cerita,masa tu cuti sekolah,makanya banyak majlis kenduri kawen. So, jemputan pun terdiri dari sedara rapat ja. Mak-mak sedara,pak-pak sedara,kakak2 abang2 adik2 n jiran2 terdekat ja.
Sebenarnya aku malu nak share kat sini. Tapi memandangkan aku nak bagitau yang buat majlis ringkas dan sederhana pun memadai dah. Tak payah la nak habiskan byk duit time bertunang tu. Even perancangan awal,aku tak nak bertunang pun dan nak terus nikah je. Tapi famili suruh tunang jugak. Ikut jelah kan.
Alhamdulillah..14032015,selamat dah aku menjadi tunangan orang. Dan aku pastinya tak war2 kan d laman FB,malu lah....cuma adalah insan yg buatkan aku hantaran exposekan yg aku nak bertunang. Pastu kwn2 pun tau. Wah..malunya shayerrr..
Hantaran pihak aku~ 5dulang sepatutnya |
Ni la jurusolek aku~BFF aku daaaa (Azi) |
Kami |
Ni BFF aku ~ Azi,Gee,Zimah~ |
Masih muka nebes masa sarung cincin..hihi |
Macam sopan jer...hahaha |
Aku+kakak aku+Bakal MIL+Incik Tunang |
Aku dan sanak sedara. |
Abaikan sliper aku tu. Rembat abang aku punya sliper sbb nak hantar incik Sayang balik kat kereta depa |
Selain tu,aku bersyukur sgt sebab aku dah sihat sepenuhnya dari sakit kulit yg buat kulit aku gelap dulu. Betul kata doktor yg merawat aku, temporary effect ja tu. Sekarang aku masih mengamalkan vitamin dari Shaklee. Cuma aku kadang tak dapat terima yang encik sayang aku lebih cerah dari aku..huwawaaaa..Jeles okeh!
Untuk hari ni,sekian sahaja perkongsian. Thanks kat semua kawan n sedara mara yg bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Sangat bermakna pd aku. Sob2..tiba2 teringat pd arwah mak n arwah pak. Oke..tamau nanges2!! Al-Fatihah
~Still In Kapit Nan Sentosa~
No comments:
Post a Comment