Friday, May 29, 2015

~Review Novel Dia..Isteri Luar Biasa~

Assalamualaikum & selamat sejahtera...Selamat Gawai & Selamat menyambut Hari Keamatan.

Lani TV3 tengah hangat dengan cerita adaptasi novel iaitu Dia..Isteri Luar Biasa. Pada aku,cerita dalam novel ni best. Macam2  perasaan bole rasa bagi yang layan la..Yang layan novel omputih tu x tau la kan.. Sbb aku ni pencinta Novel2 Melayu,Penulis2 Melayu.

Novel : Sumber Google!
Dalam novel ni mengisahkan seorang Dewi Yusra yg trauma dgn sesuatu yg bernama perkahwinan. Dia jadi anti lelaki dan beranggapan semua lelaki tu sm je macam ayah dia yang kejam dan zalim,kaki pukul & kaki pompuan. Watak Dewi Yusra juga turut buat aku senyum2 sendri. Ego, keras ati, mahu tapi tidak merendahkan martabat kaum wanita. Watak iron lady gitu.

Tapi demi amanat ibunya,Dewi Anisah. Dia kena juga menikah semata mata utk mendapatkan seorang pewaris Restoran Nasi Ayam Bonda yang ada 25 cawangan tu. Sejak itu, dia mula mencari calon suami. Tidak sedar dgn kekurangan diri,taste pula bukan main tinggi. Haha...ayat ni dari Cik Kem@kamarul bahrin,kwn rapat Dewi Yusra.

Akhirnya Dewi Yusra kawen juga dengan lelaki yg wataknya baik, penyayang,taat pd agama,taat pada mak,lemah lembut dgn perempuan iaitu Raden Amzar,seorang pensyarah universiti. Tapi cara nak kawen tu pulak mcm kurang sopan sikit. Dewi Yusra bt perangkap minta Cik Kem tu bt laporan kat Jabatan Agama ms dia p rumah Raden Amzar. Time tu la depa kena tangkap basah. Tapi ini bukan keja Cik Kem tu pd akhir cerita br tahu kebenarannya..hihihi

Tujuan Dewi Yusra kawen dgn Raden Amzar sbb dia nak baby yg bijak pandai. Jd dia kena menggoda suami dia tu. Soal menggoda tu yg paling kelakar sekali. Kena baca la novel kalo nak lebih feel..Hahahah

Mula2 mak mertua Dewi x suka Dewi sbb Dewi x bertudung. Tapi akhirnya dia bole terima juga demi kebahagiaan Raden Amzar. Cuma Kak Long ja yang x dpt terima. Konon Dewi tak sesuai utk adiknya sbb dia ada calon lebih baik dari Dewi. Yang tutup aurat, bukan yang rambut berkarat mcm Dewi.

Haih,kalau aku nak cerita panjang2,nati x seprais dah.

Novel ni menarik la bagi aku. Banyak mempertahankan kaum wanita. Hahaha..aku juga dulu pernah kata semua lelaki tu sm ja. Suka sakitkan ati perempuan, suka permainkan perasaan kaum perempuan, xjujur, suka curang,suka ambik kesempatan d atas kelemahan kaum wanita. Tapi tu dulu la, aku d zaman jahiliyah. Sekarang insyaAllah tak lagi. Plus, aku juga sudah bertemu dgn Raden Amzar versi aku sendiri.(Perasan!)

So,sapa ada novel ni, p la baca. byk pengajaran bole dapat. Antaranya :

1.Jangan ada sifat kawan makan kawan(kawan yg talam 2 muka)
2.Org berbudi kita berbahasa(jgn PHD dgn nasib kawan kita yg baik)
3.Hargailah kawan kita(Jgn duk niat nak hancurkan dia)
4.Jgn percaya sgt dgn kawan(kdg ada kawan yg suka tikam belakang)
5.Buat baik berpada-pada( buat jahat jgn sekali)
6.Saling hormat menghormati terutamanya dalam keluarga
7.Sabar dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Contohnya lelaki. Kena byk bersabar dengan kerenah isteri. Isteri pun kena byk bersabar.
8.Isteri kena taat dgn suami. Jgn duk bt apa yg suami tak suka. Derhaka sat g...

Sekian utk entry kisah Dewi Yusra dlm Dia...Isteri Luar Biasa pd sudut pandangan aku sbg perempuan dan bakal isteri. Ehik!!!

~Still in Kapit Nan Sentoasa~


Wednesday, May 6, 2015

~Selamat Pengantin Baru Cik~

Assalamualaikum..Slamat tgh hari....

Weekend baru2 ni aku balik kampung. Sebab nak menghadiri majlis perkahwinan sedara aku. Gigih benar aku. Belum kira bab jem d Highway tu. Kasian Incik Tunang aku yg jd drebar ms tu. Huahuahua...

Kiranya macam ni kesinambungan kisah pertunangan dia yg secara mengejut tu... 
Mari kita layan sikit sebanyak pict yg sempat aku snap...heheh

Nikah seminggu lebih awal
Set Bilik Tidur dari Che Endan Bridal
Set Pelamin
Set Meja Makan
Sesi bergambar
Aku dan sepupu~Kak Noriah~
D Rumah Pengantin Lelaki
Ambik aura dan ambik berkat...heheh
Dgn BFF larrr...ambik kesempatan selpie atas pelamin...Awwwww!!
Lupa diri bila beraksi....ahaks!!
Di kesempatan yg ada ni,aku x lupa la jumpa member2 sekampung. Wawawa...rindu giler dgn dema. Dan2 ptg tu jugak wat makan2 nyicah garam belacan kat umah Hazimah.

Kami sedang menyicah...hehe
Dah abes makanan dan garam belacan..keke..belakang tu mama Hazimah dan Ammar...
He with them..hopefully dia bole masuk sekepala dgn dema nih...thanks kat abg An coz ramah. My Fiancee ni ramah sebenarnya n dia mati kutu bila x ada org nak bercakap dgn dia.
Thanks kat Encik Tunang kesayangan sy ni sbb susah payah driving jauh2 semata mata nak memenuhi keinginan Cik Tunang terchenta ni..hehe..jasamu kukenang..Thanks kat sedara yg layan beliau dgn baik. Thanks kat BFF yg bole terima beliau seadanya..Thanks la kat semua..terharu sbb beliau sudi bertandang ke kampung sy yg jauh di hulu banat.

Perjalanan aku :-

3.30 ptg 1/5 dari Kapit p Sibu
9.00 mlm flight dr Sibu p KLIA2
11.30 mlm bermula perjalanan dari KLIA2 balik Kola Nerang selama 9jam sbb jammed!
8.30pg 2/5 sampai rumah di Bukit Nambua
12.30tgh hari 3/5 majlis sambut menantu kat Kota Sarang Semut
2.30ptg bertolak dari Kota Sarang Semut p Aloq Setaq konon nak cari Kopi Cap Gantang,x jumpa..Frust!!
3.30ptg bertolak ke K.L..
1.30pg 4/5 sampai Shah Alam
4.15pg bertolak p KLIA2
6.00pg naik flight datang Sibu
1.00ptg sampai Kapit terus pengsan...Hahaha

Sekian saja entry kali ni. Sweet sgt memory balik kg kali ni walaupun penat giler..

~Still in Kapit nan Sentosa~