Monday, January 25, 2016

~Produk kecantikan Charms~

Assalamualaikum & Selamat Pagi....

Amboi...banyak toi masa terluang aku kan. Hari Thaipusam ni aku x cuti. Sarawak kena keja lor.. Tapi di awal2 tahun camni x ada keja sangat, tu yg aku boleh senang lenang hapdet blog. Hehehe..

Aku masih sendiri d unit bayaran. Ada pegawai baru datang tp dimasukkan ke unit Akaun yg menurut pegawai atasan unit tersebut agak kritikal berbanding unit bayaran. K fine!

Eh, tercerita pulak pasal keja kan!

Hari ni nk cerita pasal produk kecantikan yg aku guna. Hiks! Umum mengetahui kulit aku yg dulu tu teruk giler kan...Tapi sejak aku duk di Kapit, kulit yg hitam tu berubah dah jd normal balik. Lama kot nk normal kan balik kulit aku. Hrmm....Tah kenapa aku bole p duk pecaya cakap doktor pakar tu. Haha

Masa tahun 2013, hosmet aku ajak aku beli krim kecantikan Safi Rania Gold. Sebab itu je krim kecantikan yg murah iaitu rega nya RM9.90. Murah la tu kan. Tiap2 hari pakai. Tapi muka aku ni jenis kering, so aku sapu krim menggunakan wet tissue. Memang x dapat ceq guna tangan baq hang! Kalo guna tangan, abes muka bercapuk-capuk @ bahasa kampung aku jadi bertampung ler muka...Haha..dugaan sungguh! Lps 2 ke 3 minggu,kulit muka aku jadi sekata molek je. Haha..ku suka ku suka! Lalu aku pun terus la guna. Siap beli lg pencuci muka Safi Rania Gold.

Memang aku sgt tak ambik kisah dengan kecantikan. Peduli apa aku kan. 

Tapi sejak aku dah bersuami ne, lain pulak pendapat aku. Apa aku nak buat, semua kena fikirkan suami dulu. Sampai ke hal aku pernah bertanya pada diri sendiri, cantik ke aku di mata suami aku? Ha....tudia baq hang!

Lama aku fikir, rasanya kena berubah kot. Masa tu la aku terrrrr pandang terlihat sorang member sekolah aku yg dah beranak 3 tp tetap cun macam anak dara. Adeiiiii...sedang kan aku yg belum beranak ni muka macam hampeh, dia beranak 3 mcm anak dara? Apakah? Dia memang lawa sejak azali. Lepas kawen lg lawa.....sedih aku mengenangkan diri aku. Hahaha

Dengan tekad dan keazaman, aku pun PM la dia. Bermula di Instagram aku ambik no wassap dia n terus tanya pasal produk yg dia pakai n jual. Itulah Charms!!

Founder Charms. Lawa kan?
Aku beli set ni dengan Foundation White Dolly. Harga SS la ye. Kan aku di Sarawak.

Arifah Raedah~kawan sekolah rendah aku dulu2 daa...cantik kan dia...uhuh! I is jealous!! Sumber inspirasi saya..
Tak lama lepas tu, Arifah buat promosi 4 items RM199 iaitu Foundation, Cleanser, Serum & Scrub. Disebabkan foundation aku tu banyak lg, aku beli 3 item je lah. Sedihnya x dapat la rega tu. Murah sikit la daripada RM199 tu. Huwaaaa...kenapa kalau produk mekap2 ni mahal2 belaka?

Cleanser Charms 60ml
Cleanser yg aku beli kali kedua tu 100ml. Tak salah aku rega nya RM59. Tp kalau guna sikit2 tahan lama kot. Ekekek!

Serum Kaisya 15ml
Serum pulak berharga RM89. Tak macam serum2 jenama lain. Serum Kaisya ni likat. Rasa berangin satu muka bila pakai lepas cuci muka dgn Cleanser tu. Suka suka...ehehehe! Nak tahan berapa lama x tau lagi sbb 15ml je kan. Aku pulak tiap2 kali cuci muka hentam pakai serum ni, syok kot!

Scrub Star Glow 50ml
Scrub pula rega RM38. Pakai 2- 3 kali seminggu. Then lps pakai, kulit muka rasa licin sikit. Tak da lah menggerutu sangat. Aku x pasti muka aku ni ada jeragat ka dak, white & black head pun x tau ada ka dak. Jadi aku pakai je. Suka sangat sbb rs mcm biji2 halus kat muka masa massage muka dengan Scrub Star Glow ne. Cuba la try kalo nak rasa. 
Hasil lepas seminggu guna Serum Kaisya.Tapi aku tak mekap la..just pakai Foundation je...kekekeke
Kenapa berbeza kamera? Sebab member2 dlm grup wassap tak caya kalo aku x buat mcm tu. Ekekek..Huk aloh, kadang tu rs nyesal jugak sbb guna Produk Charms lepas kawin. Kenapa la aku tak terfikir nak guna sebelum kawin? Kalau la aku guna sebelum kawen, mesti cantik aku masa kenduri kawen hari tu.. Kahkahkah...

Apa pun alhamdulillah.

Jom baca kebaikan Produk Charms.....
- Diadun menggunakan Minyak Kelapa Dara (Sapuan yang sangat halus)
- Menganjalkan kulit (collagen)
- Mencerahkan kulit (LGluta)
- Memudarkan parut dengan penghasilan sel-sel baru (Apple StemCell)
- Melindungi dari sinar matahari (punca jerawat)
- SPF15
- Melembapkan kulit


Apakah fungi Collagen dan Apple StemCell?
- Collagen : Untuk mencerahkan, menegangkan, melembap dan mengimbangi minyak d bahagian  
muka.

- Apple StemCell : Memudarkan parut dengan penggantian kulit baru secara natural.

Kelebihan Charms Cleanser & Makeup Remover
✔ Mengatasi masalah penuaan
✔ Mengembalikan keremajaan Kulit
✔ Mengatasi masalah Jeragat
✔ Mencerahkan Kulit
✔ Kolagen dapat membantu mengekalkan kecantikan awet muda.
✔ Minyak Kelapa Dara melembutkan dan membantu mengurangkan kekeringan dan kekenduran  
kulit.

✔ Memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet yang membahayakan kulit anda.
✔ Untuk meredakan iritasi kulit.
✔ Mengurangi minyak, dan mengecilkan pori-pori wajah.


Kelebihan Charms Kaisya Serum
✔Meningkatkan keanjalan, anti-penuaan & melicinkan kulit
✔Mengadungi VITAMIN E utk merawat parut serta cela di wajah serta menjadikan kulit nanmpak   
   bercahaya.
✔Mengandungi VITAMIN C utk melembut & menyuburkan kulit &menggalakkan pertumbuhan  baru, sel- sel kulit yg sihat & gebu.
✔Mengandungi VITAMIN B3 utk melindungi kulit dari kerosakan UV
✔Menyingkir kulit2 kasar, kulit kering & mengurangkan garis2 halus & kedutan serta membantu mengurangkan mengelupas & mengembalikan kelembutan kulit serta anti bakteria.
✔Mengandungi kolagen utk mengekalkan keremajaan.
✔Membantu mencerahkan & anti-oksidan serta anti-radang.
✔Mengandungi ekstrak lidah buaya utk melembapkan kulit & meningkatkan penampilan kulit kering @ rosak serta menghilangkan kedutan & memberi kulit wajah lebih sihat & lebih muda. Ia adalah sumber yg besar kpd VITAMIN E 
✔Mengurangkan kerosakan kulit yg disebabkan oleh gatal2 yg berterusan serta membantu merawat kulit yg terbakar matahari.
✔Membantu merawat masalah jerawat, kekeringan kulit & apa2 jenis masalah kulit.


Bahan2 dalam Charms Kaisya Serum:~


Apple Stem Cell
✔Mengatasi masalah penuaan kulit
✔Mengembalikan keremajaan kulit
✔Mengatasi masalah jeragat
✔Mencerahkan kulit 


Kolagen
✔Membantu mengekalkan kecantikan
✔Awet muda


Aloe Vera
✔Mampu memberi kelembapan pada kulit yg terdedah dgn sinaran matahari.
✔Vitamin C dan E dlm gel lidah buaya mampu merawat kulit secara semulajadi & menjaga dari  terhidrat.


Pati Witch Hazel
✔Membersihkan kulit & mendinginkan iritasi
✔Membantu mengontrol jerawat dgn cara meredakan inflamasi
✔Mengurangi minyak & mengecilkan pori2 wajah.


Hydrolized Soy Protein
✔Ejen anti-radang utk kulit.
✔Bahan penjagaan kulit anti-penuaan dgn fungsi utk melindungi kulit daripada radikal bebas.
✔Mengurangkan kesan2 yg berkaitan dgn proses penuaan & pembangunan garis2 halus & kedutan.


Vitamin E
✔Membantu melindungi kulit dari bahan radikal bebas & kuasa2 alam sekitar.
✔Membantu dlm menghilangkan kesan parut yg berlaku pada permukaan kulit.
✔Membantu menegangkan kulit & melindungi kulit dari sebarang masalah serta membantu proses penyembuhan permukaan kulit dari dalam.


Cinnamon
✔Bertindak sbg pemudar parut, kulit kayu manis juga bertindak utk mengecutkan jerawat yg tumbuh 
   di muka.

Mari baca kelebihan2 Foundation Charms pulak : ~
✔Menyerlahkan lagi kulit wajah(kesan yg lebih flawless & cerah-tidak berminyak).
✔Mencerahkan kulit dr masalah kekusaman, tona tidak sekata & masalah kulit yg lain.
✔Memberikan perlindungan dari sinar UV iaitu punca utama masalah jeragat.
✔Menambahkan kolagen yg dapat membantu menegangkan kulit wajah.
✔Memperbaiki tisu2 yg rosak di bahagian yg di sapukan.
✔Anti jerawat
✔Tidak basah @ berminyak

Bahan2 dalam Foundation Charms adalah :~
✔Apple Stem Cell
✔Kolagen
✔Minyak Kelapa Dara : utk melembut &membantu mengurangkan kekeringan& kekenduran kulit.
                                        Memberi perlindungan dr sinaran UV yg membahayakan kulit
✔Minyak Zaitun : utk awet muda, anti penuaan & menyerikan wajah
                              Utk mengatasi masalah kulit muka berjerawat, parut & melecur.

Cara2 pakai Foundation Charms :~
1-Cuci muka kasi bersih. Pastikan muka bersih sebelum nak sapu foundation.
2-Guna berus/span (Aku guna berus) utk mendapatkan hasil yg lebih rata sempurna & lebih tahan lama
3-Mulakan sapu foundation Charms pd kening, hidung & dagu. Pastu sapu ke serata wajah termasuk bawah mata & kelopak mata(bagi yg nk pakai eye shadow).

Foundation Charms adalah basic foundation yg mampu menyembunyikan any imperfection kat muka kita seperti jerawat, tompok2 hitam, dark circle eye bag, merah2 dsb. Kita tgk bahan2 dalam foundation tu pun dah tau kebaikan2 nya kan?

Scrub Star Glow :~
Star Glow adalah treatment scrub yg berfungsi utk menyingkirkan kulit mati/kulit kusam serta menghilangkan kotoran yg menyumbatkan pori2 diwajah. Ianya jg mempercepatkan proses Penghasilan kulit Baru(Kolagen) dari bawah kulit  permukaan sekaligus mempercepatkan nutrisi produk kecantikan kita seperti Skincare dsb menyerap ke dalam kulit. Kalo x scrubbing, proses2 di atas akan lambat memberikan kesan.

Star Glow dirumus khas dari bahan2 yg menjadikan kulit kita kulit idaman:
Alpha Arbutin :~Sumber alpha arbutin adalah dari daun bearberry kerana ia adalah ciri-ciri    
                                   penghalang melanin. Memberikan kesan pencerahan berganda tanpa berlaku iritasi.                                    Menjadikan kulit lebih flawless, glowing serta kemerah-merahan. Menyamakan tona                                    kulit 
Vitamin C :~ Sumber utama kulit cantik! Anti-oksida yg sgt hebat! (Mencerah dan menjadikan tona   
                            kulit sekata) Meransang pembentukan collagen asli dr bawah kulit permukaan    
                            Menganjal kedutan Menghalang sinar UV Melembabkan kulit Menyamar cela, jeragat                               serta parut
Ekstrak Teh Hijau :~ Anti oksida yg kuat Mengandungi bahan anti septik dan anti bakteria utk    
                                            menyembuhkan jerawat Mengimbangi pengeluaran minyak di wajah                
                                            Menyejukkan kulit yg ‘sunburn’ Menyegarkan kulit 
Kolagen :~ Protien yang melindungi dan memperbaiki struktur kulit Meremajakan kulit wajah   
                        Menegangkan & menganjalkan kulit Mencerahkan kulit 

Info2 berkaitan Produk Charms telah aku kopi pes dari Page Charms manakala Produk Star Glow telah aku kopi pes dari laman web pengguna.

Wargh...banyak nya aku menaip. Walaupun info nya aku kopi pes tp hakikatnya aku menaip sendiri la..Mana bole kopi pes semua.. Perkataan canggih2 tu aku kopi pes tp perkataan2 kampung tu harus la dari aku sendri..ekekek..

Apapun nk bagitau, Produk Charms mmg terbaik. Sebab aku tak pernah pakai apa2 produk mahal sebelum ni. Balik2 sapu Safi Rania Gold tu je lah. Sekarang sudah upgrade!! Sudah pakai Scrub, Serum & Foundation. Oh ye, aku dah tak pakai bedak tau. Rimas sbb kulit muka kering. Last but not least, thank u Charms!!

Kepada sesapa yg nk guna produk Charms, kot nak cari Stokis @ Pengedar, bolehlah melawat ke http://www.charms.my/ ni. Kat situ semua info ada pasal Produk Istimewa ini. Kat situ la aku kopi pes kebaikan & bahan2 tu..hehehe

Nasihat aku, cantikkan diri utk diri sendiri dan senangkan pandangan mata suami. Jgn terlalu selekeh di mata suami. Hidup kita bukan dalam novel @ drama2. Tu jelah..hihi

~Still In Kapit Nan Sentosa~

Thursday, January 21, 2016

~Jamuan Makan Malam Kelab KESAN JANM Cawangan Kapit~

Assalamualaikum & Selamat Petang....

Selamat datang tahun 2016. Semoga perjalanan hidup kita selalu dipermudahkan dan diberkati Allah Taala. InshaaAllah deh..

Aku bukan nak cerita pasal tahun baru. Tapi nak cerita mengenai dinner yg aku hadiri 2 hari lepas. It was a great moment menjadi SU kepada YDP KESAN. Tak ada banyak meeting yg membuang masa. Meeting ketika benar2 berkeperluan sahaja. That's nice!

Dinner diadakan pada 19.01.2016 ( Selasa ). Tema pakaian, hentam aje la. Asalkan berpakaian. Tak adalah nak pakai dress ke apa kan. Simple2 jer. Bertempat di Tekam Cafe, dekat dengan Hotel Meligai. Kehadiran tidak semua ahli hadir kerana ada masalah2 tertentu. yang hadir tak ada lah ramai sangat. 2 meja aje pun. Hihi....

Jom layan pictures pulak...boring la banyak menaip. Ekekeke!

Barisan Hamper yg sepenuhnya di taja oleh Agrobank dan Maybank. Tq ya penaja!
Albert & Runy
YDP KESAN
Mr. EmCee
Kak Jie & Puan Z
Menu Utama : Ikan Labang masak stim

Gud luck runy.Runy akan berpindah ke AG Sri Aman

Ni ja yg hadir. Lebih kurang 7 org yang tidak hadir
King Of The Night
Queen Of The Night
Meh nak story pasal King & Queen Of The Night tuh. Ada ke patut depa bt pengumuman ada King & Queen Of The Night tiba2 time dinner tu. Cuba la bagitau awal2 kot2 la kami2 ne bole dress up lelawa kan. Huh, xpatut. Dan patut lah incik MC kita pakai macam tuh. Kui3. Tahniah kat depa.

Sebenarnya ada lagi acara cabutan bertuah. Tapi disebabkan aku tak bertuah, tak nak lah share pict, kahkahkah.. Lima nombor telah bertuah dan went to En Collin, En Akem, En Cani, En Apis & En YDP. Setiap penerima hadiah cabutan bertuah dimestikan menyumbangkan lagu. Maka karaokelah mereka. Tapi aku nengok En YDP dgn En MC ja yg semangat giler menyumbangkan lagu. Tak ada tuah kepada golongan hawa, kesian betul kan. Rezeki tidak menyebelahi....huhu

Tu jelah nak cerita. Ekekek..Seterusnya doakan gue dapat pindah tahun ne..Thanks..Selamat, adios!

~Still In Kapit Nan Sentosa~

Thursday, January 7, 2016

~Owh PJJ Bila Mau Berakhir?~

Assalamualaikum & Selamat pagi....

5 bulan tu jangka masa lama kan? Hakikat yg selalu aku perlu terima bahawa betapa sukarnya menghadapi jarak jauh dengan suami. Sebelum ini, aku hanya sendiri dan tak terasa seperti apa yg aku rasa setelah bersuami.

Sekarang, di Kapit aku rasa kurang selamat..sob sob! 

Aku rasa macam tu sejak di ganggu lelaki Indonesia yg menghantar tong gas di rumah bulan Disember 2015. Gangguan SMS sahaja sebenarnya. Tapi dah cukup buat aku susah hati. Sejak itu, aku rasa tak selamat. Sejak itu jugak, aku dengan serius memohon doa kepada Allah semoga aku dapat bertukar secepat mungkin. Tapi tak tahulah bila akan berjaya tu.

uols, kalau terbaca pasal ni, tolong la doakan aku. Aku takut! Tq ya...

Still in Kapit....sob sob