Friday, July 29, 2016

~Kebakaran Di SK Lepong Gaat,Kapit~

Assalamualaikum.

Berita ni sebenarnya dah lepas 3 hari.  26.07.2016 tarikh kejadiannya. Aku tak sempat nak update blog. Sejujurnya aku sangat sedih dengan kejadian macam ni. Apalah nasib adik2 yg bersekolah kat situ? 

Jom tgk pict yg sempat aku cari kat FB serta sumber google. Kejadian jam 7.15 petang.

Maraknya api.
serius aku tak thu nak rasa macam mana bila tgk keadaan ni

Dari jauh
Kesan dari kebakaran
Kesan dari kebakaran
Musnah semuanya
Sedihnya
Huk3
Apalah nasib adik2 ne?
Dari sumber2, macam banyak benda penting yg tak dapat di selamatkan. Semoga dipermudahkan urusan depa ni. Mujur tak ada kemalangan jiwa g dilaporkan sebab ms tu semua murid duduk di dewan. Syukur sangat.

Uols yg lalu di blog ni tolong la doakan depa ne nah. Kesian sgt. Pihak berwajib, sila jalankan tanggungjawab anda. They need their school. Exam UPSR dah dekat sgt2!!

Terima kasih semua sebab baca doa utk depa. Smg urusan kita semua dipermudahkan, aamiin, inshaaAllah.

Monday, July 25, 2016

~Selamat Ulangtahun Pernikahan Yang Pertama~

Assalamualaikum, Selamat petang,

Sedar tak sedar dah setahun dah aku ni jadi bini Abg Bad ye. Cepat sungguh aih masa bergerak. Tak dan nk buat apa2 pun dalam ms setahun ne. Sedar tak sedar jugak, dah setahun aku PJJ dengan Abg Bad. Sampai hati pulak aku tinggalkan dia di semenanjung kan. Rela pulak Abg Bad lepaskan aku sensorang datang ke Bumi Kenyalang ne kan. Rela tak rela, sampai hati ke tidak, setahun dah jugak aku ne berulang alik balik semenanjung, kadang Abg Bad pulak datang buat site visit. Haha..PJJ pun boleh bahagia maaaa...

Kali pertama jejak kaki ke Kapit- November 2015
Kali ke 2-Disember 2015
Tahun 2016 Abg Bad belum lagi datang Kapit. Berapa kali pulak aku balik? Haha..Tak terkira..haha
Aku tak tahulah macam mana kehidupan dema2 yg lagi lama berPJJ ne. Woi, mcm mn muha bertahan? Kuatnya muha deh!!

Kalau diberi pilihan, tak ada yg nak melalui kehidupan PJJ macam ni. Bukan syok pun. Kalau boleh, aku nak Abg Bad selalu depan mata.



Friday, July 1, 2016

~Produk Kecantikan NoraFurla~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hari terakhir sebelum balik semenanjung nak hapdet mengenai produk kecantikan yg aku guna. Produk NoraFurla. Founder nya bernama Nora Adila Bt Mohd Nor, seorang yg sangat tegas dan berani pertahankan team dia. Jujurnya aku sangat menghormati beliau. Beliau seorang yg tak cepat patah semangat dalam berusaha menaikkan nama produk dia dalam pasaran.

Berbalik kepada produk NoraFurla. Produk ne baru di rebrandingkan dan packaging dia tersangat la elegan. Bertaraf antarabangsa gitu.

1) Mascara Nora Furla
Image result for mascara nora furla
Mascara Norafurla Berwajah baru.~Ihsan Google
Sebelum ni Mascara ne dikenali dengan nama Mascara Duoya By Nora Furla. Sempat dowh aku daftar jadi ejen. Menjual di pasaran Kapit tersangatlah mencabar. Sebabnya aku berhadapan dengan masalah komunikasi dengan penduduk yg majoritinya berbangsa Iban yang memang suka bersolek tp dorang suka membeli brg solekan yg harganya jauh lebih murah. Saingan sengit produk aku adalah Mascara Elofar. Pergh!! 

Disini aku senaraikan beberapa keistimewaan Mascara Nora Furla yang sempat aku kaji selama sebulan sebelum aku tarik diri drp menjadi ejen.

***Satu- satunya mascara yg punya Fiber dalam satu stick.
***Mengandungi Vitamin B5 yg mana boleh memanjangkan bulu mata secara sihat bila selalu pakai
***Mudah nak cuci~ Wudhuk Friendly
***Tak ada nak jadi mata panda
***Cuci menggunakan air je semata- mata~ tak perlu guna make up remover
***Harga berpatutan. Masa aku jual, dorang nak abeskan stok, Harga Clearance Sale ms tu RM45 tak termasuk postage. Harga Normal adalah RM79. Korang jangan bandingkan harga Mascara Kak Nora dengan mascara jenama cikai2 beb! Bandingkan dengan mascara brand antarabangsa nu.

Aku baru berjinak dengan barang2 mekap sebenarnya. Dan aku juga bukan jenis nk cuba sebarang barangan kalau nak apply kat bahagian muka. Terlalu berisiko ya bg aku. Dan Mascara Nora Furla selamat digunakan utk org mcm aku. (Stok aku dah abes ya, X dan nk restok).

2) Orange Sleeping Mask
Orange Sleeping Mask~Ehsan Google
Benda ni aku baru dapat semalam. Dan aku dan try mlm tadi. Bila aku bangun pagi ni, aku rasa kulit muka aku lembut je. Macam tak ada dah rasa menggerutu. Tu baru sekali pakai. bayangkan kalau selalu pakai. Boleh licin ne muka aku.

Jom semak keistimewaan produk kedua Kak Nora yang mengandungi ekstrak oren, kolagen & serbuk emas 24k. Apa ada dengan kandungan benda2 ni? Jom baca lagi...

***Membantu membekal dan mengekalkan kolagen dalam kulit
***Membantu melindungi kulit dari kesan pencemaran habuk dan debu
***Melindungi kulit dari sinar UV
***Membantu menghilangkan tompok2 hitam & memberi kesan jangka panjang
***Membantu peredaran darah
***Membantu merawat kulit sensetif
***Menghalang kedutan & garis halus
***Menegangkan kulit
***Melambatkan proses penuaan(anti-aging)
***Memudarkan Jeragat
***Menghilangkan eyebag
***Menghilangkan sembam muka
***meningkatkan kelembutan pada kulit
***Kulit lebih licin & gebu
***Kulit makin berseri & glowing

Orange Sleeping Mask mudah disapu dan cepat meresap ke dalam kulit.
Boleh juga digantikan sebagai Night Cream
Bole tahan sehingga 3 bulan mengikut cara penggunaan.
Harga pula selaras adalah RM90(sm) tidak termasuk postage.

3) Perfect Cover
Perfect Cover Norafurla~Ehsan Google
Benda ni pun aku baru dapat semalam. Dan dah try pagi tadi. Tapi aku try pakai sikit ja. Sayang kot! ahaha. Perfect Cover ne ada dua jenis. Satu Beige khas utk mereka2 yg berkulit cerah dan Natural utk yg berkulit gerhana seperti aku. ahaks!

Antara manfaat bila kita pakai Perfect Cover ni, mari kita baca lagi.....

***Menutup cela secara keseluruhan
***Muka rasa ringan
***Lembut
***Nampak gebu je muka ne
***Jimat masa bagi wanita berkerjaya yg x dan nak belek muka pakai macam2 produk
***Melembabkan kulit muka juga
***Tahan 5 bulan mengikut penggunaan.

Pakai Perfect Cover dah cukup dah. Tak perlu berbedak lagi dah.
Harga pula selaras RM89(sm) tak termasuk postage ye.

Okehla...aku dah letih menaip. Mood menghapdet blog pulak kan. Hahahaha
Akhir kata, beli la produk yang original, Support usaha Kak Nora, Hapuskan produk FAKE!! Jaga kulit muka kita dengan baik. Kulit muka kita adalah anugerah dan amanah Allah. Jangan simply calit alat2 mekap yang kita tak tahu isi kandungannya apa. Bahaya dowh!! Aku hanya mengingatkan korang je. Selebihnya korang fikirlah sendiri. Kulit muka korang kan. Bukan kulit muka aku. Hiks. Peace!!

~Still in Kapit nan Sentosa~
***Mohon doakan aku dapat tukar balik ke semenanjung dengan cepat ye kwn2. Thanks***