Tuesday, October 18, 2016

~Site Visit TAN(O) Ke Kapit~

Assalamualaikum & Selamat petang,

Hari ni Selasa, fikiran aku blank seribu, tadapat berfikir secara logik. Dah kenapa? Hidup aku masih dihantui dengan Laporan Audit Dalam berkaitan Pembayaran AP96(a) tu. Entah la. Kadang aku terfikir kenapa la wujud AP96(a) tu? Geram pulak..Haih!!

Berbalik kepada tajuk asal entry. Pada 11 Oktober lepas, Timbalan Akauntan Negara (Operasi), Tuan Haji Mohamad Azmi Bin Ali bersama Pengarah BPAD, Dato' Zamimi Bin Awang datang buat site visit di Kapit. Macam biasa la, persediaan tu kena ada. Hrmm..

Secara jujurnya, Tuan Haji dan Dato' tersangat la cool orangnya secara peribadi. Apapun, kami semua staf lantikan AG dan staf yang bekerja di AG Kapit sangat menghargai kedatangan Tuan Haji dan juga Dato' ke Pekan Kapit ni.

Lawatan TAN(O) kali ni adalah bersempena dengan persaraan beliau pada Februari Tahun 2017. Masih awal rasanya lawatan ini. Pastilah beliau mahu meluangkan masa yang beliau ada sekarang untuk membuat site visit ke Borneo. Katanya dia rindukan staf2 dia yang bekerja di Borneo khasnya di Sarawak. Yang di semenanjung dia tak rindu katanya, hahaha. Hadoi lawak pulak kan. Beliau melakar banyak kenangan di Sarawak. So, Sarawak ni special sangat dalam hati beliau. Gitewwww!!

Sebelum aku merepek lebih jauh, marilah kita menonton gambar2 yang telah di snap oleh Zul.

11/10/2016 - Tuan Haji dan Dato' dah tiba di Terminal Kapit~ Welcome to both
***Ni bukan kali pertama Tuan Haji ke Kapit tapi kali pertama buat Dato'
Kenangan manis buat Dato' mungkin. Hiks!
***Setiap kenangan mesti diabadikan bak kata Stacy Sumping~Adik kesayangan ku itu
Psssssstt!! Dato' suka bergambar.Shhhh
Sekian pada 11/10/2016....

Sambungan 12/10/2016..

Pagi....
Last time pict with Hapizu..Dia da dapat tukar. Untung laaaaaaaaa
Last time Hapizu with Maggie &Alberto@Kapit
Last time Hapizu with Uncle Collin@Kapit
Last time Hapizu with Miss Lily @Kapit
Last time Hapizu with Miss Hellen, Rekha,En.Victor & Zul @Kapit
Last time Hapizu with them @Kapit
Last time Hapizu with Puan Z dan Kak Jie
Baiiii Hapizu.. Babak terakhir Hapizu di Terminal tadapat kami rasai sebab nak sambut kedatangan Tuan Haji dan Dato' kat ofis. Kami babai je la Hapizu dari Ofis. Pastu ada la kwn2 Hapizu haplot gamba dema di Terminal. 
Kembali kita dengan agenda.

Ready dah duk di tempat masing2. Tapi Tuan Haji dan Dato' tak sampai lagi. Dan la Black Out dua kali. Wakakaka!!!
Watak Utama : Kiri - Dato' Zamimi, Kanan - Tuan Haji Azmi
Bagi cenderahati
Cenderahati
Cuba teka kami tengah bincang pasal apa?
Snap tak cakap!
Percaya ke tidak bahawasanya aku telah mengajak Dato' Zamimi wefie. Ekehkehkeh
Eh, nak jugak kan!!
Dato' dgn Tuan Haji layan ja kerenah depa ne...ahahaha
Semestinya aku nak jugak weh!!! Ehehehehe
Mereka yang lama
Erk!! Hehehee
Maybe terakhir kali ke Kapit katanya..sob sob!!
Kemain lagi kamiorang kan.
Belakang dari kiri : En.Azlan(PPD),Cip Gerald,Albert,Kak Ketty,Hellen,Maggie,Kak Suzie,Rekha,Aku,En.Victor,Pn.Beta(Hospital),Cip Eve,Kak Jie,Puan Z,Lily(PPD),Diana(JKMB),Stanley(Dental),En.Azmi(PPD)
Depan dari kiri : En.Canisius Duki,Dato' Zamimi Bin Awang,Tuan Haji Mohamad Azmi,En.Prabhu
Dengan ini, berakhirlah sudah perjumpaan kami kali ini. Semoga ada lagi perjumpaan akan datang bersama pegawai tertinggi JANM yang lain pulekkkk!!

**Best kan datang Kapit naik bot xpress 3 jam dari Sibu tu. Better rasa sendiri sebelum nak judge ye. 

Sebelum mengakhiri entry ini, dengan rendah hati saya mohon kepada semua kwn2 yang lalu di blog sawang ni mendoakan semoga urusan pertukaran saya dipermudahkan. Saya pun mau balik duduk dengan suami jugak lorrrr. Thanks yaaaaa

~Still In Kapit Nan Sentosa~

Siti Jamilah Bt Che Saad
JANM Cawangan Kapit
23.04.2012-18.10.2016

Monday, October 3, 2016

~ O Positif ~

Assalamualaikum

Image result for sejarah darah o positif
Serius aku tak faham doh!
Aku sangat tertarik dengan tajuk hari ni. Huh, aku insan yang lemah bila tgk darah! Tapi insan yang lemah dengan darah ni nk bercerita mengenai golongan darahnya. Boleh ke macam tu? Ahah!!

Awal tahun ni iaitu dalam bulan Januari macam tu pejabat aku buat aktiviti pemeriksaan kesihatan kat Klinik Kesihatan Kapit. Pemeriksaan menyeluruh katanya. Kat situ, aku request jugak nak cek kumpulan darah. Aku thu kumpulan darah aku ni O tapi tak thu pulak darah O ni ada banyak jenis. Selain itu, aku buat jugak pemeriksaan khas untuk orang perempuan yang dah kawen (Pap Smear), dan UPT.

Esoknya keputusan keluar. P la ambik keputusan sambil kena jumpa doktor.
Kumpulan darah : O Positif
Pregnancy : Negatif (Padahal aku dah thu awal2) Kahkahkah
Papsmear : Belum dapat keputusan. Tggu 3 bulan kata nurse tersebut tapi sampai lani aku x follow up. Sebab nurse tu kata kalau test turn something wrong, dia akan call. Means takdak masalah la tu. inshaaAllah
Tekanan Darah : Ok
Kolesterol : Tinggi sikit tp dah turun daripada tahun lepas. keep working on epal ijo, eh da kaitan ke? (Sebenarnya aku pulun makan buah epal ijo & anggur hijo 2 3 hari sebelum g klinik) Hehehehe..

Image result for sejarah darah o positif
So, aku adalah termasuk dalam golongan mereka yg boleh menderma ke semua kumpulan darah. Konfem darah O+. Bangga sekejap tapi aku belum boleh nak menderma. Pertama sebab hari nk derma tu aku cuti pulak. So tak dapat nak cek sama ada aku layak dak nak menderma darah.

Image result for sejarah darah o positif

Dr. Peter J.D'Adamo siap perkenalkan buku berkaitan dengan makanan yang sesuai dengan kumpulan darah. Bukunya bertajuk "Eat Right For Your Type" diterbitkan pada tahun 1996. Jujurnya aku pun tak pernah baca buku tu. Tapi banyak2 aku google, dema duk sebut nama dia ja. Cer try p sini http://www.dadamo.com/ untuk semakan. Kalau tak dapat, uol boleh taip nama dia n search google. Masuk terus ke Welcome to the Blood Type. Banyak info bleh dapat kat situ.

Bagi yang berdarah O, marilah sambung baca apa yg aku dapat daripada website tu. Jeng jeng jeng!
**** Memiliki sistem imunisasi tubuh yang tinggi berbanding golongan darah yang lain. ( Mungkin jugak sebab aku jarang demam, jarang juga selesema).
**** Mudah mengadaptasi pelbagai makanan ( Mungkin, sebab darah ke aku yang jenis makan tak memilih? Ya, aku boleh makan semua benda yang orang lain tak lalu, tapi aku lalu ja. OMG!! Kecuali sayur, huh!!)
**** Untuk mengatasi tekanan, sila erobik (Oh, aku suka erobik!)
**** Makanan kegemaran - daging dan yg berprotein tinggi( Ada jugak sayur yang aku makan)
Image result for sejarah darah o positif
Sifat2 orang yang berdarah jenis O katanya. Aku ada #Patient & #Strong ja kot. Hahah
Image result for sejarah darah o positif

Image result for sejarah darah o positif
Itu jelah yg aku nak share hari ni. Berkaitan darah O Positif saje ye kawan2. Lain Hari kalo ada masa lagi, aku kaji darah jenis lain pulak deh.

Adiosss

~ Still in Kapit Nan Sentosa~
Doakan saya cepat dapat tuka ye. Makseh.