Tuesday, January 10, 2017

~Transfer Data Dari Phone Memory Ke Memory Card For Android User Only - Vivo Y55~

Assalamualaikum dan salam ceria kawan2..


Hari ni aku nak cerita satu ilmu yg aku pelajari dari sorg blogger ini http://annaasmidar.blogspot.my mengenai pindah data dari memori henpon kepada SD Card. Aku peduli apa kalau uol dah tau. Yang penting, aku baru tau hari ni cara2 nak buat transfer2 data ni.


Umum mengetahui sebelum ni aku pakai henpon Huawei Honor 6 yang kecanggihannya memang aku respek sgt dan henpon itu menjadi harta kesayangan aku. Dan Huawei Honor 6 tidak berdepan masalah untuk transfer data ke SD card.


Bab transferring data ni sebenarnya x sesuai pun utk aku. Sebab aku bukan seorang kaki games. Bukan jugak seorang yg suka download sebarangan aplikasi yang aku x reti pakai. Online banking pun aku x suka nk download aplikasi nya. Jadi aku sebenarnya tak berdepan masalah memori henpon full pun. Cuma sikap suka snap2 pictures n selfie serta selwefie sahaja yg berlambak dalam henpon. Tu pun ikut mood. Kalo hari rs "Eh, terasa comel plak hari ni". "Eh, terasa jelita pulak" dan segala eh terlintas kat hati n fikiran masa tu, ada la pictures nya. Gituh!!


Vivo Y55 yang aku guna sekarang ni sebab terikut husband. Dia punya henpon yg lama tu dah mengalami rusuhan. Itu yg kitaorang beli henpon Vivo Y55 sepasang tu. Beli pun sebab salesgirl tu duk goda. Plus Vivo Y55 ni agak murah kalau nak dibandingkan dengan henpon Huawei Honor 7 yang aku idamkan. (Aku peduli apa walaupun sekarang org dah move on ke Honor 8 atau P9). Kannn


Eh, terbebel panjang pulekkk! Mari aku tunjukkan cara2 memindah data dari memori henpon ke memori kad. Aku dah test pada Vivo Y55 aku, tu la aku berani share.


Kat henpon Vivo Y55 aku klik pada File Manager tu. Henpon jenama lain aku kurang pasti.


Masuk ja File Manager, dekat bawah tu ada category yang mana menunjukkan tahap peratus penggunaan memori. Klik pada Phone Storage dan senarai seperti d atas akan appear. Klik lagi pada Android
Klik pada Data
Klik ja data, senarai ni akan appear. Semua senarai ni sebenarnya aplikasi yang kita donlod tu. Sometimes,ada jugak aplikasi yg tidak termasuk di dalam folder ini. Korang cari ja di folder lain. Perlu aku igt kn sebelum apa2, korang better klik pada SD card dan tgk dalam folder Android tu juga. Tgk ada ke tidak folder yg nama nya sama seperti folder di dalam Android pada Phone storage. Benda ni penting tau! Lepas dah pasti folder yg kita nak pindahkan tu ada nama nya kat SD card, baru lah kita klik pada Edit di atas itu.
After klik Edit tu, senarai ini akan appear. Bole mark mana2 folder yang nak dipindahkan. Mark satu persatu ya. Benda ni kena sabar. Pengguna Vivo tau la kot. Then baru pilih Cut di bawah tu.
Right after pilih cut tadi,beralih pada SD card dan klik edit. Then bole pilih folder yg nama nya sama dengan yg di cut tadi. Utk pengetahuan, henpon Vivo x bole wujudkan folder baru ya. Jadi pastikan Folder yang betul tau.
Pastu boleh Paste. Dah Berjaya dah!! Yeay!!
Klik pada Category utk tgk peratus memory usage. InshaaAllah menjadi uol!!
Dah selesai problem yg husband bangkitkan pagi tadi. Dia punya memori henpon dah full katanya. Aikk?? Dah kaki games tu, faham2 ja la. Harap benda yg aku share ni dapat jugak menyelesaikan problem kwn2 yg lalu di blog ini.


Suka utk aku igtkn, utk henpon lain, jangan tanya aku pulak. Aku pun newbie derrrr. Ni pun puas aku cari dan godek2 henpon. Sampai ke sudah x ketemu jawapan. Nasib terbaca blog kakak neh.Tq kakak.


Pesan aku, henpon henpon jugak, al-quran jangan lupa nk pegang na! Henpon pun gunakan ke arah kebaikan, jgn duk salah guna. Itu jugak la aku pesan pada diri aku sendiri.


Setakat ini sahaja perkongsian. Harap bermanfaat.Thanks for persinggahan.






Regards,


Siti Jamilah Bt Che Saad
JPM

No comments:

Post a Comment