Assalamualaikum dan salam hari senin,
Hari ni nak kongsi mengenai adab2 menumpang. Menumpang ne ada banyak jenis. Menumpang kenderaan orang, menumpang rumah orang dan menumpang yg "itu" (di luar kekuasaan kita ye). Sesapa yang selalu menumpang tu sila la buka mata,buka fikiran, lapangkan dada. Benda ne sensetif tau sama ada bagi yang menumpang itu sendiri atau kepada yang sudi memberi tumpang.
1.Menumpang rumah orang
***Contohnya menumpang di rumah abang kita yang sudah berkeluarga***
1. Ringan kan tangan, tlg apa yg patut.
2. Kalau boleh, bayar sewa bilik. Mana la tau nak duduk lama situ.
3. Tolong kak ipaq hang masak walaupun hang x pandai masak.
4. Tolong kak ipaq hang menyapu. Mana nak tau kak ipaq hang bizi keja, anak kecik lg.
5. Pastu jangan kedekut nak beli barang dapo.
6. Kalau hang rs kak ipaq hang suruh hang buat semua keja rumah sedangkan dia goyang kaki, time tu adalah masa utk hang cari rumah sewa kat tempat lain.
7. Kalau hang bekerja, adab menumpang paling penting adalah jangan balik tgh2 malam. Lain la kalo hang keja kilang yg shift tu. Mungkin abang hang n kak ipaq hang bg kelonggaran.
8. Jangan sesekali bawak pakwe/makwe balik rumah time abang & kak ipaq hang tadak kat umah.
2.Menumpang kereta orang
1. Hormat la orang yg bg hang tumpang. Tambah2 lagi hang x leh bawak kenderaan sendiri.
2. Jangan suka buat dia menunggu hang. Kalo bleh biaq hang yang nak tumpang ni tggu dia.
3. Sila punctual. Kalo x, sila memandu kenderaan sendiri.
4. Bersabar bila kawan hang terlewat sikit. Jangan nak marah2.
5. Jaga perasaan kawan hang, jangan pentingkan diri sendiri je.
6. Hafal jadual kerja kawan hang supaya hang dengan dia x terlewat masuk kerja.
7. Sesekali, tolong la bayar duit minyak kereta dia. Kita dah la menumpang, x kan nak duduk macam mem besar pulak kan.
8. Belanja makan sesekali pun boleh derrrr.
9. Jangan sesekali ambik kesempatan bila kawan hang baik dan lembut hati. Jadi la umat manusia yang berhati perut. Jangan kejam sangat!
10. Terkadang si pemberi tumpang ni segan nak bercakap sama ada hang dah makan masa dia. Sebagai penumpang, kena sedar diri la woi.
11. Tolong jangan bagi alasan budak tadika "bangun lewat", "jam tak bunyi". Ckp ja terus terang "Maaf terlewat banyak". Tak payah bagi alasan apa2. Alasan jam tak bunyi x bleh pakai. Hang pakai jam apa? Jam kat henpon pun ada, jam loceng ada, jam tangan ada, jam dinding ada. Pastikan semuanya berbateri.
12. Satu ja nasihat aku kalo hang pensyen menumpang kenderaan orang nak p kerja, perangai hang kena mekap kasi lawa, sila bangkit pukul 3 pagi. Kalo gigih pukul 7 baru nak menggeliat, si kawan hang tu patut say 'goodbye","sila p sendiri"..kejam bunyi kan? Tu kalau aku yg bawak kereta la.
Eh, kalau aku nak cerita, 4 hari 4 malam pun x habis ni. Dah tu, tegeliat abih lidah aku duk baca bahasa pekan. Aku ni biasa baca bahasa kapung. Letih woi typing bahasa pekan. Aku saja la typing bahasa pekan, kalo aku typing bahasa kapung aku, sat g ada plak perkataan yang muha x faham, jenuh pulak aku nak ambik keja Google Translator..haha-ok gurau jer!
Setakat tu ja la aku menaip. Selamat menumpang kepada yg menumpang, sedar diri sikit ye kalo dah menumpang tu. Nak tumpang buat cara nak tumpang.
Thank u kepada yg sudi baca sini.
Regards,
Siti Jamilah Binti Che Saad,
JPM
No comments:
Post a Comment