Assalamualaikum dan salam petang,
Untuk pengetahuan, usia pernikahan aku menghampiri ke angka 2 tahun dan sudah 8 bulan aku duduk serumah dengan suami. Sebelum itu, kuma PJJ di mana suami aku di Shah Alam dan aku di Sarawak.
Isu yg cuba aku kupas kat sini adalah berkenaan dengan zuriat.
Sapa la yg x mo anak bila dah kawen kan. Aku sendiri pun nak kalo Allah bagi.
Tapi buat masa lani, tak dak lagi rezeki. Kedepan nu, Allah saja la yg thu. Aku pun x berani nak kata.
Bila balik kg, isu ini yg cuba aku elak dengan buat muka cool.
Aduyai, aku nak buat macam mana kalo tak mengandung lagi. Percaya lah, aku tak pernah planning ka apa kebenda. Kalo ada rezeki, adalah tu. Itu la pegangan aku laki bini.
Cuma bila Allah tak bagi anak lagi lani, aku cuma ambik pendekatan yg Allah nak aku laki bini fokus dengan apa yg ada lani. Mungkin saja lani kuma dua belum cukup kuat berkasih sayang. Mungkin saja kuma tak berapa kenal secara mendalam satu sama lain. Mungkin kuma tak cukup masa berkenalan, tak cukup wang ringgit. Dan paling penting, mungkin kuma belum cukup meminta dari Allah. Allah rindu la tu kat kuma. Rindu pada rintihan kuma. Rindu pada rayuan kuma laki bini.
Bila difikir balik, Allah bagi aku banyak masa utk aku tido, makan, mandi, kerja, tgk tv, sembahyang, baca Quran, layan laki (oopsss) dengan perasaan tenang dan gumbira tanpa memikirkan benda lain. Bayangkan kalau aku ada anak nanti, banyak ke masa utk aku buat semua tu dengan tenang dan tanpa tekanan? Allah dengan baiknya bagi aku peluang utk menggunakan masa yg Dia bagi dengan happy, kenapa aku nak marah hanya kerana aku lambat dapat anak?
Aku nampak semua hikmah tu bila aku tgk orang yg ada anak kecik. Dengan tak cukup tido, dengan sembahyang pun katanya tak berapa nak kusyuk, dengan nak ber*k pun rasa terkejar kejar sbb anak duk panggil kat luar toilet, rasanya aku mampu tak nak hadap? Allah thu yg aku mungkin tak mampu nak hadap lagi, tu la Dia tunggu aku betoi punya bersedia. Dan Allah pun sebenarnya memupuk sifat kesabaran dalam jiwa aku. Sifat aku kan seorang yg kurang sabar. Ini fakta, seorang yg kurang sabar ni kalo ada anak pastu anak dia buat perangai, tak mustahil didera anak dia. Aku jugak seorang yg baran. Mungkin Allah nak asuh aku supaya kurang sikit perangai baran tu. Well, Allah knows me very well. Don't have to worry.
Ok lah, tu je aku nak share. Aku malas nak peduli kalo orang bertanya kenapa aku tak mengandung lagi. Allah akan bagi pada masa yang sesuai, pada masa yg umat Dia bersedia. Perancangan Allah kan lebih baik dari perancangan kita, hambaNya yang kerdil dan lemah.
Apa pun aku sangat bersyukur kerana dikurniakan husband dengan famili in law yg sporting gila. Mak mertua yg sangat baik. Husband yg sangat memahami walaupun kadang2 ada perangai dia yg buat aku geram rasa nak tenyeh macam belacan. Hrmm..
Sekian entry ne.
Sampai jumpa lagi keh!
Love,
Siti Jamilah
JPM
Monday, July 17, 2017
~Aidil Fitri 2017~
Crazy over the handsome boy Anas Naufal |
Thun ne, aku dgn husband beraya di Kedah jugak. Tetap jugak Kg Bukit Nambua tadak A pada musim cuti raya. Nasib la hari pun x berapa panas. A hanya x putus pada hari Jumaat iaitu hari last kuma di kg. Tak patut sungguh la keadaan tu.
Hari raya banyak cover umah adik badik. Rumah BFF x ketinggalan la. Dan selit 2 3 keping gamba. Ehehe..
Mari tgk gamba raya 2017. Aauummm
Pagi raya |
Open House Fizah @ Pendang |
Kuma dan laki kuma serta anak dema |
Kuma Ber5..Missing the other 3 |
Laki kuma in action |
Kuma dan laki kuma beserta anak dema |
Jangan pisahkan dema.Uhuk!! |
Rumah Hazimah |
***********
First time sambutan raya di JPM bagi aku. Meriah weh!! Dah la bahagian kuma ni rame, ada la 80 orang lebih. Pastu juadah pulak dibuat secara booth2. Setiap unit kena cabut undi la nak sediakan juadah pa. Syiok weh bila ingat balik.
Unit Tuntutan : Dessert dan buah - buahan
Unit Operasi : Sup - ni unit aku, unit kuma pilih untuk sediakan juadah Soto
Unit SULP : Ketupat, nasi himpit dan kuah kacang
Unit Aset : Lemang dan rendang
Menu utama pulak disediakan oleh Unit Penyelarasan iaitu Nasi Minyak, Sate dan Laksam. Huih..pada hari berkenaan iaitu Jumaat 07.07.17, alkisah byk la makanan kuma di ofis.
Mari la kita melayan pict yang sempat aku snap. X banyak pun gamba yg aku ambik pd hari tersebut walaupun aku bawak Kamera DSLR abang bad. Sebabnya, entah! Aku pun x thu kenapa aku malas nak ambik gamba pada hari tersebut.
Booth SULP |
Booth Unit Operasi |
Unit Tuntutan |
Booth Unit Aset belum siap lg ne..hahah |
Salam 0 - 0 |
haha...gamba x jelas |
Selwefie with Kak Anim dan Wanie |
21 Syawal 1438h
|
Syawal dah dekat penghujung dah baru gigih nak sape umah abg pais |
Hello Anas Naufal. Jangan buat muka terkejut sangat. Anty cubit nanti...kiki Oh My Allah!! Dah kenapa muka aku lagi lebar dr muka husband? |
Selwefie dulu dengan dak Nanahey! |
With Nanahey dan Ija |
Comey giler kalo guna kamera henpon Oppo Anty Ija. Love! |
Ko jangan terkejut sangat la Anas oiii..Ni kan Selfie yg sama macam ayah ko ajar tu jugak laaaa. Bezanya gambaq Anas comey sgt kat sini sbb Anty Ija punya henpon camera dia khas utk Selfie. |
*********
Last but not least, gamba raya family in law. Sebenarnya ada gamba yg lebih proper tapi suka ati aku la nk letak gamba yg ne. Gamba ne nmpk tak berlakon, x kayu dan hidup. |
Terima kasih kerana membaca sampai ke perkataan terakhir.
Till we meet again soon!
Love,
Siti Jamilah
JPM
Subscribe to:
Posts (Atom)