Monday, July 17, 2017

~Hikmah dan Planning Allah SWT~

Assalamualaikum dan salam petang,

Untuk pengetahuan, usia pernikahan aku menghampiri ke angka 2 tahun dan sudah 8 bulan aku duduk serumah dengan suami. Sebelum itu, kuma PJJ di mana suami aku di Shah Alam dan aku di Sarawak.

Isu yg cuba aku kupas kat sini adalah berkenaan dengan zuriat.
Sapa la yg x mo anak bila dah kawen kan. Aku sendiri pun nak kalo Allah bagi.
Tapi buat masa lani, tak dak lagi rezeki. Kedepan nu, Allah saja la yg thu. Aku pun x berani nak kata.
Bila balik kg, isu ini yg cuba aku elak dengan buat muka cool.
Aduyai, aku nak buat macam mana kalo tak mengandung lagi. Percaya lah, aku tak pernah planning ka apa kebenda. Kalo ada rezeki, adalah tu. Itu la pegangan aku laki bini.

Cuma bila Allah tak bagi anak lagi lani, aku cuma ambik pendekatan yg Allah nak aku laki bini fokus dengan apa yg ada lani. Mungkin saja lani kuma dua belum cukup kuat berkasih sayang. Mungkin saja kuma tak berapa kenal secara mendalam satu sama lain. Mungkin kuma tak cukup masa berkenalan, tak cukup wang ringgit. Dan paling penting, mungkin kuma belum cukup meminta dari Allah. Allah rindu la tu kat kuma. Rindu pada rintihan kuma. Rindu pada rayuan kuma laki bini.

Bila difikir balik, Allah bagi aku banyak masa utk aku tido, makan, mandi, kerja, tgk tv, sembahyang, baca Quran, layan laki (oopsss) dengan perasaan tenang dan gumbira tanpa memikirkan benda lain. Bayangkan kalau aku ada anak nanti, banyak ke masa utk aku buat semua tu dengan tenang dan tanpa tekanan? Allah dengan baiknya bagi aku peluang utk menggunakan masa yg Dia bagi dengan happy, kenapa aku nak marah hanya kerana aku lambat dapat anak?

Aku nampak semua hikmah tu bila aku tgk orang yg ada anak kecik. Dengan tak cukup tido, dengan sembahyang pun katanya tak berapa nak kusyuk, dengan nak ber*k pun rasa terkejar kejar sbb anak duk panggil kat luar toilet, rasanya aku mampu tak nak hadap? Allah thu yg aku mungkin tak mampu nak hadap lagi, tu la Dia tunggu aku betoi punya bersedia. Dan Allah pun sebenarnya memupuk sifat kesabaran dalam jiwa aku. Sifat aku kan seorang yg kurang sabar. Ini fakta, seorang yg kurang sabar ni kalo ada anak pastu anak dia buat perangai, tak mustahil didera anak dia. Aku jugak seorang yg baran. Mungkin Allah nak asuh aku supaya kurang sikit perangai baran tu. Well, Allah knows me very well. Don't have to worry.

Ok lah, tu je aku nak share. Aku malas nak peduli kalo orang bertanya kenapa aku tak mengandung lagi. Allah akan bagi pada masa yang sesuai, pada masa yg umat Dia bersedia. Perancangan Allah kan lebih baik dari perancangan kita, hambaNya yang kerdil dan lemah.

 Apa pun aku sangat bersyukur kerana dikurniakan husband dengan famili in law yg sporting gila. Mak mertua yg sangat baik. Husband yg sangat memahami walaupun kadang2 ada perangai dia yg buat aku geram rasa nak tenyeh macam belacan. Hrmm..

Sekian entry ne.
Sampai jumpa lagi keh!


Love,
Siti Jamilah
JPM

1 comment:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete