Tuesday, July 10, 2018

~Fenomena Drama Nur di bulan Ramadhan 2018~

Related image
Drama Nur

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Aku terpanggil nak review drama yang mendapat tempat dalam hati masyarakat Malaysia
Trending cerita ni di media sosial bulan Ramadhan hari tu.
Drama Nur pada pendapat aku, sangat lain dari yang lain.
Bukan sahaja berjaya membuka mata hati ramai penonton, tapi berjaya buka minda aku ni juga.

Jika ditanya, layak ke gadis lorong macam Nur dapat suami seperti Ustaz Adam?
Jawapan yang aku dapat masa ni, Ayah Haji kata " Ustaz Adam beruntung sebab diberikan peluang oleh Allah untuk menjadi petunjuk kepada gadis bernama Nur untuk berubah ke arah yang lebih baik atau ayat yang lebih sesuai adalah untuk Nur keluar dari dunia lorong."

Kalau aku di tempat Ustaz Adam pun, aku akan beristighfar panjang.
Sebab menjadi seorang yang boleh digantung harap ni bukan perkara mudah tau.
Tapi ayat Ayah Haji tu membuka mata hati untuk memahami hikmahNya.

Drama Nur mengisahkan seorang Nur yang sedang  mencari hidayah Allah.
Dia cuba untuk keluarkan dirinya dari dunia yang dipenuhi dosa.
Tapi dia ditentang hebat oleh mak kandung sendiri.
Dalam dia sedang dalam pencarian, dia terpesona dengan ilmu Ustaz Adam yang banyak menjawab persoalan dia.

Aku bukan nak cerita karakter Nur ni.
Tapi aku nak simpulkan apa yang aku dapat sepanjang aku mengikuti drama Nur.

1. Betul ke masyarakat tidak menyokong insan seperti Nur yang ingin berubah ke arah yang lebih baik?

- Ayah Haji kata " Tak semua wanita dilahirkan dalam keluarga sempurna seperti Aishah, anaknya."

2. Talam 2 muka - Watak Ustaz Madi sangat menjadi. Bukti, seorang ustaz juga punya nafsu.

3. Bersangka baiklah kita sesama manusia.

4. Redha seorang mak.

5. Ilmu Hitam


Aku mengikuti drama ini hingga episod akhir.
Dan maaf, aku baru nak sambung. Aku mula menaip ni masa drama Nur masih episod 16.
Tak tahu hujung cerita kan masa tu, jadi aku tangguh kejap.

Dah tahu hujung cerita macam tu, barulah aku update.
Aku tahu dah lambat, aku bizi la kan tengah beraya ni.

Hey, korang layan tak drama Nur ni?


Till then.


Siti Jamilah
JPM, Putrajaya

2 comments:

  1. Haha…apa plak xlayan.
    Episod memula mmg xtgk pstuh terpanggel utk tgk marathon satu demi satu episode tp tgk sedutan2 jerk..xigt start tgk full dr episode brp.

    Citer neh mmg lain dr lain. Sbb byk pengajaran. Antaranya…pengajaran yg kita dapat tak semestinya orang yg alim dan bergelar ulama’ tak ditimpa dgn ujian. Malah lg hebat. Contoh mcm mak adam dan kakak adam aishah…Nampak macam orang baik2 bertudung labuh, agama kuat tp percaya benda2 karut dan langsusng xterima Nur sbg sebahagian dr ahli keluarga. Atau erti kata lain pemikiran dorang KOLOT. Mereka rasa mereka tentu ahli syurga tp Nur asal anak lorong dah tentunya tempatnya di Neraka. Kat ctu pown Allah dah uji iman seseorang tuh samada dye bantu Nur untuk berubah atau terus sisihkan Nur. Ujian dorang lagi hebat sbb dari ahli keluarga latar belakang baik2 tetiba anak sendiri kawen dgn org yg xbrp elok latar belakang. Allah uji dorang utk terima Nur kea tau tak? Allah uji iman dorang dengan hati yg busuk dan bersangka buruk.

    Dan kesimpulannya, Allah tuh Maha Adil kpd semua hambaNYA. Bagi hambaNYA setiap satu ujiam utk lihat bagaimana kita selesaikannya. Tak kiralah kau baik atau jahat. Tak terkecuali.

    ReplyDelete