Monday, January 21, 2019

~ Anak Adalah Anugerah ~

Assalamualaikum dan selamat awal pagi chuols!

Cerita pasal anak ni sebenarnya isu sensetip bagi golongan yang dah menikah over 3 years. Awak yang sedang TTC tu setuju ke?

Apa yang saya nak tekankan dekat sini adalah Allah knows what is the best for us.

Bohonglah kalau dah nikah tapi tak nak ada anak. Terutamanya saya dan suami sangat suka pada anak² kecil.

Kami dah berusaha, cuma belum rezeki.
Rasanya Allah lebih tahu keadaan kami suami isteri.

Mungkin bukan zuriat yang kami perlukan buat masa sekarang. Kan dah kata tadi Allah lebih tahu.

Dengan keadaan saya dan suami yang mempunyai masa tidak menentu, mungkin kalau kami ada anak, anak kami tu akan terabai. Jadi apa maknanya zuriat yang kami lahirkan? Setiap anak perlukan kasih sayang mak pak dia.

Memang!! Sebelum kita dikurniakan zuriat, kita ada berjanji untuk berikan zuriat kita kasih sayang secukupnya. Tapi kita ni manusia biasa. Bila penat sikit, kita mula serabut. Tambah pula sejenis mak pak yang suka tinggalkan solat wajib ni. Ada anak boleh ke tenang beribadat?

Sementara Allah belum kata ada rezeki zuriat untuk saya dan suami, saya sangat yakin bahawa Allah nak kami berdua fokus berikan masa untuk meratap/merayu pada Dia.

Allah akan bagi bila tiba saatnya.
Allah akan bagi bila Dia tahu kita sangat perlukan. Kita tinggal mintak dan terus mintak.

Sambil tu, jangan lupa menabung "Tabung Zuriat" supaya bila adanya benih dalam rahim nanti, perbelanjaan untuk dia sudah disediakan. Boleh ke boleh?

Jujurnya saya sangat takut dengan masa sekarang. Paling saya takut kalau saya tidak mampu memberikan didikan yang sebenar kepada zuriat saya.

Saya punya impian besar untuk zuriat saya.
Saya selalu berjanji untuk berikan ilmu dunia dan ilmu akhirat buat zuriat saya. Ilmu yang sama seperti arwah pak saya ajarkan saya.

Saya kalau mampu, saya tak nak dedahkan gajet pada zuriat saya. Meskipun sekarang saya adalah peniaga ONLINE.

Inilah yang saya kata tadi, Allah knows.
Kalau Dia kurniakan saya zuriat sekarang, macam mana saya nak fokus dengan perniagaan Part Time saya kan?

Ya, saya sangat positif!!
Saya yakin Allah akan kurniakan zuriat pada saya pada waktu yang tepat supaya saya tidak menyesal di kemudian hari.

Dari posting ini, awak yang sedang baca tu dapat sesuatu tak?

Do you have faith and trust toward Allah Azzawajalla?

Have faith!

Love,
Jemz.

No comments:

Post a Comment