Friday, December 31, 2021

~Banjir 2021~

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Aku nak cerita pengalaman menghadapi banjir di Shah Alam. Sebab sepanjang hidup aku tak pernah melalui pengalaman banjir ni kecuali masa study Polimas dulu la. Tu pun tak tengok betul-betul macam mana air banjir tu naik, tak lalui pengalaman redah banjir dengan kereta semua.

18 Disember 2021

Tarikh yang mungkin aku takkan lupa sampai bila-bila kot. Seram nak ingat. Pahit nak lupa. Ha, camtu. Jam 12 tengah hari, aku tengok hujan belum berhenti sejak malam. Sat lebat, sat rintik-rintik. Aku konfem kan balik dengan Kak Na sama ada jadi ka dak nak gi Bangi - rumah maksu dan ayah teh depa. Aku ni bukan pa, risau nak berjalan time hujan. Tak terfikir pasal banjir ke apa. Depa kata jadi sebab dah janji, maksu pun dah masak nasi dagang katanya.

Kami keluar dari rumah lepas Zohor. Naik Exora je lah sebab Syafik tak ikut, kena masuk kerja. Keluar dari simpang, elok sampai tang simpang nak pi Masjid Ubudiyah tu, air dah naik tang selekoh tepi sekolah integrasi tu. Banyak kenderaan patah balik, masuk jalan nak pi sekolah Seksyen 19. Tang tu tinggi sikit.

Lancar sampai di lampu isyarat yang aku selalu guna bila balik kerja tu, air dah mula naik. Kat depan sikit, ada pokok tumbang. Semua kenderaan yang lalu situ kena patah balik. Laluan sebelah pun naik air juga. Kalau video ni semua boleh buka, boleh la tengok. Kalau tak leh buka, aku pun tak tau lah lagu mana nak buat. Eheh.


Video di bawah ni selepas meredah air di jalan lepas u-turn. Jalan di kiri tu air dah mula naik.


Tak habis disitu, kena redah air di depan AEON pulak.


Seram gila aku yang merakam ni. BamBad asyik duk suruh rakam, aku pun tak paham kenapa aku nak kena rakam? Takpalah, aku pun ikut jelah arahan. Pukui 2 petang, kami dah meredah banjir. Cuma tak da lah menyangka air akan naik pada belah malamnya.



Singgah sebentar ambik Che Mat kat Shell di area Bangi. Ni pun dipaksa rakam. Rakaman kat bawah.


Makan nasi dagang kat rumah moksu. Terima kasih moksu

Lepastu gi rumah ayoh teh pula. Depa bakar kambing. Lepastu jemaah magrib sekali. Lepas tu baru buat keputusan untuk gerak balik. Padahal dah tengok telefon, ramai update Shah Alam naik air. Yakin Seksyen 19 tak kena banjir, kami balik.

Perjalanan lancar lalu ikut Puchong sehinggalah tiba di Seksyen 24, stuck kat situ dekat 2 jam jugak. Air naik cepat betul. Mak menakan dan pak menakan BamBad kerap tanya kami kat mana. Kalau tak boleh gerak, depa minta patah balik ke Bangi. Masalahnya macam mana nak patah balik? Devider tinggi, depan air pulak tinggi. Jalan sebelah pun naik air juga.


Lastnya sampailah turn kereta kami pula untuk meredah. Mujurlah ada lori di depan. Jujurnya perlahan benar kereta bergerak. Sedangkan air di depan makin tinggi. Risaunya!! Tengah follow lori, lori tu berhenti kat tengah jalan tu. Terpaksa lah BamBad take over lori tu dan redah banjir yang airnya dah mula masuk dalam kereta dah. Ya Allah!!! Aku dah mengucap panjang. Aniq dan Kakak pun aku paksa depa berzikir. Masing-masing dah terdiam, kelu dan beku campur sejuk.

Alhamdulillah, walaupun perlahan, kereta selamat sampai di atas jalan selepas air banjir tu. Cuma kereta terus mati kat situ membuatkan kami semua menarik nafas lega. Cuma separuh rasa lega dan berfikir lagi sama ada Exora okay ke tidak. 15 minit cuba hidupkan pun, masih tak berjaya. Lastnya BamBad turun dan hisap rokok dulu sebatang dan kami dalam kereta semua aku paksa berzikir.

Alhamdulillah, Allah tolong. Exora hidup dan berjaya bawa kami balik sampai rumah dengan selamat. Cuma ikut laluan alternatif yang bila-bila masa air akan naik.

BamBad ajak tengok jalan kat depan. Air paras pinggang uiii. Elektrik pun takda time ni.



Aku masak nasi pun guna dapur gas. Dah lah gelap. Perut pun lapar. Masak la sikit. Goreng ikan bilis dengan bawang. Cukuplah tu untuk alas perut. Abaikan dapur yang kotor cikit tu.


Gambar selanjutnya aku letak sebagai kenangan je lah. Air masuk dalam dapur sikit dan naik kat depan rumah.

Kat depan rumah

Kat dapur. Nasib baik sempat angkat peti ais dan freezer naik tempat tinggi sikit.

Pagi 19.12.2021 (Ahad)

Depan Aeon

Dari tingkap bilik, nampak air melimpah dari longkang belakang.








Alhamdulillah, air tak masuk banyak dalam rumah. Kiranya takda kerosakan. Cuma kena cuci sikit lah di lantai dapur dan lantai depan rumah tu.

Apapun, aku doakan semua yang terkesan dengan banjir dipermudahkan segala urusan. Bersabar dan bertabahlah.

Sekian dari aku. Update hari last 2021.

Jem

Shah Alam, Selangor 

Thursday, June 17, 2021

~SEKELUARGA (11 ORANG) POSITIF COVID-19~ Ramadan Yang Pilu, Syawal Yang Suram~

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Gais, aku nak bagitau bahawa sesungguhnya kuma sekeluarga di Shah Alam ni disahkan POSITIF COVID-19 (April - Mei 2021).  Bulan Ramadan.

Allahuakbar. Benda yang sebuleh bulehnya kuma tak moh la, tapi terjadi juga. Masalahnya kuma tak thu dari mana virus ni mari. Entahlah, tak dapat nak agak macam mana terjadi.

Dalam minggu tu, Kak Na, Adik dan aku demam. Rabu malam 21 April tu aku demam teruk gila. Panas betul aku rasa badan aku. Aku minum air BV Alfalfa nak kasi cepat turun panas. Dengan mata pedihnya, dengan tak laratnya. Dengan letak kain lembab kat dahi, tengkuk dan ketiak, last Bad suruh telan ubat demam. Hari Khamis 22 April, aku sepatutnya ambik EL haritu. Tapi masa scan suhu, normal ja suhunya. Aku pun anggap aku sihat la. Tapi disebabkan ada kerja urgent nak kena setel haritu jugak, aku gi ofis jugak. Disebabkan bos aku EL haritu, aku rasa aku bertanggungjawab nak kena setelkan urusan tersebut. Dan hari Jumaat memang aku EL sebab aku  rasa tak larat. Jumaat tu, demam aku dah kebah dah. Aku ingatkan aku demam sebab nak ABC. Memang ak betul2 ABC pun. Soalnya aku pernah demam sebab nak ABC. Rasa macam tu jugak la, tapi yang kali ni punya sakit pinggang macam nak putus. So, aku anggap benda tu normal.

Ahad 25 April, Kak Na dan adik bongsu kata dema hilang deria bau/rasa. Isnin 26 April dema gi buat swab test. Mak mentua aku pun ikut buat swab test walaupun dia kata dia ok, deria semua ada. Cuma dia tak larat. Aku pulak serba salah dah nak gi ofis. Sebab aku dah tak demam time tu. Dah sihat, aku gi ofis jugak.

Selasa 27 April, dapat result swab test dema. Tiga2 positif, Allah. Masa Bad call tengah hari tu, ibu pi PPUM nak ambik neb sebab dia sesak nafas. Bad call suruh balik. Aku rasa tak keruan time tu. Nasib bos ok, dia suruh balik. Mak mentua pulak terus admit kat PPUM petang tu.

Rabu 28 April, kuma semua gi buat swab test. Termasuk Aniq dan Humairah. 

Khamis 29 April dapat result. Aku serba salah nak cerita sebab ramai geng ofis tanya dah dapat result ke. Sebab tak nak buat orang panik, aku bagitau bos aku dulu. Nati dia bincang dengan admin dan SUB semua. Lepastu baru SUB blast kat grup. Ya gais, kami semua POSITIF COVID 19

Aku rasa bersalah betul sebab kerana aku gi ofis, dema yang kontak rapat dengan aku akan kena buat swab test. Allahuakbar. Memangla aku pun tak minta semua ni jadi. Aku pun takut tau. Aku sedih sebab aku rasa bersalah. Kawan2 ofis semua cakap semua ni bukan salah aku. Benda nak jadi dema kata.

Jumaat 30 April kuma semua gi CAC Stadium Melawati. Selama ni aku dengar je apa yang Puan Irina cerita. Tak sangka aku kena lalui juga suasana ini. Harini kuma pakai gelang pink. Adik, KakNa da Syafik kena masuk Hospital Sungai Buloh sebab ada komplikasi kesihatan. CheMat pula kena masuk MAEPS sebab kena pantau BP dia tinggi, 1 Mei dia gi Maeps. Yang lain kuarantin kat rumah sebab ada antara kuma tak dak simptom pun macam aku dan Bad serta Maz, Aniq dan Maira. Syakir ada batuk sikit ja.

Malamnya mak mentua aku whatsapp di grup family, dia bagitau akan masuk wad ICU. Masa tu kuma semua bersyukur sebab ibu awal2 lagi dah admit kat PPUM. Takleh bayang kalau ibu pi CAC jenuh pening nak tunggu. 30 April malam tu ibu masih mampu pegang henpon dan selfie. 

1 Mei Syakir call ibu. Ibu kata dia kurang ok. Sesak Nafas. Oksigen dalam darah masih kurang dan dalam pemerhatian doktor. Tengah hari tu ibu whatsapp dia minta maaf, minta halal semua benda, siap pesan hidup adik beradik jangan bergaduh.

2 Mei, awal pagi jam 1 ibu whatsapp kata kena masuk ICU. Fuh lama tunggu wad disiapkan. Kami semua doakan ibu kuat dan kami semua bersangka baik yang ibu pasti boleh sihat semula. Malamnya Syakir update sepupu depa yang kerja kat PPUM ada whatsapp cerita tentang keadaan ibu kat ICU. Rasanya ibu mungkin dah tak dapat nak pegang sendiri henpon dia sebab banyak wayar dah dipasang kat tangan dia. Time tu sepupu depa kata ibu mungkin akan ditidurkan lepastu nak dimasukkan tiub pernafasan. Satu jam lepastu Syakir kata ibu dah ditidurkan dan dah intubate.

3 Mei adik bongsu dah boleh discharge dari Hospital Sungai Buloh dan sambung kuarantin kat rumah.

4 Mei KakNa pun boleh balik sambung kuarantin kat rumah juga.

5 Mei kami menanti update dari kawan Bad yang kebetulan kerja kat PPUM. Disebabkan dema guna bahasa perubatan, lepastu aku pun tak berapa faham situasi sebenarnya macam mana, kuma keep berdoa semoga ibu cecepat sihat.

Harini juga aku dapat info 4 kawan pejabat Positif Covid 19. Ya Allahuakbar. Benda yang hari2 aku minta jauhkan semua kawan2 dari wabak ni nampaknya tak dimakbulkan. Nak tak nak aku terpaksa terima hakikat dengan deraian airmata. Sesungguh hati aku mohon kemaafan dari dema sebab benda ni melibatkan nyawa sekeluarga. Aku rasa bersalah sungguh. Paling aku doa Umar anak Nora tu sebab hari Isnin ka Selasa sebelum aku swab test tu, dia mai peluk aku weh. Aku bersyukur sebab tak merebak ke anak2 dema. Keluarga dema semua negatif selepas second swab test. Aku down gila bila ingat balik. Sebab tu la aku tak kuat nak mengarang. Hati aku tak kuat sebenarnya.

6 Mei - Kuma dapat berita yang ibu bagi perkembangan yang baik. Mungkin akan offkan ubat tidur. Ya Allah, sujud syukur kuma.

7 Mei - Syafik boleh balik sambung kuarantin kat rumah. Update dari kawan Bad pula, katanya ibu dah sedar, Alhamdulillah. Ibu dah extubate dan dipindahkan ke wad ICU Covid. Masa ditidurkan, ibu di General ICU sebab nak close monitor.

8 Mei - Kuma gi CAC Stadium Melawati untuk potong gelang. Alhamdulillah dipermudahkan.

10 Mei - Che Mat discharge dari Maeps. Alhamdulillah semua anak2 ibu dah berkumpul kat rumah dan berjaya harungi tempoh kuarantin. Petang ni aku dan Bad gi beli barang yang ibu minta. Petang ni pun ibu video call dengan dema kat rumah. Malam, aku dan Bad gi hantar barang2 yang ibu nak.

11 Mei - Awal pagi dalam jam 1 ada video call dengan ibu. Semua dapat cakap dengan ibu. Semua happy tengok ibu makin sihat.

Tengah hari - Masa aku nak sembahyang zohor, sempat lagi aku tengok whatsapp. ada adik update pasal ibu. KakNa pun update. Katanya jantung ibu terhenti dan doktor tengah CPR. Allahu. 

Elok nak takbiratulihram,  Maz mai ketuk bilik cakap ibu dah tak ada. Aku dengan bertelekungnya terus ke bilik Kak Na. Dema semua duk teriak. Aku terus peluk Kak Na kuat2 sebab Kak Na ja yang duk teriak paling sendu kat situ. Adik dan Maz masih boleh kawal lagi. Aku tak boleh kalau orang teriak bunyi kuat2, aku cepat sedih. Aku pun bukan tak sedih. Air mata duk tubik jugak. Tapi sebab aku dah hadap banyak kali kematian, jadi aku rasa tak boleh nak teriak macam tu. Hakikatnya, aku sedih.

Lepas Kak Na dah reda sikit, aku naik ke bilik sembahyang zohor. Terus sekalian baca yaasiin dan mintak dikuatkan kuma semua. Aku pun update dekat Bos di unit Operasi dan Puan Rabiah. Masa Puan Rabiah call, aku teriak juga sebab aku rasa sebak. Aku tak pasti nak hadap masa depan macam mana. Puan Rabiah kasi kata- kata semangat supaya terus bersabar. Tak sangka aku teriak dalam telefon, dengan Puan Rabiah pulak tu. Ya lah, aku tenangkan adik ipar, Puan Rabiah tenangkan aku pula. Terima kasih Puan Rabiah dan kawan2 yang bagi kata semangat time saya down haritu.

12 Mei - Bad diminta ke PPUM uruskan pengecaman dan imamkan solat jenazah kat sana. Alhamdullah semuanya dipermudahkan dan jenazah ibu dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam mengikut prosedur. Syukur juga sebab Allah aturkan begitu, kami pun dah habis tempoh kuarantin dan boleh ke tanah perkuburan.

13 Mei - 1 Syawal penuh suram. Tapi kami redho dan bersyukur kerana ibu dijemput dalam bulan Ramadan, bulan yang penuh kemuliaan.

Semoga ibu tenang di alam sana. Tiada doa selain itu yang kami semua panjatkan buat ibu, abah dan semua yang telah pergi dulu.

Kalau ada yang kata this is only political conspiracy, i want you to know that covid 19 is real. Belum lagi cerita Long Covid yang aku alami sampai lani tak baik2 lagi. Walaupun masa disahkan positif tu aku sebenarnya takdak simptom apa pun. Habis kuarantin, belakang sakit2, tak boleh duduk lama2, selera makan on off, tidur pun terganggu. Serius tak selesa. Tapi bersyukur sebab tak batuk, tak ganggu sistem pernafasan.

So gais, untuk ke sekian kalinya aku nak pesan. Jaga diri, jaga SOP. Dapat peluang divaksin, pi ambik. Kita kena usaha patuh SOP, duduk dalam rumah kalau tak ada urusan kat luar. Tambah2 lagi sekarang kan virus corona varient ganas2. Serang orang tak kira muda ka tua. 

Jaga diri, jaga keluarga. Semoga Allah lindung kita dari wabak.

Al-Fatihah untuk semua yang dah pergi. InshaaAllah nanti kita semua juga akan menyusul.


KakJem, Shah Alam.

Thursday, March 25, 2021

~Cover Wedding Asri X Nabilah dan Omar X Ainul~

Dari kiri - Ainul, Omar Haniff, Asri dan Nabilah

Assalamualaikum dan salam sejahtera geng. Alhamdulillah majlis dema ni selamat dijalankan pada 9 Januari 2021. Diadakan dengan SOP yang ditetapkan berserta jumlah tetamu yang dibenarkan.

Omar dan Ainul bernikah pada 28 Disember 2020. Disebabkan aku tak dak di tempat kejadian,aku guna gambar yang disebarkan dalam group family jelah.






Suci ikatan terbina dalam persalinan putih bersih. Selamat Melangkah Ke Alam Perkahwinan Anak Saudaraku. Alhamdulillah, Tabarakallah.

Asri dan Nabilah pula menikah pada 31 Disember 2020 dalam persalinan off white sedondon di Pejabat Agama Daerah Kulim. Kan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, maka akad nikah dema diadakan di Pejabat Agama Daerah Kulim. Hanya dua orang wakil dibenarkan masuk bersama pasangan. Aku dengan Banoq yang masuk. Nasiblah aku yang masuk, dapatlah aku rakam detik2 cemas akad nikah dema ni. First time masuk Pejabat Agama sebagai wakil, aku excited la jugak. Heheh. 

Ajom tengok gamba yang sempat aku rakam.
Aku sebagai kakak, wakil kepada Asri dibenarkan masuk. 2 orang wakil ja bagi setiap pihak.

Alhamdulillah siap akad nikah. Gamba akad nikah aku rasa macam dalam iPhone Asri. 

Alhamdulillah officially aku dah dapat adik ipar perempuan yang pertama.

Bukan gambar edit.

Ni lah antara yang gi temankan Asri. Aku tukang ambik gamba.

Selesai majlis akad nikah, Pak Cik Ramli, ayah kepada Nabilah ajak kuma gi makan2 kat rumah dia. Manakala Asri dan Nabilah berlepas untuk sesi outdoor photoshoot. Tunggu punya tunggu, dema tak balik2, aku dengan Bad kena hantar Roni balik Penang pulak. Nasib jugak la, kalu tidak, pishang adik aku hat tu kena tunggu abang dia.

Lepas tu baru aku dengan Bad balik Nambua Hill. Dan la berehat sat hari Jumaat tu. Sempat lagi gi jumpa kawan sekampung di Taman Berlian. Bukan pa, kes dia lama sungguh tak jumpa Asriah ni. Sambil2 tu gi tengok rumah baru dia. Hrmm, molek tak patut. Syoknya deco2 rumah sendiri.

Dari kiri, Aziah, Fizah dan Asriah

4 orang kuma ja

Masa ni aku baru lepas menderita gastrik

Kemain menu brunch haritu.

Takyah banyak fikir, makan ja lah nasi lemak tu

Kek Batik Lazat

Donat Lejen

Muka muka kekenyangan

Bukan selalu nak posing kat rumah Asriah

Azi duk men tarik2 tali beg pulak

One with Asriah

Dalam beg ni ada Therapant saiz 70.





Apa la kekok nau abam berdua ni

Nak jugak kena suruh FREE STYLE

Nampak happy sebab dah thu rumah As.
Sabtu 2 Januari 2021

Majlis kenduri kat rumah ayah Nabilah di Selama, Perak. Jauh jugak la. Kuma dari Nambua Hill pukul 9 pagi, sampai rumah pengantin pukul 1 tengah hari jugak. Masa kat Penang, duk tunggu Asri dengan Roni dari rumah sewa dema, kereta Asri terLOCK dari dalam masa berenti kat Petronas Tok Kangar. Kelam kabut dibuatnya. Dia suruh patah balik pi sana, sekali dah u-turn, kereta dah boleh buka, orang Petronas tolong buatkan. Last2 sama2 bertolak dari Petronas tu jam 12 dah rasanya.

Sampai rumah kenduri di Selama dekat pukui 1 petang. Lapar terketar ketar aku. Aku masa tu tak boleh langsung perut kosong. Kena makan ontime. Huhu..

Sat nak boh gambar ler. Taip banyak2 pun bukan ada yang rajin baca pun kan. Herher


Dengan adik aku yang last

Haruslah ada

With Ayra - Entah betui dak ejaan nama cucunda ku ni

HasNuri Lover


Ayam Masak Merah

Sebenarnya haritu ada 3 pasang pengantin. Yang sepasang lagi belum sampai katanya.

Gulai daging kot

Ikan masak 3 rasa.

Acar timun

The real gulai daging takdak hiasan

Gambar bawah pokok ja ada. Dengar kata ada sungai dekat2 situ. Tapi sebab cuaca panas sangat, tak jadi nak gi




Family yang gi kenduri







Suruh berlakon bagi bunga, bila jadi. hrmm


Ayra dengan tok wan Njang...hahah


Panas Lit Lit Aih. Anak menakan ku sekeluarga yang sampai juga ke rumah kenduri.

Sekian la cerita makan kenduri di Selama, Perak. Jalan nak gi rumah Pak Cik Ramli tu haluih ja. Aku paling seriau tang berselisih dengan kereta lain. Huhuuu... Alhamdulillah selamat pergi.

Lepastu aku dengan Bad patah balik hantar adik aku, Roni balik rumah sewa dia kat Penang. Abang, kakak aku serta anak2 menakan terus balik Kedah. Boleh la aku jamak takkhir dan mandi manda. Aku mengantuk juga tu sebenarnya. Lepak rumah sewa Roni sampai pukui 6 petang baru kuma drive balik Shah Alam. Alhamdulillah.

Aku sambung kerja sampai Khamis. Hari Khamis malam tu aku balik kampung lagi. Untuk walimatul urus Asri dan Omar. Buat kenduri kat rumah Omar. Asri tumpang kenduri Omar. Jadilah dua mempelai haritu. Jap lah cari gambar.

Katanya berkumpul di Masjid Pulau Kijang

Sambil2 tunggu Omar, dan la kuma selfie 2 3 kerat. Hehe


Rombongan Nabilah sampai lebih awal dari kuma di Masjid tu.


Family Nabilah

Bos tempat kerja Asri rasanya

Kawan2 tempat kerja Asri di Penang. Kilang dia Jepun.





With Yong, kakak kepada arwah pak aku daaa. Yang lain tu sepupu

Duk tak duk, kenal pulak katanya dulu kerja sekali masa di KL.

Geng sekampung

Eh eh!! Ni sejenis baka haluih. Tengok kak dia la woii

Hat belakang tu anak Cikgu Mizi kot. Duk nusut pa kata nak ambik gamba...

Ada bertambah anak tok imam di situ.



Family belah arwah mak













Anak2 menakan kuma

Kawan Asri

Kawan Asri



Family Nabilah dengan Kak Yam



With family Cani





Pengantin Lama Pakej Sekali 2 Pasang Anak




With Mak Cik Liza

With Pak Cik Wahab dan Mak Cik Liza




Di belakang tabir




Haruslahhhhh. Cuma menyesal pakai baju ni. Sis nampak gemuk. Nasib la tugas ambik gamba jer, gamba sendiri takdak. Herherher

With Family Alamin

Lepas Asar camtu, Omar kata nak buat gamba outdoor. So, kuma bawak dema ke Rumah Buluh la. Situ merupakan rumah sepupu aku. Gamba tak edit dulu aku letak. Mostly ada gamba aku jugak sebab situ laki aku yang ambik gamba. Jom tengok...





















Nampak dak gais gamba tak edit ni. So, gamba kecik sudahlah. Last part is yang aku rajinnya edit.

Haa, tepuk!!
Cantik ke gais suasana camni? 

Herher

Gambar Asri dan Nabilah tak banyak sebab dema kena balik Kulim petang tu. Ada hal kecemasan. Lepastu malam balik Nambua Hill pulak. Kerja gila betui.

Puas nak melentur dema ni. Malu katanya

Susah jugak aih edit. Cemuih baq hang.




Puas kontrol gelak. hahah









Alhamdulillah dah habih dah semua gamba yang molek2. Yang tak molek, aku simpan ja sendiri. Lepastu kan masa kuma masih di Nambua Hill, PM umum nak PKP pulak. huhuuuu. Jenuh la aku dengan Bad terkejar kejar rasa nak setelkan misi tertangguh.

Dan alhamdulillah, kuma sempat  balik ke Shah Alam dengan selamat. Lepastu PKP dan kes Covid-19 terus meningkat dengan banyaknya. Bermula la kuma pun Bekerja Dari Rumah dan  selang seli gi opis.

Sampailah bulan  Mac ni kes semakin menurun dan aku harap kes semakin turun dan turun sehingga takdak kes dah. Jujur ye gais, menetap di negeri yang MERAH agak menakutkan. Pergerakan semua terbatas dan hanya lepak kat rumah depan Laptop pantau ePerolehan, mygpis and so on with out paper. Ni boleh kata paperless tapi sesungguhnya tak puas.

Alhamdulillah, nampak semakin pulih. Semoga sinar Ramadhan yang bakal tiba ni, semakin berkurang la kes seterusnya dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Kat sini takleh gi masjid lagi buat masa lani.

Eh, tolong doakan aku khatam Qur'an sebelum Ramadhan ye. By the time, mula Ramadhan,  aku boleh mula dari awal. Target aku nak khatam dalam masa sebulan bulan  Ramadhan tu. Lani aku banyak skip sebab ada ulser kat bawah lidah. So, tak boleh nak baca bunyi betul2. Terganggu rasanya. Harap ulser aku tu cepat baik. Aamiin.

Terima kasih gais baca sampai huruf terakhir ni. Alhamdulillah.

Jem