Friday, December 31, 2021

~Banjir 2021~

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Aku nak cerita pengalaman menghadapi banjir di Shah Alam. Sebab sepanjang hidup aku tak pernah melalui pengalaman banjir ni kecuali masa study Polimas dulu la. Tu pun tak tengok betul-betul macam mana air banjir tu naik, tak lalui pengalaman redah banjir dengan kereta semua.

18 Disember 2021

Tarikh yang mungkin aku takkan lupa sampai bila-bila kot. Seram nak ingat. Pahit nak lupa. Ha, camtu. Jam 12 tengah hari, aku tengok hujan belum berhenti sejak malam. Sat lebat, sat rintik-rintik. Aku konfem kan balik dengan Kak Na sama ada jadi ka dak nak gi Bangi - rumah maksu dan ayah teh depa. Aku ni bukan pa, risau nak berjalan time hujan. Tak terfikir pasal banjir ke apa. Depa kata jadi sebab dah janji, maksu pun dah masak nasi dagang katanya.

Kami keluar dari rumah lepas Zohor. Naik Exora je lah sebab Syafik tak ikut, kena masuk kerja. Keluar dari simpang, elok sampai tang simpang nak pi Masjid Ubudiyah tu, air dah naik tang selekoh tepi sekolah integrasi tu. Banyak kenderaan patah balik, masuk jalan nak pi sekolah Seksyen 19. Tang tu tinggi sikit.

Lancar sampai di lampu isyarat yang aku selalu guna bila balik kerja tu, air dah mula naik. Kat depan sikit, ada pokok tumbang. Semua kenderaan yang lalu situ kena patah balik. Laluan sebelah pun naik air juga. Kalau video ni semua boleh buka, boleh la tengok. Kalau tak leh buka, aku pun tak tau lah lagu mana nak buat. Eheh.


Video di bawah ni selepas meredah air di jalan lepas u-turn. Jalan di kiri tu air dah mula naik.


Tak habis disitu, kena redah air di depan AEON pulak.


Seram gila aku yang merakam ni. BamBad asyik duk suruh rakam, aku pun tak paham kenapa aku nak kena rakam? Takpalah, aku pun ikut jelah arahan. Pukui 2 petang, kami dah meredah banjir. Cuma tak da lah menyangka air akan naik pada belah malamnya.



Singgah sebentar ambik Che Mat kat Shell di area Bangi. Ni pun dipaksa rakam. Rakaman kat bawah.


Makan nasi dagang kat rumah moksu. Terima kasih moksu

Lepastu gi rumah ayoh teh pula. Depa bakar kambing. Lepastu jemaah magrib sekali. Lepas tu baru buat keputusan untuk gerak balik. Padahal dah tengok telefon, ramai update Shah Alam naik air. Yakin Seksyen 19 tak kena banjir, kami balik.

Perjalanan lancar lalu ikut Puchong sehinggalah tiba di Seksyen 24, stuck kat situ dekat 2 jam jugak. Air naik cepat betul. Mak menakan dan pak menakan BamBad kerap tanya kami kat mana. Kalau tak boleh gerak, depa minta patah balik ke Bangi. Masalahnya macam mana nak patah balik? Devider tinggi, depan air pulak tinggi. Jalan sebelah pun naik air juga.


Lastnya sampailah turn kereta kami pula untuk meredah. Mujurlah ada lori di depan. Jujurnya perlahan benar kereta bergerak. Sedangkan air di depan makin tinggi. Risaunya!! Tengah follow lori, lori tu berhenti kat tengah jalan tu. Terpaksa lah BamBad take over lori tu dan redah banjir yang airnya dah mula masuk dalam kereta dah. Ya Allah!!! Aku dah mengucap panjang. Aniq dan Kakak pun aku paksa depa berzikir. Masing-masing dah terdiam, kelu dan beku campur sejuk.

Alhamdulillah, walaupun perlahan, kereta selamat sampai di atas jalan selepas air banjir tu. Cuma kereta terus mati kat situ membuatkan kami semua menarik nafas lega. Cuma separuh rasa lega dan berfikir lagi sama ada Exora okay ke tidak. 15 minit cuba hidupkan pun, masih tak berjaya. Lastnya BamBad turun dan hisap rokok dulu sebatang dan kami dalam kereta semua aku paksa berzikir.

Alhamdulillah, Allah tolong. Exora hidup dan berjaya bawa kami balik sampai rumah dengan selamat. Cuma ikut laluan alternatif yang bila-bila masa air akan naik.

BamBad ajak tengok jalan kat depan. Air paras pinggang uiii. Elektrik pun takda time ni.



Aku masak nasi pun guna dapur gas. Dah lah gelap. Perut pun lapar. Masak la sikit. Goreng ikan bilis dengan bawang. Cukuplah tu untuk alas perut. Abaikan dapur yang kotor cikit tu.


Gambar selanjutnya aku letak sebagai kenangan je lah. Air masuk dalam dapur sikit dan naik kat depan rumah.

Kat depan rumah

Kat dapur. Nasib baik sempat angkat peti ais dan freezer naik tempat tinggi sikit.

Pagi 19.12.2021 (Ahad)

Depan Aeon

Dari tingkap bilik, nampak air melimpah dari longkang belakang.








Alhamdulillah, air tak masuk banyak dalam rumah. Kiranya takda kerosakan. Cuma kena cuci sikit lah di lantai dapur dan lantai depan rumah tu.

Apapun, aku doakan semua yang terkesan dengan banjir dipermudahkan segala urusan. Bersabar dan bertabahlah.

Sekian dari aku. Update hari last 2021.

Jem

Shah Alam, Selangor 

No comments:

Post a Comment