Friday, November 17, 2023

~ Wedding Day Roni n Tun VS Aidilfitri ~

 Assalamualaikum dan salam sejahtera gais,

Lama kan aku tak update? Ye, malas tu satu hal. Letih pun satu hal. Takpa lah nooo, aku teruskan dengan agenda sebenar aku kat sini malam ni, time ni...

Adik Aku Bertunang

24 Disember 2022

Masa dia cakap pasal niat nak mendirikan rumahtangga tu, aku macam..... Boleh ke ehhhh, adik aku jadi laki orang? The feeling was totally sama macam aku terima berita Bayi nak bertunang dulu tu. Betapa lupanya aku bahawa adik aku dah cukup dewasa, ada perasaan nak berbini tu, Ya Allah. Selebihnya aku paling takut dia tak mampu jadi suami. Paham2 la jadi suami ni tanggungjawab dia MashaaAllah berat ye. Aku paling seghiau kalau bini rasa teraniaya buleh laki tak bertanggungjawab, abai agama tu semua ~ Ya Allah, minta simpang laaaaa.

Delegasi yang gi majlis bertunang Paksu. Aik, mana Ngah Yam? Kuma bawak Ngah Yam, wakil arwah mak. KakYam, KakChah, Banoq KakRoh, Bayi Nabila, Alamin Aishah, Adam Malik. Pastu Bakop PakCha, Kak Fatma sebagai jurucakap. Tapi grup lelaki ku tak dan nak ambik gamba pun..herher

Aku rasa KakChah nebes ni. Bukannya Tun...hahah

Alhamdulillah selamat dah bertunang.
Macam tak caya.
Sat ja upacaranya.

Mudah sungguh. Bakal mentua Roni pun nak yang mudah2 ja. Syukur alhamdulillah. Selesai satu bab. Pastu gamba kuma la pulak.



Sebenarnya ada banyak gamba. Tapi aku lupa nak transfer ke laptop.


Ramadan Tahun niiiii
Penuhi jemputan Majlis Buka Puasa CDC kat Pulse Grande. Alahhhhh, hotel depan opisku. Buleh la gi. Coba dia buat di KL, idak lerrrrrrr...

Sambil2 tunggu turn nak gi ambik makanan kata ter, dan lagi snap snap.

Menu malam tuuuuuu, penuh pinggan uiii

Nampak kan penuh dengan protein....

Buah2 jangan lupaaaaa

Bos ku pun joinnnn

Penuh la meja dengan makanan....

Kak Wati ganti Nurul...hehehh

Alhamdulillah rezeki makan sedap2

Lelaki pun ada naaaaa walaupun 3 ketul je


Pastu gi majlis buka posa JPM pulak di Puspanita. BKew ada beberapa meja disediakan. Tapi random la, pilih la nak duk mana2 meja. Basically, kuma suka berimpun. Bonding dah macam adik beradik gitu.
Baru 2 meja depan belakang....

Sebab di meja kuma ni rajin ambik gamba, maka muka kuma ja la banyak dalam frame. Yang lain tu, nasib korang lerrrrr

Tak habis2 lagi kuma ter. Selagi tak bunyi bang magrib kaaaaa

Geng BKew. Aku ja tak berjubahhhhh



Gamba dema di JPM

BKew Peeps. Tapi tak semua ada pun. Termasuk aku. Hahah

Last day Ramadan. Kuma yang masuk opis. Komited ya 9 ketuls niiii. Sebab comel, aku besarkan gamba ni max...hehhhh

Salam Aidilfitri

Tahun ni macam special sebab ada mak sedara Bad beraya dengan kuma. Tapi ianya mengundang sebak bila dia teringat ke arwah abang dan kakak ipar dia. Kalau nak thu, aku ni hari2 pun sebak. Dulu balik kija ada juga berpapasan dengan ibu kat pintu bilik dia. Laniiii.....tinggal KakNa dalam bilik tu. Selalunya bila aku balik kija sampai rumah magrib2, dengar KakNa mengaji. Sejuk perut ibu mengandungkan awak, KakNa. 

Atas - 2022
Bawah - 2023

Macam biasa, raya pertama di Shah Alam. Malam baru gerak balik Kedah.

Open House ni selepas kuma kembali dari kampung.



Bila aku cek balik, tau kaaaaa?
Aku tak ambik banyak gamba di kampung. Lepastu baru aku teringat bahawasanya aku tak gi beraya mana2 pun. Raya ke-2 aku gi rumah Banoq dan chu saja kalo tak salah. Pastu cuaca pun hujan bila petang. Lepastu gi Econsave beli buah nak buat hantaran kawen Roni. Bizi ye nak sambut adik ipar baru. Dan la gi raya makan kue mue kat umah NgahYam. Tapi tak ingat haripašŸ¤£

Bukan tu ja, aku tak dan nak gi raya rumah kawan2. Takdan kataku. Rumah adik beradik pun tak gi semua macam tahun sebelum2. Kalut sungguh laaaaa

Akad Nikah Roni

Tibahhhh aku rasa macam hensem pulak adik akuuuuu...hahah

Tun

Dema yang ikut gi akad nikah Paksu

Kutiiiii

Kak Anis & Kak Balqis

Ngah Yam, KakYah, Anis & Balqis


Roni with Alamin

Masa ni Tun sorang2 ja. Tu yg adik beradik gi berimpun tang tu.


Tak thu la dia nebes ka dak

Tadak kusyen pa ehhhh. Kuma ingatkan akad nikah dalam masjid. Rupanya kat luar ni ja. Sejuk punggung2šŸ˜‚


Ni lepas akad nikah. Lafaz taklik



Ehhhh, tibahhhh jump to this pict. Sebenarnya ada gamba kuma ramey2 lepas majlis akad nikah. Tapi aku lupa save di drive. Aku ambik gamba di drive ja. Dey, padahal buleh ja ku upload sebab gamba tu di henpon....ehhhhh

Nak jugak dehhhhh




Raya ke-5

Kenuri pihak Roni pulak. Ikutkan kuma, takmoh buat dah kenuri. Tapi Banoq nak buat. Buat kat rumah dia. Serba salah kuma takut susahkan dia sekeluarga. Tapi ikut jugak la. Roni guna katering ja. Tapi Banoq tetap nak masak jugak sikit. Dia takut tak cukup.

Alhamdulillah, went well belaka. Tapi ramey tetamu mari tegur ku. Hakikatnya Mak Njang sangat terkenal di kampung ~ ahaks!

Jom tengok gamba laaaaa.






Anak2 nakan. Syafiq & Adam 


Banoq, BamBad & Bayi

Pengantin

With Lah

Kawan kilang kot

With mak & ayah Tun

Delegasi Cikgu Sabri

Family Tun


Ish, gamba pa caghak tera niiiii. With maksu & sepupu kuma

Wa Hen & anak2 cucu

Pidush

Hasil capture from Adam 

Muka letihhhhhhšŸ˜‚

Cik dari joh duk sengih

Dia tak caya ku ambik gamba diašŸ˜‚

Cikgu Sabri, Imran & Bayi

With org kuat surau/masjid al-falah

Alamin, Aishah & Uwais

KakRoh, Afza & Wafi

Omar duk layan paktam diašŸ˜‚

Lepas Asar dalam kul 6 camtu kuma gi ambik gamba outdoor. Ish, jadi tak thu nak ambik gamba tang mana. Ingatkan nak ajak gi Masjid Bukhori tapi kesian pengantin letih.

Kuma bawak gi sungai Konerang ja. Ambik sikit ja gamba di situ.










Lepas tengok sungai Konerang, kuma singgah umah Bibah. Ambik gamba kat situ lak. Jadi lahhhh buat kenangan.













Lepastu berenti sat sebab hujan. Nak sambung lagi tapi letih ngat ehhhh. Aku pun letih, dema lagii laaaaa.

Jap nak sambung boh gambašŸ˜‚
Delegasi kuma yang gi majlis akad nikah tu. Sambil2 tu ku upload terus ke drive, maka terus buleh masuk ke sini haaaaaa.





Yang sempat ku edit. 

Edit lagiiii


Maka dengan itu, sekianlahhhhhh untuk kali ini.

Cuti raya yang aku tak gi ke mana pun. Selain cek in rumah mak mak nakan dan rumah abang kakak, yang lain mohon ampun maaf. InshaaAllah lain kali balik ku marathon okey.

Buat yang setia baca blog aku, thank you. Doakan aku dapat tukar kerja kat Shah Alam na. Bosan dah driving gi kija di Putrajaya. Bukan tak bersyukur tapi nak ubah angin pulak, cari pengalaman baru. 

Jem
Shah Alam
17112023

No comments:

Post a Comment