Salam Aidilfitri from Bahagian Kewangan, JPM |
Assalamualaikum dan salam sejahtera gais.
Aidilfitri nya dah lama berlalu. Nak masuk Aidiladha lagi 2 minggu...heheh. Aku baru ada mood nak update sini. Cuma nak ingatkan, mungkin kalini tak banyak gamba seperti tahun sebelum2 nya.
Macam biasa seperti tahun2 sudah, aku masih bekerja pada hari last Ramadan. Aku tu mula2 rancang nak balik Nambua Hill masa kursus di Grand Alora pada 24hb. Maksudnya pertengahan Aidilfitri macam tu.
Entah macam mana, aku ubah fikiran balik malam raya ke-3. Maksudnya raya ke-3 baru aku sampai rumah. Lama tak lama, sampai 16hb aku di Nambua Hill. Tapi tak sempat cover rumah semua orang punnnnn.
Salah satu sebab aku jadi nak balik tak balik tu sebab Nambua Hill ada masalah air. Dengan cuaca lagi yang kemarau panjang masa tu. Tapi aku decided balik juga laaaaa.
Dan aku bersyukur sebab aku balik kampung time tu. Rupanya Allah nak bagi aku tengok abang aku hat sakit tu last time. Walaupun masa aku di kampung, dia warded 3 hari 2 malam kat hospital. Selasa siang tu, dia balik rumah dah. Sempat la makan laksa yang aku buat. Eksaited aku buat laksa sebab ada air haritu sepanjang hari. Lepas makan tu, dia keluar gi mana ntah sampai la masa aku nak balik Shah Alam, dia tak balik rumah lagi. Itulah masa jamu laksa tu lah kali terakhir aku tengok dia makan dengan muka berseri sambil cerita dia beli buah pelam dengan air tembikai.
17 April 2024
Aku sampai Shah Alam dekat pukul 9 pagi sebab hujan lebat gila. Kami berenti kat rnr untuk sembahyang subuh dan bekpes sekali. Lepastu baru gerak balik. Sangkut jem sebab orang gi kerja time tu.
Hari tu aku berehat lah. Esoknya baru nak gi ofis.
18 April 2024
Masa aku tengah masak nak bersaho sebab aku nak posa 6, adik2 aku call banyak kali. Tapi sebab aku tengah goreng lauk, tak la aku nak jawab call. Tak pegang telefon pun time tu. Dah banyak kali sangat dema call, aku pun call balik.
Time tu la adik aku hat last tu cakap "Bamad tadak dah sat ni, thu dak lagi?" Aku macam blured sat. Otak macam loading, tak leh terima kenyataan. Sebab aku baru tengok dia sihat baru keluar wad maren dulu. Aku sebak tak thu nak kata gena.
Aku kata aku baru sapey Shah Alam, tak balik takpa dak? Dema semua kata ikut suka aku la nak balik ka dak. Sebab dema pun thu aku baru sapey Shah Alam sehari, takkan nak balik pulak kannnnn. So, dema pun assumed yang aku tak balik.
Aku makan juga saho nya tapi tak leh telan dahhhhhh. Aku nak balik! Aku kata ke Bad, jom la balik, tak leh la kalo tak balik. Aku nak teriak dengan dak ter sama banyak. Sebak tak terkata dahhh.
Nak jadi cerita, bakul baju aku hat bawak balik dari Nambua Hill pun aku tak kemas tu la yang bawak balik pulak. Ada hikmah rupanya kenapa aku malas kemas. Time tu, aku pun blast wasap ke grup Operasi yang aku ondaway balik Nambua Hill sebab abang meninggal dunia.
Dalam kereta aku teriak. Aku sedih sebab aku kadang2 marah ke Bamad. Aku selalu emosional. Sebab aku geram. Tapi masa aku balik kampung, aku pastikan aku topup semua bekalan makanan untuk dia. Dia baik ja dengan aku. Aku yakin dia tak pernah mengata bukan2 pasal aku. Dia pun rajin tanya khabar melalui sms. Cuma aku ja lah kadang2 tu rasa nak marah ja. Selalunya aku mengucap istighfar kalau nak bercakap dengam Bamad ni. Kenapa ntah aku camtu. Tu lah aku jadi sedih bila thu dia takdak secara mengejut camtu.
Bila aku sampai kampung, semua terkejut. Sebab adik2 aku kata aku tak balik. Rupanya aku balik jugak. Mustahil kan kalau aku tak hantar Bamad gi rumah baru dia.
Apapun aku bersyukur sebab Bamad dah tak tanggung sakit dah di dunia ni. Masa akhir2 haritu, dia sangat susah tido malam, sesak nafas dan lelah. Itulah punca dia gi hospital, check in diri sendiri tanpa bgtau aku. Aku heran dia gi mana tak balik malam tu. Dan pagi esoknya ada nombor aneh telefon, dia kata Bamad ada di wad HKN. Petangnya aku gi melawat dia di wad dengan Kak Chah sekali. Dia happy kuma gi melawat dia. Dia minta la biskut, mineral water dgn a kotak time tu.
Berbalik cerita , Alhamdulillah, sempat lah aku join masak2 tahlil dengan adik beradik selama 3 malam sampai Sabtu. Sabtu malam aku balik Shah Alam.
Aku mula kerja hari Isnin sampai Selasa ja. Rabu 24hb aku bertolak balik Kedah pulak untuk urusan kursus di Grand Alora sampai Jumaat. Lepas kursus, aku gi SP rumah adik aku sat. Petang baru balik Nambua Hill.
Sabtu 27hb kuma gi pasang batu nisan. Aku sempat order batu nisan hari Ahad masa aku sampai Shah Alam.Tu pun sebab adik aku suruh. Sebab dema thu aku akan balik kampung lagi 26hb nanti. Bila sampai kampung, batu nisan dah siap dah, tinggal nak pasang ja. Alhamdulillah dipermudahkan.
Ternyata sunyi sepi rumah. Dulu ada gak la Bamad batuk2 dehem2. Ni kaaaaa, sepinyaaaa. Aku sambung cuti sampai Rabu sebab nak kemas rumah. Abang kakak dan adik2 aku suruh kemas dan bakar benda2 yang dah tak pakai.
Aku dan Bad kemas lah apa yang termampu. Tapi tak selesai lagiiii. Entah bila aku nak sambung tuuuuu.
6 May 2024
Majlis Aidilfitri Bahagian Kewangan. Takda banyak gambar aku ambik sebab aku dalam fasa pemulihan perasaan. Dan hari2 sebelum tu pun aku posa terus. Aku jadi tak lalu makan. Masih ada rasa sedih tu.
Doaku tak pernah putus semoga Bamad tenang di alam sana, inshaaAllah. Mungkin dia camtu, tapi kita tak tahu mungkin pahalanya melimpah lebih dari kita yang sihat ni. Doa saja la yg aku mampu kirim ke dia.
Jom lah tengok gambar jamuan raya BKew.
Geng lelaki |
No comments:
Post a Comment