Assalamualaikum & Selamat Pagi...
Antara soalan2 temuduga minggu lepas :
1.Andai jabatan ingin membuat baju korporat tp peruntukan tidak mencukupi. Apa tindakan yg perlu dibuat?~ Jujur aku ckp yg aku tak pasti. Mestilah aku tak pasti sebab aku bukan duduk di unit kewangan yang perlu observe mengenai peruntukan. Jadi jawapan tak pasti aku adalah mohon peruntukan dari HQ.Haha..jawapan yg benar adalah pembelian Baju Korporat sebenarnya tak boleh guna duit mengurus. Maknanya guna duit Kelab or duit sendri lerr..Totally salah jawapan aku..huahuahua
2.Apa itu AP94? ~ Pun aku tak dapat jawab sebab aku x baca pun pasal AP94. Jawapan tepat adalah penyerahan sebahagian peruntukan kepada seorang pegawai lain. AP94 ada a,b & c. Semua mengenai penyerahan sebahagian peruntukan jika perlu. Bahasa kewangan sgt buka buku AP..Hrmm
3.Sila jelaskan apa itu pembayaran AP58.~ Perbelanjaan tahun lepas yang dibayar menggunakan peruntukan tahun semasa.
4.Jika peruntukan tidak mencukupi utk membuat pembayaran di bawah AP58?~ PTJ perlu mohon kelulusan dari KSU dan KSU akan forwardkan permohonan kepada MOF utk mendapatkan kelulusan sebelum pembayaran boleh dibuat. Dan rujukan kelulusan perlu dinyatakan pada catatan senarai semak BB.
5.Bagaimana utk mendapatkan capaian eSPKB?~ OMG! Ini semua bukan yg aku buat. Dan aku sendiri tidak menggunakan sistem eSPKB. Jadi jawapan aku tidak pasti.
6.Kenapa perlu berubah dari asas tunai ubahsuai kepada akruan?~ Utk memberi gambaran kedudukan kewangan kerajaan yang lebih menyeluruh dan tepat. Jawapan aku hari tu kelaut kot, gara2 x igt apa yg aku baca.
7.Apa maksud aset dipermodalkan?~ Aset yang di iktiraf @ di rekod sebagai aset. pendek macam tulah jawapan yg aku bagi.
8.Apakah masalah kewangan yang dihadapi negara ketika ini?~ TPPA. Trans-Pacific Partnership Agreement. Pastu list la sikit apa masalah akibat menandatangani perjanjian TPPA ne. Masalah aku time tu, aku memang tak igt satu benda pun.
Selepas itu, ada la sikit soalan peribadi dema tanya. Terutamanya mengenai PJJ yg aku hadapi. Tak ada mintak tukar ke? Aku jawab je la dengan jujur yg aku dah mintak tukar tp masih belum ada keputusan yg positif.
Daripada observation aku mengenai soalan2 temduga tu, aku dapat menjangka yg aku akan gagal dalam temuduga tersebut. Aku tak berharap pun sebenarnya. Tempoh masa yg aku guna utk study pun x mencukupi. Aku aci redah je. Takpelah..kalau gagal tahun ne, mungkin ada lg utk tahun hadapan kan. Apa da hal...ekeke
Apa pun, selamat maju jaya utk semua yg akan hadapi interview. Yg penting ceq dah lepas..Horayyy!!! Apa pun doakan yg terbaik.
Key lah, ceq nk sambung bekerja. Bukan main byk lg BB yg mintak di semak. Hujung2 tahun begini, berkampung di ofis adalah kemestian. Haih!!
Sekian
~Still In Kapit nan Sentosa~
Assalam.
ReplyDeleteByk jgk dia panel tanya kan? Takutnya. Awk panel bape ya?
waalaikumussalam..iya,byk dia tny dan byk juga x dapat jwb..huhu
Deletesy panel 08 d sibu
Ada sesiapa tersenarai sbg calon simpanan lantikan?boleh kita kongsi maklumat terkini di sini ya....
ReplyDeleteRamai juga yg tercalon tu.
Delete